Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 16, 2011

Salon khas untuk wanita


(ehsan pakcik gugel )

Gambar kat atas tu kedai gunting rambut tapi pelanggannya lelaki. Sesuai la dgn tukang yg menggunting tu pun lelaki kan...Tapi masalah yang dihadapi sekarang ialah dimana nak mencari kedai menggunting rambut yang khas untuk wanita sahaja dan tukang mengguntingnya pun wanita seagama Kalau pun takde salon khas utk wanita, sekurang-kurangnya ada tabir yang memisahkan pelanggan wanita dengan pelanggan lelaki.

Sudah lama menghadapi masalah ini tapi dulu2 tukang guntingnya abah aku la...atau adikku. Style yang sama! Dah...tukang gunting amatur kan. so xde la fancy mancy stylenya. Yang penting kemas, pendek dan tidak merimaskan.

Tapi sejak dua menjak ni teringin nak bertukar selera. Namun masalah utama ialah aku belum berjumpa lagi dengan salon rambut yang khas untuk wanita sahaja di kawasan Ampang ni....Kata kawanku area Hussein Onn dan Bangi banyak salon khas untuk wanita. Jauh la pulak tu.....

Setakat hari ini masih mampu bertahan ( wpun sebenarnya cukup rimas dengan rambut2 yg terjuntai2 di bahagian depan ~ tu tandanya rambut tu dah cukup panjang di bahagian depan tapi kalau diikat belakang pulak ia tak cukup panjang. Ehhh....faham ke apa yg aku merapu nih). Dan aku pulak kurang suka memakai cekak rambut kerana giginya tajam mencengkam kulit kepala. Pakai yang takde gigi lak, ia cepat melurut turun setiap kali menunduk. Hahahahahaha....banyak beno songelnya.....

Mungkin apabila sudah tiada kesabaran, terpaksa la kali ni berjalan jauh ( naik kereta la ) untuk menggunting rambut. Entah2...adikku juga yg mejadi mangsa aku ~ tukang gunting peribadiku tetap dan berpencen! Hehehehehehe

5 comments:

Unknown said...

ala..hubby kat ada.Suruh je la dia gunting, bakat terpendam tu..mana tau hasilnya memuaskan.!!

hannahsarah said...

Kak G - Hmmmmm....melihatkan bakatnya menggunting rambut anak2...hmmmm....akan dipertimbangkan....hehhehehe ;-D

Haizamz said...

ha5,......setuju dgn pn, najmiah....since kawen, hubbylah hair stylish ku...jimat bangat.
bukannya ape...slps kawen, teringin nk berfashion rambut curly2 gitu sbb kelurusan rambutku...jd hubby bwak ke satu salon di ampang point.....dah abis di'curly2' rambutku....bayarlah...dkat rm200 lbh...whuaaa..hubby yg biasa potong rambut di salon byar dgn x rasa bsalh...since tht day...maka salon ku di rumah sahaja......jimat masa/budget,,

Ibuhani said...

Ada ke kedai gunting khas kat Bangi? K.ani keje kat Bangi...tp pernah pulak dgr! kalau tahu bg tahu k.ani ye..... :))))

hannahsarah said...

Nazrul - Mak oiii mahal gilsss....blja dapur dua minggu tu!

Kak Ani - kawan yg duk Bangi yg cakap. Nanti saya tanyakan di mana