Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 2, 2011

Dulu dan sekarang

Masih ingat lagi zaman kecik2 dulu....permainan aku dan kakakku adalah main pondok2 dengan seorang budak cina namanya Ah Cai ( cucu tokey panggung wayang sebelah kedai makan tok - hensem! n kami selalu gak dapat menonton movie free....ngeh..ngeh...ngeh) dan seorang budak India namanya Kumar , main kawin2, main teng teng, main batu seremban, main "pukul berapa datuk harimau " dan berbagai2 lagi la......Dan selalunya permainan itu adalah permainan berbentuk latihan fizikal. Bergerak ke sana ke mari, melompat, berlari, berbasikal. Terjun sungai dan panjat pokok je tak . Sbb duk bandar Dungun tu takde sungai atau pokok di kawasan kedai tok yg boleh dipanjat atau diterjah airnya. Cergas dan aktif gitewwww......hahahahahahah

Tapi anak2 zaman sekarang termasuk anak2ku....buka mata, sama ada mengadap tv menonton kartun ( sib baik kartun sekarang esp Mickey Mouse, Dora, Handy Mandy, Barney tu banyak pengajarannya - fun and educate ) atau mengadap laptop cari apa2 games yg menarik minat. Anak perempuan biasanya games Barbie la, kekadang Mickey Mouse, Hello Kitty, Dora...Sekarang ni Hannah dah pandai pulak mintak iPad. Wah.....cukup advanced anak2 zaman sekarang.

Aku dulu....komputer tu pun aku sentuh dalam takut campur sedikit berani masa Ting 1. Ada kelas komputer masa tu utk pelajar Ting 1. Tu pun seminggu sekali je...kelas dengan abang ipar kawanku - Cikgu Wan Ibrahim. Nak buka komputer pun tak tahu kat mana, nak tekan apa pun tak tahu.....Hannah lak...klik sana sini, taip mana-mana perkataan yang dia tahu utk cari games nya....huh memang kalah la aku masa sebaya dia dulu. Waaa......masa sebaya dia pun aku tak pernah nampak komputer apatah lagi nak sentuh, buka dan main games!

Dulu dulu boleh je lepas bebas g main kat mana2. Tak takut pun! Atau sebab kita masih kanak2, tak pernah fikir tentang keselamatan? Tapi sekarang....nak lepaskan anak2 naik basikal g sekolah dekat dengan rumah pun aku takkan benarkan. ( Hannah memang la blum ke SK tapi dalam 4,5 tahun lagi dia dah besar sikit, pandai basikal tentu dh boleh bagi dia g skola dgn basikal kan...) Agaknya disebabkan persekitaran sekarang cukup bahaya, kanak2 tidak sebebasnya melakukan aktiviti fizikal di luar tanpa pemerhatian ibu bapa. Ibu bapa pulak kerjanya dari pagi sampai ke lewat petang. Nak bawak anak2 g taman permainan pun hanya hari Sabtu Ahad. Cuti2 sekolah mcm skrg ni lg haru....sbb anak2 cuti, mak ayah lak kerja.So aktiviti melalui komputer la menjadi pendamping utama anak2.

Bertuahkah anak2 zaman sekarang?

2 comments:

Rozita said...

Betul tu... akak sokong 100%. Anak zaman sekarang memang berbeza betul ngan zaman dulu. Ini cabaran untuk kita. So, terpaksa la kita juga mengikuti zaman, supaya anak tak kata kita ketinggalan zaman.

hannahsarah said...

Ya...mana yg boleh diberikan kpd mrk spy takde mrk ketinggalan dgn budak2 lain.
Sbg pendidik pun, kita selalu perlu lbh dari mrk wpun kekadang mrk lbh advanced dan saya tak malu pun bljr dr mrk. Perkongsian ilmu...hehehhe