Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 30, 2011

Orientasi SK Taman Nirwana

Selamat bersiaran kembali. Beberapa hari menyepi. sibuk dengan meeting sejak hari Selasa. Sekolah dah mula nak dibuka. So penamat tahun 2011, guru2 la meeting dulu. Hari ni pendaftaran dan orientasi ting 1 di sekolah. Tapi aku minta excuse sbb anak aku pun nak didaftarkan. Tahun 1. Aduh...terasa baru semalam melahirkan dia.Tahun depan dah bersekolah! Lepas ni makin cepatlah masa itu berjalan @ berlari....

So disebabkan hubby dah mohon cuti utk hari pertama dan kedua persekolahan ( krn dia tahu isterinya ni payah dapat cuti ), maka aku la membawa Hannah utk pendaftaran dan orientasi hari ni. 

Sesampai di sekolah, semak nama Hannah dari kelas 1 hingga kelas 9 ( ramai gak rupanya pelajar tahun satu  ni...heheheheeh) tak jumpa2. Ingatkan dah tercicir. Semak lagi sekali, barulah ternampak namanya di kelas 1 ( kelas sementara ni sbb pelajar akan disusun semula mengikut pencapaian ujian diagnostik )

Jom layan keterujaan Hannah utk bersekolah.....

 Close up ~ entah apa la yg ada dlm fikirannya ni....

 Beratur menanti giliran di panggil gurunya

Ketika anak2 dibawa ke kelas untuk ujian diagnostik, ibu bapa ditaklimatkan oleh guru besar dan penolong kanan HEM. Ok la....mmg kena dengar la apa2 makluman kan...Yg penting tiada bayaran tambahan dikenakan dan bantuan perekolahan akan diberikan mulai pertengahan bulan Januari 2012. Hahahaha...tu yang best dengar tu..Namun sekolah ada membuat kutipan  sumbangan ikhlas dari ibu bapa untuk menampung sedikit perbelanjaan awal kerana belum ada peruntukan turun dari kerajaan. Faham beno la aku sbb aku pun duk kat sekolah kan....heheheheeh. Sumbang la sikit. Utk pembelajaran anak kita juga kan...

Sementara itu.....
Hannah tengah bergelut dengan ujian diagnostik. Risau kalau2 dia tak mampu bersaing dengan yang lain....huhuhuhu...berdoa aje la agar dia dilapangkan fikiran untk menimba ilmu agar dia menjadi insan yang berjaya 


Selesai taklimat, ibu bapa beratur panjang untuk menerima buku teks. 17 buah! Mak oiiii banyaknya! Patut la orang selalu bising mengatakan beg kanak2 sekolah ni berat.Tu belum masuk lagi buku2 latihan tu. Kalau satu hari 5 subjek, maka 10 buku teks dan aktiviti perlu diheret, digalas setiap hari. Huh....sib baik Hannah. Saiz badan dan ketinggian dia pun lebih kurang je dengan kawan2nya. Kalau Sarah la....huhuhuhu kesiannya memikirkannya. Sbb Sarah tu tersangatlah keciknya...tak sepadan dengan usianya. Harap2 dia blh membesar dengan kadar yang sama layaknya dengan kanak2  7tahun dalam 2 tahun ni....


Selesai urusan buku teks, kena pulak beratur utk membayar segala fail peribadi, ULBS, Pafa dan fail Laporan KSSR. Dan beratur sekali lagi di kelas untuk menerima kad kesihatan, kad rawatan pergigian dan borang SMM. Selesai semua urusan, Hannah yang sudah selesai menjalani ujian diagnostik bolehla dibawa pulang. Tapi sebelum tu....kita round sekolah duluuuuuu......tempat biasa la : tandas dan kantin. Kat kantin tu..aku menyuruh dia membeli dan membayar harga makanan dan minuman. Nampaknya dia pun tak takut2. Atau sebab masa tu...dah tak ramai orng di kantin. He he he he.....kita tunggu je la hari pertama persekolahan nanti. Dengan pelajar tahun1 yg lain, tahun 2 dan tahun 3 lagi! Jangan dia kelaparan dah la.....

Rutin hidup aku pastinya akan berubah 180 darjah lagi. Adjust aktiviti memasak sarapan dan makan malam. Yg pasti makan malam akan dimasak di subuh hari. kerana jadual aku tahun depan pun keluar dari kawasan sekolah seawal 4.30 ( awal tahun kan....biasa la byk aktivti koku - Uniform, Sukan, RnD form 6 ). Amik Imaan, amik Sarah jam 5.30 dan tunggu amik Hannah jam 6.30 pulak. Mana nak sempat dah nak memasak lepas tu....Malam kena tgk3 kerja2 sekolah agama dan kebangsaan. Huh...tentu busy kan....apa2 pun...kita lihat minggu depan...Adios

p/s : Berikan aku kekuatan, kelapangan dan keringanan dalam menjalani cabaran ibu berkerjaya yang mula mempunyai anak bersekolah. Tanpa pembantu rumah kan...tentunya sedikit kekalutan akan dialami. Bak kata kakakku ~ sdh bermula era anak bersekolah utk aku!

Hannah masih berbaju kurung sekolah ketika jam menunjukkan pukul 4.35pm.....Jenuh menyuruh dia menukar baju tapi tak dilayannnn.....he he he...Keterujaan seorang anak kecil utk bersekolah!

2 comments:

Ibuhani said...

Bila anak dah mula melangkah ke Tahun 1 maka jadual mak n ayah pn akan turut berubah sama......lg bagus kalau jadual adiknya juga berubah. Bg adik2 buat homework sama2 semasa Hannah buat homework.....slmt bersekolah Hannah! Smoga dipermudahkan Allah SWT menerima pelajaran....... :)))

hannahsarah said...

Jadual saya mmg berubah. Berazam utk membuat bekal skola agama waktu pagi dn skola ren waktu petang. Hrp diberkan kekuatan dan kerajinan yg tdk terhingga. Insya Allah dan moga dipermudahkanNya.