Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 25, 2011

Seharian di Jalan TAR

Semalam bermula cuti tiga hari kerana perayaan Hari Natal. So kami sepakat untuk ke Jalan TAR. Hubby mahu ke Sogo. Mahu mencari hadiah untuk dua orang collegues yang kawen dan dua orang yang mendapat cahaya mata pertama. Kebetulan pula aku mahu renew my S Card. Tempat selalu g shopping ni elok la jadi ahli. Bukan Sogo je aku jadi ahli, malah Jusco, Isetan malah Tesco pun! Ada point boleh redeemable....kan bagus tu...

Laluan kami kali ni mengikut AKLEH. Hannah yang dah pandai petik DSLR tu ditugaskan mengambil gambar KL menerusi kereta. Hmmm.....blh tahan gak la gambarnya. Tapi tahu tak apa gambar yang diambilnya.........
.
.
.
.
.
.
.

Disuruh amik gambar KLCC tapi dia snap gambar tempat kerja suami.....heheheheehehe..takpe la...nampak gak KLCC tu.

Sesampai di Sogo, terus ke tingkat 3. Terus ke matlamat utama ke Sogo. Hehehehehe.....blh caya ker???? Pe2pun...pas tu ke tingkat 7 utk renew card. Sementara menunggu ibu mrk dilayan, anak2 pulak......

 Bergambar........bak perempuan melayu terakhir....

 Leka bermain dengan kucing mainan yang baru di beli

Lama gak di area ni. Selesai urusan di sini, Hannah mengajak ke ting 8. Ada apa di situ? Aku pun tak pernah jejak ke tingkat itu. Rupa2nya ada amusement park. Haaa.....suka la mereka tu....layan aje la kerenah mereka.

 Drive baik2 ye...

 Ketuk...jangan tak ketuk....



Sementara mrk seronok bermain2, Imaan yang meragam lapar perlu disuap dulu.....haaa....kali ni banyak lak dia makan bubur tu....

Singgah juga tingkat  wajib. Haaaa.....tahu apa dia........bahagian handbag la.....tapi tak sempat nak satu round pun si Hannah dah meragam lapar. Asyik duk merengek je sampaikan nak menjeling2 handbag pun tak senang. So........elok bawa makan dulu...her fav food iaitu......


Plain doughnut....tapi Sarah paling suka yang bercoklat....Aku dah tak lalu dengan donut ni. Minggu lepas ke Times Square pun makan donut. Krispy Kreme lagi best dari Dunkin Donut tapi itu je kedai donut yang ada kat Sogo. Perut lapar gak ni....pagi tadi cuma jamah sikit je nasi impit...bertahan je la dulu sbb nak ke Jalan TAR. Ke pasar malam. Haa....nama je pasar malam tapi tengahari tu dah crowded dah manusia2.....heheheheh...termasuk la aku tuh!

 Tengok tu umat manusia....berpusu2 melangkah ke haluan masing2....


Tempat ni mesti dijenguh.....tempat brooch. Hannah ternampak brooch Barbie ( pandai lak Barbie pakai tudung yeee....). Hmm.....kena la belikan. Dah la masa ni mood dia dh tak berapa nak elok dah....sebab apa? sebab..... dia ternampak seorang pakcik India membimbit kotak permainan Barbie ( hadiah krismas barangkali) masa kat Sogo

Sarah pun tak ketinggalan la....

Disebabkan mood Hannah dah tak berapa comel doh....so nak jeling2 tudung pun tak senang....satu pusingan pasar malam di tengahari tu pun tak sempat habis!

Berhenti rehat jab.....sebab Hannah punya alasan kenapa mood dia tak elok ialah : Kakak penat! Nak duduk! 
Haaaa........mood tak elok di tahap kemuncak....

Sarah pun dah penat

Memula hanya lepak kat kerusi tepi jalan....cuaca mendung masa tu...boleh la duk situ....tapi bila Sarah nak buang air kecil...maka kami pun menapak masuk ke kedai di depan kami. Lagipun dah lama tak masuk dan merasa...............................................

Rootbeer float!!!!!

Dan Hannah dah mula riang sedikit....nampak tu ternganga luas...mcm tak makan lagi hari ni....hahahahaha... tapi tak habis pun burger tu sebab donut tadi dah habis sebijik!

Tersenyum riang dapat minum rootbeer float. Aku pun dah tak ingat bila last time aku makan kat AnW ni....


Nasi ayam for me. Lapar gilerrr masa ni.....sedappp gak...or sbb aku lapar?? Apa2 je laaa...

Imaan with fries.....sejak dua menjak dia amat menyukai fries...tapi kena control sebab masinnya tu...

Hannah suka kucing sejak sepupunya membela kucing. Pernah minta dgn aku nak bela kucing tapi....aku tahu...aku la yg membelanya tu nanti bukannya dia. So jawapan aku : NO

Sarah takut dengan kucing tapi.....yg ni kan hanyalah toy...so tu yg berani rapat n peluk cium tu...klu tak, jgn harap laa.....
Issshhhhh....Imaan menangis! Kemapa?????

Sebab.....aku amik tin air Laici yg dia duk main. Tajam tu kan tepi tu....takut luka jari2 halusnya tu....


Ni lak masa ibu mereka meround ground floor Sogo buat kali terakhir. Namun......takde gak apa yg dicari! Selamat duit aku!! First time dalam sejarah g Sogo duit tak keluar pun! Hahahahaahaha.......

Destinasi seterusnya petang ni ialah Icity. Dah beberapa kali merancang ke sana tapi selalu je ada halangan. Harap2 petang ni menjadi la....Insya Allah


4 comments:

Ibuhani said...

anak2 kalau dah penat tulah dia....monyok n byk merengek2....waktu2 kecik cam ni jer tp bila dah besar nanti mrk2 nilah yg kaki shopping. Cam mak dia jugaklah tu.....hehehe...

hannahsarah said...

Ya Kak Ani. Nanti mrk besar ibu mrk lak yg tak larat nk ikut rentak mrk. Hehehehe...

Rozita said...

Mesti penat giler melayan karenah 3 orang sekaligus kan? Nak tergelak I tengok muncung hannah tu sebijik sama ngan anak I. Tak pernah pulak ke ting 8 sogo tu. Next time kalau ke sogo, nak singgah la kat situ.

hannahsarah said...

Rozita - I pun first time. Bebudak la seronok sbb mmg tempat mrk!

Mood Hannah tak bagus time tu. Dia pantang tgk apa2 ttg Barbie ni! Jenuh melayan kerenah mrk ni....Tapi itulah kegembiraan menjadi ibu kan tak kira berapa ramai pun cahayamata.