Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 31, 2021

31.05.1971



Budak comel ni diberitakan tak sabar untuk melihat dunia. Maka lahirlah dia pada tarikh ini lima puluh tahun yang lalu. Satu-satunya anak lelaki yang lahir dari rahim ibunya Zuraidah Awang Kechik. 



Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Panjangkanlah umurnya

Murahkanlah rezeki yang melimpah ruah seperti air sungai yang tak henti  mengalir

Kurniakan kesihatan yang baik dan  berterusan padanya

Teguhkanlah imannya

Moga istiqomah dalam melakukan kebaikan

Permudahkanlah urusannya

Selamat dan rahmatilah dirinya walaupun di mana berada 

Bahagiakanlah kami sekeluarga

Semoga Allah mengurniakan perkara-perkara yang baik-baik buatmu

Semoga rumahtangga kita di dalam lindungan Allah SWT


Terima kasih kerana menjadi suami dan ayah yang baik dan penyayang kepada isterimu dan anak-anakmu. 

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran buat suami tercinta
 

Tuesday, May 25, 2021

Bertanggungjawablah

 Banyak benda boleh diperkatakan tentang tanggungjawab dan dipertanggungjawabkan. Aku cuma mahu mengulas tentang satu perkara yang aku rasa ketika ini itulah tanggunjawab paling besar yang perlu dilaksanakan sebagai rakyat Malaysia. VAKSINASI

Satu usaha kita untuk mengurangkan kebarangkalian dijangkiti dan menjangkiti orang lain dengan kadar yang minima. Mengurangkan BUKAN menidakkan jangkitan. Baca dan hadam! Yang ni aku malas nak ulas lanjut sebab aku bukan doktor. Kita bukan terlibat dalam bidang perubatan ni amik tahu la dari pihak yang layak dan pakar dalam bidang itu. Jangan tanya kekeliruan kita tentang vaksinasi kepada individu yang kerjanya sebagai peguam, akauntan atau baker. Mereka bukan dalam bidang itu! 

Aku takleh nak brain bila orang yang bukan pakar dalam perubatan mengulas tentang vaksinasi seperti mereka la ultra pakar (ehh... ada ke word ultra pakar ni...lantaklah. Yang penting nak katanya mereka ni lebih pakar dari pakar perubatan ). Sedih! Pastu duk hasut orang lain ikut pendirian dia. Tepuk dahi!!

Hei... jika you tak nak vaksin, you je la. Jangan duk hasut orang lain untuk sama-sama tenggelam dengan kamu ye! Masalah utama juga bila anti vaksin ni orang pandai, belajar tinggi-tinggi tapi sayang ilmu dan pemikiran tidak ke hadapan. Pemikiran balik ke zaman batu. Zaman mundur! Dah tu hasut orang lain dengan kepandaian mereka mencari ilmu di google. 

Begitu juga dengan orang yang dah daftar untuk vaksinasi tapi tak muncul pada hari yang sepatutnya divaksin. Atau orang yang tak muncul untuk 2nd dose. Heiii....apa hal ni? Tepuk dahi entah kali ke berapa dah ni!

Tolak ketepi lah teori-teori konspirasi yang  entah datang dari mana dan kesahihannya pun diragui. Peganglah sumber sahih AlQuran da Hadis dalam berhadapan dengan wabak ini. Di situ segalanya ada jawapan kepada persoalan kita. Tak pandai tafsir, kita bagi tugas ini kepada pakarnya. Namun, bila pakarnya memberikan huraian jelas, pandailah pulak kita kita ni menidakkannya..Tepuk dahi lagi!

Bertanggungjawablah kerana kita pastinya disoal, dipertanggungjawabkan tentangnya di hadapan Allah Azzawajalla. Bagaimana mahu menjawab sekiranya kita lah punca wabak ini makin merebak. 

Biarlah kita sama-sama jadi pencegah dari merebak. Jangan jadi penyumbang. Sengsara dan menyesal seumur hidup. Lebih-lebih lagi kalaulah kita penyumbang kepada masalah kesihatan mak ayah kita yang dah tua. Lagi haru sekiranya kitalah penyebab kematian mereka. Dek idea gila kita tentang keburukan vaksin @ teori konspirasi yang kita pun tau atas dasar dengar atas dengar dari orang. 

Bukalah minda. Baca dan hadam ilmu yang betul.