Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 23, 2011

Sepinggan kongsi berdua

Wah...tajuk ni romantik bunyinya. Hahahahaha....memang romantik tapi.....jgn  meneka  romantik itu hanya dengan suami. Romantik kali ini bersama Hannah. Makan nasi tengah hari di waktu jam menunjukkan 4.30 petang! Nasi panas bersama ayam goreng ala KFC dan tempe goreng bercili. Fuh...terangkat! Masakan ketiga untuk hari ni. Amboi....amboi......Terlebih rajinkah? 

Semuanya dibuat untuk menarik minat Hannah dan Sarah serta Imaan ( dah 2 minggu lebih Imaan kurang berselera...). Awal pagi jemput2 pisang. Sarah menjamah sikit, Imaan sesuap je yg lembut2 dan Hannah langsung tidak menyentuhnya. Menu seterusnya nasi goreng ( lebihan sedikit nasi semalam  ). Ibu mereka sorang je yang makan. Imaan pulak mihun rebus stail Terengganu...Buat banyak sikit. Kot2 kakak2nya mahu jugak. Haaa.....Imaan makan cuma dua tiga suap. Kakak2nya? Memandangnya pun tidak....

Buntu....Apa lagi ni....( hari ni adalah hari pertama cubaan menceraikan susu botol untuk Hannah ).Huh...meragam gak minta susunya.....Idea...idea...please la...sebelum dia meragam lebih2 nanti....

Akhirnya keluarkan ayam. Perap dengan telur dan tepung. Huh.....1 drumstik habis dibedal Hannah. Tak cukup dengan itu....nampak lak aku tengah makan nasi panas2 tadi.....dia basuh tangan n join sekali. Bertambah nasinya....hahahhahaa....jerat mengena hari ni. Tu la jadinya.....sepinggan kongsi berdua. Sarah? Masih syok tido....tapi dah memesan sebelum tidur ~ " ibu goreng ayam tu. Nanti Sarah bangun nanti, Sarah makan la...." Sama2 la kita tunggu sejauh mana jerat mengena untuk Sarah hari ni.....

Imaan? Cubaan belum menjadi....nasi + kuah mihun rebus tadi pun tidak menarik seleranya. At last biskut jadi santapan ( kegemarannya sejak dia beranjak umur 1 tahun ). Bagi la apa jenis biskut, semuanya dibedal...No more porridge! 

Esok....satu hari lagi dari hari2 seterusnya untuk memikirkan menu yang menarik minat anak2.......


2 comments:

Ibuhani said...

Dulu masa my girls kecik2 suka tanya apa yg dia org nak sebelum masak. Mmglah citarasa x sama tp buatkan menu ikut fav. masing2. Hr ni menu kakak, esuk adik pulak.ikut giliran. Insyaallah.......kena ikut ragam dia org. X rugi.....kenangan bg mrk nanti..... :))))

hannahsarah said...

Kak Ani - stakat ni mrk blum ada fav menu. Hannah kekdg cam suka kuah lemak putih tp ikut mood gak. Ada masa mau ada masa lgsg tak sentuh. Sarah lagi la - menu nasi laukkan kicap je.

Harap2 nanti mrk akan ada fav menu spy senang ikut selera mrk. Kita pun tak pening kan...