Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 25, 2009

Diari Ramadhan - Bersahur

Biasanya kami bersahur jam 5 pagi setelah aku bangun panaskan apa2 lauk berbuka yg memang disimpan untuk bersahur. Pagi tadi, husbandku turun ke dapur sambil mengelek si Sarah. Wa...bangun pagi lak. Mudahan2 dia tidak menganggu proses bersahur aku.

Tengok tu...muka manisnya tersenyum wpun jam menunjukkan 5 pagi

Ingatkan memang dah puas tidur tapi ngantuk lagi rupanya...( punya la luas menganga - ibu duk snap gambar )

Yang kelakarnya, siap boleh menonton salah satu rancangan kegemarannya iaitu lagu2 kanak ( Urung akak ua - tu lagu yang paling dia suka ). Boleh teka dok lagu apa?

Dia hanya menyambung tidurnya jam 6.45 pagi setelah menemankan aku mengaji sambil mengikut bacaan aku dengan buah butirnya yang tersendiri...

Alahai...anakku, keletahmu makin hari makin berkembang....Ibu pasti merindui saat2 manis melihat perkembangan dirimu....

Monday, August 24, 2009

Diari Ramadhan - Part 1

Sudah masuk hari ke 3 umat Islam berpuasa. Kesibukan menguruskan rumah dan juadah berbuka menyebabkan baru hari ni dapat post entry baru. Hari Sabtu dari pagi sampai ke petang sibuk memanjang. Hanya sempat mencelah2 dalam FB n baca entry orang je..Tu pun upload gambar sambil mengemas rumah.

Menu berbuka hari Sabtu - Siakap sweet sour, kerabu mangga campur pegaga n rendang kerang serta pemanis mulutnya ialah seri muka ( first time buat tu ). Lihatlah hasilnya di bawah

Ini je yang tinggal di pagi hari Ahad ( tak sempat nak snap hari pertama puasa )


Kerabu mangga dan pegaga


Hari ke dua puasa, menunya ialah asam rebus terung ( resepi dari blog dapur tanpa sempadan ), ayam bakar, cendawan goreng tepung dan pemanisnya onde-onde.
Lihatlah proses membuatnya bersama dua anak dara yang teruja nak menolong ( main je la )

Hannah tengah khusyuk mengentel onde-onde

Sarah pada mulanya hanya melihat dan menunjuk-nunjuk aje..

Tapi akhirnya...agaknya tengok kakak seronok duk mengentel, dia pun joint sama

Daa...daa....inilah hasilnya

Selesai di dapur, sesi bermain lak plak..

Ketawa girang dapat bermain..

Proses mengunting rambut Sarah yg tertangguh sekian lama

Diam je Sarah..tu sebab dia bersetuju gunting rambut. Salah satu sebab tertangguh ialah sebab dia tak mahu gunting rambut. So bila dia mahu, maka senang la prosesnya...


Alahai...dah pendek rambut aku..( monolog Sarah )

Tengah duk menjeling kakak yang seronok mengayuh basikalnya
( cepatla siap abah, nak g main ni.. )

Daa..daa...dah cantik. Tengok muka Sarah tu...cam tak puas hati je...haha

Keriangan mereka bersambung dengan aktiviti bermain air pulak ( masa tu xsnap gambar sbb bz melipat kain yang dua hari tidak berlipat krn hari pertama puasa hujan lebat membasahi bumi Ampang )

Sekian la dulu catatan dua hari pertama puasa. Hari ni rasanya nak buat bubur jagung ( Hannah suka makan bubur jagung ni )..Dua hari orang berpuasa, dua hari la jugak dua beradik ni tak seberapa makan. Jenuh aku memasak tengahari ( nasi goreng je - hari pertama nasi goreng udang, so udang je yang dimakan, hari ke dua nasi goreng kicap + kerang, langsung tak disentuh, dia cuma mkn roti wholemeal sekeping, Sarah lak makan tiga suap )

Akibatnya malam tadi jam 11, dua beradik ni minta nasi, ( masa orang berbuka, mreka tak mahu gak makan ). Banyak la pulak makannya.. (budak2 memang takleh paksa makan, mereka makan akhirnya bila mereka rasa lapar, tapi sebagai ibu, kita risau kalau2 mereka lapar)

La terlebih la pulak penutupnya..Okey kita sambung kemudian lak.............

Friday, August 14, 2009

Permata-permata hatiku

Anak-anakku....
Kamulah permata hati ibu,
Keletah dan gelagat kalian...
Adalah keriangan ibu

Bermain bersama-sama...tapi jangan fikir mereka berdua tak pernah bergaduh....

Tengok tu dik....( entah apa la yang ditunjukkan Hannah pada Sarah )

I'm flying....

Meh kita tidur dik...





Gurau-gurau manja

Sampai terbaring-baring Sarah makan roti...

Qariah Malaysia

Penat jadi model, kita jadi qariah lak...kebetulan Tilawah AlQuran peringkat antarabangsa berlangsung

Selamat datang ke Tilawah AlQuran antara Hannah dan Sarah

Oppps.....malu la pulak

Senyum manis dari bakal qariah negara satu hari nanti

Ehhh...ada lagi gaya penari gelek ni...


Sarah dengan muka garangnya...

Okey....Sarah dah menunjukkan muka manisnya

Muka manis lagi...

Gaya Model Nur Hannah Tajuddin

Tengoklah gaya-gaya anakku ini....tetiba satu malam dia bergaya macam model lak




Sampai bahagian atas sofa pun boleh jadi pentas peragaan...
Gaya model patah pinggang

Jaga ibu...Kakak besar nanti jadi model terkenal ( Nauzubillah...harap2 tidak, tak sanggup aku! )
Ni macam penari gelek lak

Gaya menggoda
Cukup syarat tak jadi model ni???

Waduh, macam-macam gaya anakku ni....( Ni macam menari inang lak )



Thursday, August 13, 2009

Hati yang terasa...




Payahnya untuk bersuara...






Apa petunjuk yang diberikanNya padaku???????




Ya ALLAH, kusutnya....

Tuesday, August 11, 2009

H1N1

Aku rasa semua orang pun dah tahu tentang H1N1. Semua orang cuba mengambil pendekatan tersendiri dalam menangani wabak ini dari terkena. Namun, cukupkah persediaan kita????

Saban hari jumlah kematian terus meningkat. Agaknya apakah kesudahan cerita ini dan bagaimanakah ia berakhir????

Sekolah salah satu tempat yang memberi risiko kepada kita sebagai warganya. Saban hari ada sahaja pelajar yang demam, batuk dan selesema. H1N1 kah atau sebab jerebu.????

Jerebu juga menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan individu tidak sihat.Jerebu di Kuala Lumpur ini saban hari aku lihat makin teruk. Jam 6 petang sudah perlu membuka lampu untuk menerangi rumah. Terukkan!!!

Aku paling bimbangkan anak-anakku terutama Sarah ( dia kan asma ). Sebab itulah minggu lepas kami sekeluarga hanya terperap di rumah. Bimbang dengan H1N1 satu hal, jerebu lak satu hal.Selagi kita boleh mengelak, selagi itu lah kita cuba.

Bak kata seorang penulis artikel dalam satu akhbar utama negara; Mangsa yang meninggal adalah orang Islam; Adakah ia satu tanda bahawa kita perlu melakukan sesuatu dari sudut agama? Yap…belum kedengaran mana-mana masjid yang melakukan solat hajat menolak bala ini ( kalau ianya satu bala dari Allah sebagai peringatan kepada hambaNya yang lalai ). Setelah ianya makin membimbangkan, barulah ada saranan ( lupa siapa punya saranan ntah ) dalam akhbar semalam ada menyatakan masjid-masjid diminta mengadakan solat hajat pada hari Jumaat dan bacaan Yasin beramai-ramai dalam usaha kerohanian untuk menangani masalah ini. Aku malas nak menyentuh bab-bab politik ini walaupun aku rasa ada orang2 tertentu yang macam tidak memandang serius perkara ini.

Bagiku keselamatan kita sebagai rakyat adalah penting kerana tanpa sumber tenaga bagaimanakah negara dapat dimajukan???

Malam semalam aku tengok History Channel Astro bertajul “ Seven Signs Of Apocalypse ”. Itu pandangan dari kitab Bible ( kita tak perlu pentingkan dari mana sumbernya , tapi segala tanda-tanda tu pun sama dalam AlQuran pun ). Salah satu tandanya ialah wabak penyakit. Memetik kata dalam dokumentari itu, setiap 10 tahun akan ada penyakit baru dan setiap 100 tahun pula wujud pandemik. Paling akhir pandemic ialah pada 1918 iaitu Selesema Sepanyol yang mengorbankan 100 – 200 juta manusia. Bayangkan pada tahun itu, kemajuan tidak sepesat sekarang. Hampir seratus tahun, 2009 wujud H1N1 dengan dunia tanpa sempadan. Manusia bebas bergerak. Virus yang bertapak dalam tubuh hanya disedari 2,3 kemudian dimana pergerakan kita entah berapa ribu km jauhnya dari tempat virus bertapak. Ngerinya……

Sekolah aku dah ada kes 2 H1N1. Kesudahannya bercuti seminggu mulai esok. Kes pertama semalam, budak 2 Kasia masih datang sekolah sbb tak tahu dijangkiti. Hospital call sekolah memaklumkan kes tersebut. Bahananya kawan dia lak terkena hari ni..Waaaaaa....makin takut!!!!!!!!



Ya Allah, jauhilah wabak ini dari diriku, suamiku, anak2ku, ahli-ahli keluargaku yang lain, kawan2ku, dan seluruh umat Islam yang lain. Amin .