Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 23, 2010

Our new member

Tadaaaa.....our new family member Nur Imaan Tajuddin.
Born 1st December 2010 @ 10.34pm

Tuesday, November 30, 2010

Detiknya akan tiba!

Jangkaan bersalin hari ni. Dua tiga hari ni sakit pinggang macam nak period. Tanda2 awalnya cam dah ada tapi belum la terlalu kerap dan kuat. Last routine check up hari ni. Misi kata baby dah masuk salurannya. Waaaaaa......saspennya!!

So menunggu detik dan saatnya la....Hubby klu boleh nak aku bersalin dlm sehari dua ni. Ya la takut overdue, kang abis lak cutinya sia2 je, mak mertua lak klu boleh nk mak aku balik dari KL dulu ( mak n ayahku ke Shah Alam krn konvo adikku Fatiha dan akan balik pada hari Khamis 2hb ni. Aku pun harap2 begitu la...sbb mak mertua dan kakak ipar pun tak berapa sihat utk menjaga aku n baby baru ni.

Segalanya ketentuan Allah. Apa2 pun moga dipermudahkan segala urusan. Amin

Tuesday, November 23, 2010

Menghitung hari

Sudah empat hari di kampung. Menunggu hari untuk bersalin. Syukur masih dalam lindunganNya. Sakit belakang dan pinggang tu normal la kan. Bahagia berada di kampung. Aku hanya melakukan kerja2 ringan. Menolong setakat termampu dilakukan. Hiiii.....tak de la ambil kesempatan pulak. Klu rasa mampu berdiri, godak2 la juga lauk yang sedang dimasak atau potong2 la bawang atau mana2 patut. Anak2 pun masih dalam perhatian aku. Mandi ker, pakai baju ker even membasuh berak mereka pun! Tak sanggup la pulak nak melepaskan tanggungjawab itu pada mak aku sebab dia pun tak de la cergas macam dulu2. Ya la dah tua kan......( Takde la tua benar, baru 56 tahun tapi sejak arwah atuk aku meninggal , mak aku kurang sihat ditambah pulak kencing manis mula muncul.)

Sebenarnya rindu gak rumah sendiri dan my hubby ( dia masih di KL, minggu depan baru start cuti dgn harapan aku bersalin la dlm tempoh dia bercuti tu ) tapi syok juga berada di kampung. Dah lama tak pulang berlama2 di kampung. Last time pulang berpantang masa Sarah dulu. Selain itu, pulangnya cuma paling lama pun seminggu. Tu pun alternate rumah la. Antara rumah mak dgn mak mertua.

Syukur anak2 pun setakat ni takde la menimbulkan masalah. Selalunya mereka bergaduh dan kemudian melalak2 menangis. Tak de bergaduh beria2 ( atau mrk tahu ibu mrk sorang2 je handle mrk, so mrk pun bertingkah laku baik la....hehehe), tengah malam pun tak meragam, Hannah pun nampaknya banyak mengalah pada adiknya dan rajin membantu serta menenangkan adiknya klu nampak Sarah start nak meragam je.

Pagi tadi ke klinik desa. Routine check-up. Lagi 7 hari kalau mengikut tarikh jangkaan. Syukur alhamdulillah kerana sepanjang mengandung ke tiga2 anak, aku tak de masalah kesihatan yang berat. Setakat hb darah je turun naik bacaannya. Banyakkan makanan tambah darah, insya Allah naik la cam biasa.

Semasa di sana tadi, ada seorang ibu kampung ( not sure la sama ada aku yg lebih tua atau dia sbb raut muka org duk kg ni kekadang nampak lebih tua wpun masih muda), masih dalam peringkat 1st trimester. Simpati padanya. Anaknya sebelum ni berat ketika lahir tak sampai 2kg walaupun cukup bulan. Wanita kampung yang tidak berpendidikan tinggi. Tak reti pun nak tandatangan malah nombor handphone sendiri pun tak ingat ( ada handphone tuh... ) tapi ditinggalkan di rumah! Very naive. Syukur kali kedua kerana Allah mengurniakan aku dengan sedikit otak untuk menjadi perempuan yang berpendidikan. Keluar dari kepompong kemiskinan dan kemelaratan. Sesungguhnya benar bahawa dengan ilmu kita boleh mengubah nasib.

p/s syukurlah dengan apa yg kita ada kerana sesungguhnya orang lain tak bernasib baik seperti kita.....

Friday, November 19, 2010

Enam Tahun Yang Lalu.....



Pada tarikh ini....
Jua pada hari ni....
Enam tahun sudah berlalu...
Masih tetap segar di ingatan
Pertemuan ke lima kita sah diijab kabulkan.....

Jodoh kita ditentukanNya...
Kuterima takdir terindah dariNya...
Dengan segala kepasrahan dan ketaatan...

Ada masanya panas membara bagaikan mentari
Ada ketikanya dingin membeku
Ada saatnya tenang bagai air di kali
Biar sesekali badai menerjah...

Ada tikanya erat bagai belangkas
Tidak mampu terpisah
Namun kekadang bagai benua Amerika dan Afrika
Jauh terasing....

Biar apa pun situasinya
telah kutetapkan dalam hati ini
Hanya kau yang satu
kerana telah kusemai cinta
di hatiku
tatkala kau melafazkan ijab dan kabulnya!



p/s aku percaya impian ketiga perkahwinanku akan tercapai jua......( masihkah my dear hubby ingat? )

Wednesday, November 17, 2010

Pengorbanan

Lembu yang sedia untuk dikorbankan.....

Hari Raya Aidil Adha sinonim dengan pengorbanan. Konteks pengorbanan yang terlalu luas. Di hari raya, orang berkorban binatang. Jelas!

Pengorbanan yang tidak nampak @ tidak ketara @ buat tak tahu je bila seseorang berkorban demi satu kehidupan. Bak kata P. Ramlee - berkorban apa saja

Sebagai ayah, kita dituntut berkorban sebagaimana Nabi Ibrahim, sebagai anak kita dituntut berkorban sebagaimana Nabi Ismail dan sebagai ibu kita dituntut berkorban sebagaimana Siti Hajar.

Pengorbanan yang menuntut kekuatan, ketabahan, kecekalan yang bukan sedikit. Pengorbanan yang menuntut kepada tenaga, masa dan wang untuk memenuhinya.

Pengorbanan yang kekadang membuat kita 'terkorban'.......

Wednesday, November 10, 2010

Ringan-ringankan lah

Teringat2 perbualanku dengan seorang rakan sekerja. Tentang suaminya. Seorang typical konservatif lelaki melayu ( aku rasa la ). Maksudnya - lelaki yang menganggap semua kerja rumah, urusan anak2 adalah urusan kaum perempuan @ ibu @ isteri. Satu situasi yang aku rasa amatlah tidak patut berlaku dalam perkongsian hidup. Satu situasi si ibu @ isteri yang sedang bertungkus lumus di dapur di satu petang hari bekerja menyiapkkan makanan untuk dinikmati sekeluarga di waktu malam. Normal la kan..... TAPI yang menjengkelkan hatiku ialah - si isteri yang sedang sibuk memasak itu diminta menutup api di dapur ( memberhentikan sementara apa jua urusannya di dapur ) dan diminta mengambil anak di sekolah. Apa suami itu sedang lakukan? Satu urusan yang tidak boleh dihentikan ker???? Hinggakan si isteri yang terpaksa mengambil anak mereka di sekolah!!

SEDANG BERSANTAI SAMBIL MEMBACA AKHBAR!!!!!! Normal la kan.......

Ya Allah...betapa bagiku sungguh tidak bertimbang rasanya. Lain la kalau si isteri masa itu pun sedang bersantai. Tengah bersingsing lengan baju menyiapkan makanan malam!! Mana pertimbangan sewajarnya dari suaminya???

Sememangnya segala urusan rumahtangga di atas bahu kawanku itu. Dari urusan bayaran bil
( tu biasa la ) hinggalah urusan membaiki segala barangan yang rosak di rumah ( tak de la baiki sendiri tapi urusan menelefon @ mengangkat barang2 itu untuk dihantar ke kedai dah biasa baginya).

Agaknya suaminya ingat kerja sebagai guru ni macam zaman dulu2 kala??? Kerja separuh hari! Heloooooo....... guru sekarang ni jam 3 tu pun belum tentu berada di rumah. Kerja sentiasa berlambak. Tak cukup masa di sekolah, dikelek bawa balik ke rumah untuk disiapkan. Mana ada kerja pejabat dibawa balik rumah??? Orang kerja pejabat, rutin kerja hanya setakat di pejabat. Waktu di rumah tidak terganggu dengan bebanan kerja yg masih belum siap tu......

Setelah berbelas tahun kawin, baru 2,3 tahun kebelakangan ini je suaminya dah pandai ke pasar. Jadi urusan itu sudah dilepaskan sepenuhnya pada suaminya. Bagus juga tu.....sekurangnya satu beban dah kurang biarpun berlambak lagi bebanan yang boleh dikongsi bersama.

Syukurlah sesiapa yang mendapat suami yang ringan tulang membantu. Tak banyak, sikit pun jadilah. Sesuai dengan matlamat perkahwinan itu sendiri kan - saling melengkapi antara satu sama lain, saling berkongsi, saling membantu, saling ingat mengingati.....

Aku jua tetap bersyukur dengan suamiku. Dia banyak membantu dari segi penjagaan@ urusan anak2 walaupun mungkin tidak banyak membantu dalam urusan rumah ( mengemas, menyapu atau memasak bukanlah kemahirannya ). Namun....itu dah cukup bagiku terutama urusan menyiapkan anak2 untuk ke tadika mereka di waktu pagi tu......TAPI kalau boleh membantu bab2 membersihkan sawang2 ke, basuh porch ker, lagi baguskan.......hehehe

Sesungguhnya wanita seperti kita ni cukup kuat..... walau kekadang kita yang menanam kekuatan itu dalam diri untuk meneruskan kehidupan.

Saturday, November 6, 2010

Jodoh : Jangan mencari terlalu sempurna

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

~renungan bersama~

Nukilan Irara Dira

Wednesday, November 3, 2010

4 dalam 1

Ini semua cerita basi yang berlaku di penghujung bulan Oktober. Kekangan menyiapkan soalan exam dan menanda serta laptopku yang buat hal ( biasa la kan...bila masuk virus ), maka semuanya terperap sementara.

Okay la...kita imbas semula..............

23hb Oktober - Hari Graduasi ke 4 SMKPM. Diadakan di tempat biasa iaitu Auditorium MPAJ. Tugasku sebagai bendahari bermula sebelum dan selepas majlis berakhir. Malah tugas itu belum selesai sepenuhnya. Masih ada bayaran belum dibuat kepada pihak2 tertentu.

Tak banyak gambar aku di hari berkenaan terutama di dalam auditorium. Pertamanya kerana full seat. Hanya cukup memuatkan pelajar seramai 273 orang + ibu bapa mereka. Kena lak bawa masuk kerusi plastik tu. So guru hanya berada di luar auditorium. Bersepah macam sampah lak kerana tiada pun kerusi utk kami. Sedih sungguh!!!!

Melepak atas lantai dalam bilik ( ntah bilik untuk apa ntah...). Aku langsung tak menjengah majlis yang berlangsung kerana kebetulan di hari yang sama hubby kena lak g opis. Install sistem baru. so dia kena bergerak antara level 7 & 8. Bawa anak2 bersamanya akan menyukarkan pergerakan. Nak tak nak aku la kena mengheret Hannah dan Sarah bersama. Tu pun abah mereka menghantar mereka ke Auditorium MPAJ jam 10.30 pg setelah kedua2 bangun pagi. So aku miss la peluang bergambar bersama guru2 di pentas dan sesi bergambar dgn pelajar2 yg mengikuti majlis ini.

Ini antara sebahagian pelajar yg mengikuti graduasi kali ini. Banyak gbr2 yg disnap oleh kawan2ku tapi malas nak upload byk2.....

Malamnya diadakan dinner. Hanya di dewan sekolah - Dewan Sri Pandan. Tahun lepas hitea di DePalma Ampang. Namun, mengenangkan kuantiti makanan terhidang seolah2 tidak seimbang dengan jumlah bayaran (dgn erti kata lain, bayar mahal tapi kuantiti makanan ciput je ) menyebabkan ramai guru2 tidak dapat pun menikmati juadah tersebut. So tahun ini, keputusan diambil - buat di dewan sekolah asalkan makanan sedap, cukup dan semua orang berpuas hati. Alhamdulillah pemilihan katerer yg tepat, makanan sedap, lebih dari mencukupi, dekorasi dewan pun gah gak la....Berbaloi dgn RM20 yang dikeluarkan. Tahun lepas, RM45 tapi hanya keow teow goreng + 2,3 kueh. Huh....semua orang tak puas hati. Buat kat dewan, makanan cukup dan sedap tapi guru2 kena kerja keras sikit la menghias dewan. Alaaaa.....bukan tak biasa pun!!!! Guru kan serba boleh - tukang kebun, tukang sapu, typist, pereka hiasan dalaman, programmer dsbnya la.......

NI gambar kat luar dewan masa baru sampai - tema english garden hijau or kuning. Tapi ada gak lari tema, biasa la tu kan......

Majllis belum mula, so pinggan masih bersih kosong....kita posinggggg duluuuuu!!!

Ada persembahan guru dan pelajar. Namun aku tak menunggu lama. Baby asyik duk bergerak je + sakit belakang. Mungkin sebab bising kot, baby pun aktif sungguh la...Sempat tengok 2,3 persembahan je, aku terpaksa berangkat pulang awal. Balik rumah, terus terbaring - cam nak patah pinggang ni!!

Seminggu selepas majlis graduasi, diadakan hari anugerah kecemerlangan kokurikulum. Tak terlibat secara langsung sbb agihan tugas seadilnya untuk 3 acara besar yang berjalan hampir serentak dalam dua minggu berturut2. Dua hari sebelum majlis anugerah kokurikulum itu,
( Khamis - 28hb Okt, gaji pun dah masuk kan ), beramai2 kami ke Restoran Arab Al-Rawsya yang terletak berhampiran bulatan Kg Pandan.

Sebelah kanan aku Nazrin, sebelah aku Emma - dia ni dah pindah sekolah tapi bila je ada apa2 program tak rasmi selalu gak la dia join

Masing2 tengah duk meneliti menu. Semuanya personal order. Bila sampai order, tgk2 makanannya semuanya dalam big portion. Nah kau!! Gelak sakan la sampai riuh satu restoran. Nasib baik dah jam 2 lebih tu tak ramai orang ( atau sememangnya tak ramai orang g makan kat situ???? ). Boleh berkongsi dari hujung sini sampai hujung sana meja. Hahahaha....At last, aku punya order dibungkus bawa balik sbb makan order orang lain je berlambak dalam pinggan tu....

Selesai makan, sesi menelek bil. RM500 untuk seramai 18 orang!! Wah.....kaya sekelip mata pemilik restoran. Makanannya - kata kawanku yg biasa makan makanan Arab, tak de sedap sangat dan harganya pun mahal. Satu gelas jus RM10. Aku punya jus tembikai pun tak sedap sbb dia guna tembikai yg tak segar. Huh.....tak de lagi Al Rawsya buat kali kedua untuk aku!

Posingggg lagi sebelum balik!!

Hari anugerah kecemerlangan kokurikulum. Takde langsung gambar aku kat mana2 sudut dewan sebab masa ni perut aku rasa semacam. Tegang je. Acara makan2 selepas tu tak de selera sangat. Sakit membantutkan selera walaupun lauknya lauk kampung. Best tapi tak dapat menikmati sepenuhnya.

Itulah imbasan 4 aktiviti dalam satu entri. Tak de lagi program selepas ni. Dah hujung tahun namun kerja2 masih berlambak la. Ada dua minggu je lagi sebelum cuti sekolah. Biasanya kerja dokumentasi yang berlambak perlu dihantar sebelum cuti sekolah. Banyak la kena pulun siap. Dah la aku akan balik Tganu mulai 20hb Nov untuk bersalin. Kalau tak, boleh la gak g sekolah siapkan mana2 kerja yg belum siap masa awal2 cuti sekolah tu...

Pepe pun, tempuhi lah saat berlambaknya kerja dengan slow dan cool.....spy tak terasa begitu tertekan dan terdesak!

Monday, November 1, 2010

Age is just a number

Thanks to my hubby for the lovely bouquet of flowers that has been sent to me by the florist this morning at school. This is the first time for my birthday since we got married ( bagi kat rumah tu ada la 2-3 kali ). Really touched. Cam biasa ratu air mata tentula sebak dan bergenang la air mata. Sib baik kat sekolah, kena la cover beb....Sebab tak sangka akan menerimanya di tempat kerja. Berbunga2 hati macam bunga yg aku dapat tuuu......

TQSM my dear. Love you forever and ever. Muaahhhhhhhhhhhhh

Monday, October 18, 2010

Diam itu lebih baik

Dalam kehidupan tak kiralah sesiapa pun, kita selalu pendamkan apa yang kita rasa. Pertamanya sbb adat orang Melayu kot yg cakapnya berlapik. Tak semua perkara boleh diceritakan atau diluahkan. Kedua - ada hati - hati yang perlu dijaga. Ketiga - ada batas perkara yang boleh dikongsi bersama kerana ada maruah yang dijunjung.

Kerapkali kerana menjaga hati, hati kita sendiri terluka. Kita memendam apa yg dirasa kerana ia tak mampu diluahkan atau dikongsi bersama dengan orang lain. Mungkin kerana ia terlalu peribadi, mungkin kerana ia memalukan, mungkin kerana kita cuba melupakannya namun tidak terhapus dari kotak fikiran kita. Pendam dan terus pendam. Bijak pandai psikologi pernah berkata - jgn dipendam apa dirasa kerana ia boleh memakan diri. Namun mampukah kita berterus terang untuk mengelakkan ia memakan kita dan dalam masa yg sama perkara yg cuba dielakkan dari memakan kita, telah memakan dan melukakan hati orang lain???

Aku percaya ada orang berani berterus terang. Ada kalanya aku juga begitu. Namun apakah hasil yang kita dapat itu sama dengan apa yg kita harapkan? Tidak! Malah ada masanya kita tidak dapat apa2 hasil pun!!!

Akhirnya kita kecewa. Rasanya kecewa tidak mendapat hasil yang diharapkan itu lebih pedih daripada kecewa suara hati terpaksa dipendamkan. Entah2 mungkin ada pulak satu hati lagi terluka. Sudahnya : Pendam dan biar hanya hati kita terluka!! Itu lebih baik barangkali.....

Berdoa aje la agar kita terus diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup dengan apa jua situasi sedang atau akan dihadapi kerana hidup ini sukar untuk dijangka kesudahannya. Sesungguhnya kita sendiri pun tidak sempurna di mata orang lain......

Saturday, October 16, 2010

Akhirnya....

Akhirnya Atehku - Hafsah Abdul Rahman ( kawan baik masa kat ITM Dungun ) telah menemui Mr Rightnya - A'del Abdullah. Tengoklah gambar di atas tu. Mak ooiii tingginya......kalah kami bertiga!!! ( pengantin perempuan diapit olah aku dan Nisa @ acu ).

Siapa sangka kan...jodoh ateh dengan orang Australia. Teknologi moden menemukan mereka. Biarpun agak berusia dan duda anak 3, itu semua tak penting. Yg penting dia mampu menjadi muslim yang menerapkan nilai dan ajaran Islam dalam kehidupannya dan paling penting juga mampu membahagiakan atehku yang tentunya juga tidak menyangka penantiannya selama ini begitu mengujakan. Haiii.....putih merah kulit dan biru hijau mata anak2 atehku nanti ni......

Tinggal sorang je lagi kawan baik kat ITM dulu yang masih belum kawin. Along @ Norshehah. Harap2 tak lama lagi giliran dia lak menyusul......doa ikhlas dari kami adik beradik sepusat sepusing. Haha..... Pernah dia berkata dulu - agaknya along paling lewat kawin kot sbb klu ikut satu gambar kami masa kat ITM dulu kan, susunan dlm gambar tu dari tepi ialah Nisa, Angah @ Rosnani, Alang @ NorAzlinah, aku, ateh dan along. Kebetulannya pulak giliran kami kawin memang kena dengan susunan itu. Haaa......semuanya itu hanya kebetulan. Jodoh pertemuan cepat atau lambat ditentukan olehNya jua.

Tu aksi anak2 selepas balik dari kenduri ateh. Hannah pura2 tido....Sarah asyik mengeja bila abah mrk snap gambar ni.....

Saturday, October 9, 2010

Stok masa berpantang

Haa....ni lah stok buku2 yang akan dibaca semasa berpantang nanti. Cukupkah? Haha....entah2 satu pun tak habis baca!!! Sebabnya : sibuk menguruskan tiga2 anak tanpa suami disisi. Aku cuba la......dah alang2 beli n angkut bawa balik Tganu, takkan la nak angkut bawa balik KL semula gara2 tak habis baca!

Yg aku tak sabar nak baca sekarang ialah Travelog Cinta Abadi nukilan Raudzah Roslan @ Roza ( isteri prof Muhd Kamil ). Mungkin kalau minggu2 akan datang dah tak sibuk menanda, akan kubaca buku itu dulu. Sekarang memang kena hold dulu sebab ada 2 bundle kertas Pengajian Perniagaan perlu ditanda.


Align CenterAnak2 ku naik bus Toytown kat Mid Valley selepas misi serbu MPH mencari buku2 ....

p/s hari mengusik jiwa.....biarpun hari ni besday Sarah. No celebration, no cake. Happy birthday to my little princess. Allah memudahkan semuanya kerana Dia tahu ibu sendirian berjuang untuk adik.....3 tahun lalu.

Friday, October 8, 2010

Open House Sana Sini

Hari ni hari terakhir bulan Syawal. Tamat Syawal tamatlah juga jalan sana sini memenuhi jemputan open house. Tahun ni cuma tiga rumah kawan2 sekolah je dapat pergi. Jom kita layan gambar2 yang dicilok dari facebook kawan2.....

Jemputan pertama dari Ust Basri. Biasala kawan2 sekolah suka buat open house hari sekolah. Tak dapat ikut sebab rumah barunya di Shah Alam. Takut jammed balik dari rumahnya dan lewat amik anak2 kat nurseri, so tak dapat la memenuhi jemputannya. ( Entah tertekan apa tadi, gbr Ust Basri hilang lak..)

Jemputan ke dua yang dihampakan dari Azlina. Dia buat khas utk ex SMKPM. Dia sekarang kat BBT, KPM. Tak dapat join sbb hari tu aku ada kelas sampai jam 3 petang. Tamat kelas, kwn2 dah ramai ke rumahnya di Kajang. Nak drive sendiri jauh2 dah tak mampu. So melepas lagi...ralat betul sebab dia pun baru pindah rumah baru. Kata mrk yg pergi, dekorasi rumahnya cantik. Tak pe....mungkin ada rezeki di tahun2 depan.

Jemputan ke tiga dari Ustz Latipah . Tu aku baru sampai bersama tuan rumah di Pandan Indah

Tengah mengambil makanan - cuma amik 2 keping roti jala sbb perut dah penuh. Sebelum ke rumah Kak Pah, ada jamuan raya Form 6.

Bersama kawan2 yang dah lama sampai - Mahani n Hazlinda

Biasa la...posing kat mana2 je..

Ni lagiii.......

Jemputan ke empat dari Kak Siti Zamrud. Tuan rumah bersama suaminya
- Dr Khairi. Pensyarah UPM. Rumah mereka di Bangi. Tumpang kawan je gi rumah kak Siti ni...

Tetamu yang hadir...kawan2 satu sekolah pun jugak dan ada kawan2 lama yg dah pindah sekolah lain. Biasalah...klu bertemu, riuh rendah, gegak gempita la suasana....

Tengah makan nasi dagang. Nampak cam tak de selera kan. Sebenarnya kena makan slow2 sebab perut tak leh terima makanan dalam speed biasa sebelum mengandung.

Tapi......sebenarnya sesudah nasi dagang, pulun rojak lak. Sebenarnya cuma nak rasa kawan punya je, tapi bila dia offer satu pinggan, apa lagiii.....makan je la

Ni van rojak yang dipajak khas oleh Kak Siti, special utk kawan2nya. Sebenarnya sehari sebelumnya Kak Siti dah buat open house tapi khas untk kwn2 suaminya dan saudara-mara. Kami tak leh join hari tersebut krn ada mesyuarat di sekolah. So khas utk kawan2 sekolah lak, open house Kak Siti sampai dua kali dalam dua hari. TQ so much Kak Siti...

Menyandar kekenyangan.....

Jemputan terakhir di hari terakhir dari Kak Noorleha di Taman Watan. Baru sampai terus amik makanan sebab perut tgh lapar. Sebelum gi, ada mesyuarat hari Graduasi di sekolah. Dalam pinggan tu nasi beriani. Besttttt

Aktiviti biasa...posinggg.... Masa ni, dah makan makanan ke dua - mee kari. Bestttt gak!!!

Dah nak balik ni...nampak lak Kak Ruzilah ( meja sebelah aku kat sekolah dulu sebelum dia pindah Cheras Jaya ) bersama Kak Saadah n anaknya baru sampai. Masa tu dah dalam kereta. Boleh lak, berhenti jab, kuar kereta n posing....Hahahaha.....

Memang seronok betul gi open house kawan2. Selain dapat makan, yang penting dapat merapatkan tali persahabatan, berjumpa semula kawan2 yg dah pindah, borak2 dan ketawa2. Moga kawan2 yang mengadakan open house terus dimurahkan rezeki agar tahun depan dapat gi open house lagiii......hehehe.

Tuesday, October 5, 2010

Cabaran anak eczema

Malam tadi aku dan Sarah tidak dapat tidur secukupnya. Semuanya gara-gara Sarah kegatalan. Eczemanya datang semula..........

Begitulah hidup Sarah. Sentiasa makan & disapu ubat untuk mengurangkan masalah eczemanya. Selalunya bertahan la 3,4 bulan . Kalau ada pun, gatal2 di bahagian kelipat. Bila bekalan ubat makannya abis, maka eczema mulai menunjukkan dirinya. Sarah akan mula mengaru2 tak henti2 esp bila dia panas @ kulitnya kering. Kerana kegatalan itulah kami dua beranak tidak dapat tidur secukupnya malam tadi. Dia mengaru2 sambil merengek2 meminta aku menolongnya terutama bahagian kepala dan belakangnya. Memang tak selesa langsung!!! Kesian aku padanya....

Penawarnya cuma satu : dapatkan bekalan ubatnya!!! Masalahnya - nak tunggu hingga hari Sabtu tu yg menyebabkan aku rasa cam tak sanggup. Kesian tengokkan Sarah dari gayanya mengaru ; macam gatal betul ! Tapi....aku balik sekolah pun paling awal jam 2 ( tu pun klu takde apa2 program ). Nak bawa gi klinik pakar kulit Mohd Noor kat Jalan TAR tu kena naik LRT sebab aku ni tak mahir sangat dengan jalan2 kat pusat bandar tu. Kang sesat ntah mana2.. Naik LRT, turun kat Masjid Jamek then rushing ke klinik. Tu aku tak mampu lakukan dalam keadaan begini. Klinik lak tutup jam 5 petang.

Hubby lak sejak pindah post baru selalu je balik lewat. So lagi la takde can...Nak amik cuti pun, cuti pun dah tak banyak. Kena reserved untuk baby yang akan muncul ni.... Dugaan betul di hujung2 tahun 2010.

Terpaksalah Sarah bertahan sehingga hari Sabtu ni dengan ubat sapuan pelembab dan ubat Atharax yang masih ada. Kesian memang kesian sebab selalunya dia rancak mengaru waktu di tengah malam. Masa untuk dia dan aku tidur!!

Itupun kalau diimbas kembali, eczema yang dihadapi sekarang tidak lah seteruk setahun setengah yang lalu. Setiap kelipat berair kerana digaru, merah2 seluruh badan, kulit kepala berkeruping seperti tanah merah merekah tak disirami air berbulan2 lamanya.

Sejak kami berjumpa dengan pakar kulit ni ( ada seorang India syorkan pada kami masa kami bawa Hannah & Sarah ke taman permainan. Masa tu memang Sarah di tahap kritikal. Kami hanya bergantung dengan ubat Doktor Hoh, dia cuma pakar kanak2 ), keadaan Sarah mulai baik. Tapi itulah, bila sebut je 'pakar', tahu2 je la kosnya setiap kali dapatkan rawatan. Puratanya RM300. Demi anak, semuanya kita rela kan?

Cuba gak petua2 @ ubat2 tradisional seperti sabun spirulina @ minyak kelapa dara, tapi cam tak berapa berkesan. Kalau ubat doktor Mohd Noor tu, dalam seminggu je kita boleh lihat perubahan pada kulit Sarah. Licin, lembut & lembab serta berseri2. Risau gak klu ubatan itu mengandungi paras dadah yang tinggi. Tapi doktor itu meyakinkan aku bahawa Sarah tak kan ketagih dengan ubat2 itu @ ada kesan jangka panjang. Aku harap pun begitulah.....

Namun, itulah cabaran yang perlu dihadapi oleh Sarah dan kami sekeluarga sehinggalah Sarah sembuh sepenuhnya. Entah bila tak tahu la...Kerana doktor ada berkata eczema ini boleh hilang apabila bertambah usia seseorang dan dalam sesetengah kes ia tak hilang hingga ke tua. Aku cuma berharap dan berdoa keadaan ini tidak berlanjutan sampai Sarah dewasa. Harap2 ia sembuh dan hilang sepenuhnya dalam 5,6 tahun lagi @ lebih cepat lagi bagus. Amin.

Monday, October 4, 2010

Syoknya shopping

Dah nak masuk minggu ke 32 kandunganku tapi satu habuk barang2 baby pun masih belum dibeli. Rasanya banyak gak yang perlu dibeli memandangkan baju2 Hannah masa baby yang diwarisi kepada Sarah dah banyak yang tak boleh dipakai. Baju masih ok walaupun dah agak lusuh tapi getah seluar memang out la...dah hilang keanjalan getahnya. Barang2 kelengkapan baby seperti tilam, bantal, botol susu n getah pengalas memang la kena beli baru.

Kebetulan pulak Jusco tengah buat sale ( tu pun dapat tahu dari adik ipar yg duk Tganu - hahaha...org Tganu lak yg tahu, org KL tak tahu pun!!! ). Dia tahu pun sbb suaminya ada kejohanan ragbi kat KL. Alang2 kat KL, suaminya shopping la kat Jusco ( port kegemaran mrk gak tu...). So apa lagi, hari Sabtu kami serbu Jusco la. Banyak senarai barang dalam kepala nih...macam2 nak beli. Hah...rupa2nya hari Sabtu - Hari tanpa plastik beg. Laa...selalu terlupa dan tentulah aku terlupa nak bawa beg Jusco!!! Boleh je beli plastik2 tu dgn harga 20sen tapi mengenangkan aku pun kesuntukan masa ( dah janji dgn kawan2 nak g beraya di kuarters guru jam 2 ), so aku cuma survey2 harga je la dulu hari tu.....Tu pun ralit. Perempuan mana tak ralit dgn baju2 baby yg macam2 fesyen terutama baju anak perempuan. So keputusannya - esok datang lagi!!!

So Ahad tu kami menyusun langkah lagi ke Jusco ( pun lupa bawa beg Jusco!!!). Klu kena bayar 20sen, bayar je la....Yg penting dapat less 15% tu...Cari bakul, ha....tau2 je la bila ada bakul (
tu belum lagi klu dapat troli, tentu barang2 dibeli berganda lagi tuh!!! Just kidding ). Angkat satu baju, masuk dalam bakul. Angkat dua baju, masuk bakul. Wah...shopping macam orang kaya! Actually tak banyak pun beli baju, ada la 4 pasang baju lengan panjang, 3 pasang lengan pendek n 4 pasang baju siang hari. Sarung tangan n kaki pun hanya sepasang ( ada baju2 n banyak sarung tangan n kaki adikku bagi - dah lebih dari cukup la tu ). Alat kelengkapan lain cam biasa arr - tilam, sarung tilam, bantal, wet tissue, alatan mandi dan botol susu. . Banyak tak banyak pun barang dibeli tapi jumlahnya.......Wowww...Terkeluar bijik mata. Mak oiiii!! Betul ker nih?????? Tapi klu telek2 balik brg2 yg dlm plastik tu, logik arrrr...hehehe. Ku anggap itu rezeki anak.

Lampin n barut dah banyak kat rumah. Yg Hannah dulu. Tu pun dah berpindah2 dari aku kpd adik2ku, kakakku sebelum balik semula kat aku. Last time digunakan masa adikku bersalinkan Lukman hampir dua tahun lepas. Cukup la tu. Tak yah yg baru sbb lampin hanya untuk bedungkan baby waktu2 tertentu je esp malam2. Barut tu lebih dari mencukupi. Jangan hujan memanjang dah la masa tu ( ye la kan - bersalin hujung bulan Nov, musim hujan kat Tganu tu )

Satu je klu diperhatikan, aku hanya memilih warna2 natural. No pink, no blue. No ropol2. Semua baju dibeli boleh dipakai sama ada boy or girl. Why?? Hmmm....saje je. Mengharapkan jangkaan doktor tu salah...hehehe ( mengharapkan baby boy lagi tuh - kata suamiku ). Selagi tak kuar, selagi tu mengharap!! Tak salah kan?

Dek kerana tangan dah penuh dgn barang2, sampaikan aku terlupa satu part lagi. My personal things. Ingatkan nak g ari ni - alang2 sale Jusco tamat hari ni, tapi......kena lak ganti kelas kwanku yg kuar untuk menyelia persiapan PMR, terpaksala dlm rela tak rela masuk kelas 6 bawah dgn muka kelat n hati yg sebal. Kelas abis jam 3, rasa cam dah lambat lak. Ye la, klu g gak, tentu aku leka lagi membelek2 barang. Tak sanggup nak menempuh jammed kat Pandan Jaya tu. So rasa ralat la ni.....Ntah bila lak ada sale sebelum aku bersalin ni!

p/s Nampak gayanya, ada sale ker takde ker, aku kena beli gak ni....

Sunday, September 26, 2010

Dah scan dah.....

Setelah sekian lama orang asyik duk tanya dah scan jantina ke belum.....So hari ni aku g scan. Keadaan bayi semuanya ok. Tak perlu bertanya , doktor terus berkata " ni geng kakak ni". So dgn sedia maklumnya.............

Keluar bilik doktor, suami dan aku terdiam. Aku bersyukur dgn apa pun kurniaanNya biarpun jauh di sudut hati ada suatu rasa.....Ntah la. Mungkin ada yg memahami apa yg aku rasa. Setelah mempunyai dua puteri, tentu la aku mengharapkan putera lak kali. Udah la dgn usiaku yg sudah berada di penghujung 30an. Ramai berkata usia 40an masih boleh mengandung. Ya aku tidak menafikan kenyataan itu. Tapi...aku harus bertanya pada diriku sendiri - mampukah aku??? Mampukah dari segi fizikalnya?? Aku selalu sakit belakang , pinggul dan pinggang dalam situasi sekarang. Ntah bagaimana la nanti bila mengandung di usia 40an. Logiknya....tentulah bertambah sukar. Namun, kuasa Allah tiada siapa mampu menduga dan menjangka.

Mungkin sekarang aku merasakan three is enough. Sape tau hatiku berubah dan teringin menimang lagi cahaya mata........kerana setiap kesulitan mengandung dan melahirkan anak itu akan menyucikan dosa2 kita selagi mana tidak melakukan dosa2 besar. Doa2kan lah agar sebaliknya berlaku. Insya Allah n Amin.

Saturday, September 25, 2010

Laratnya aku....

Setelah sebulan 'pose' dari aktiviti keluar di hujung minggu ( kecuali hujung minggu terakhir puasa hari tu sbb nak cari jubah raya ),maka aktiviti ini disambung semula. I likeeeee..........Haha....

Tempat pertama kami terjah untuk aktiviti hujung minggu kali ni ialah KLCC. Ada Homedec Part 1. Aktiviti tahunan wajib kami selain Pesta Buku. Haaa....kira seimbang la kan. Dekorasi untuk rumah dan budaya membaca untuk minda kami.

Jam 1o lebih kami dah kat sana. Masih awal dan masih tak ramai pengunjung. Syoookkkkk mcam ni, tak bersesak dgn org lain. Tapi tak lama pun sbb menjelang tengah hari orang dah mulai ramai. Dari satu booth ke satu booth menyusun langkah..... Tak de yg spesifik yang dicari. Saje je cuci mata hingga lah Hannah merengek nak keluar dari situ. Dah bosan or lapar??? Bila ditanya tak lak nak cakap tapi....alang2 ada kafe kat dalam tu, kami masuk la.....

Tengah khusyuk makan wantan mee ( laaaa.....lapar rupanya anak aku ). Tengok tu...makan dgn chopstick

Baru cuba2 nak guna chopstick...so ada la dua tiga urat mee tu melekat kat chopstick...

Banyak gak la Hannah makan tapi penghabisannya abahnya la habiskan ( dua mangkuk tu si abahnya makan ). Air apple aku gak dirembat oleh budak berdua tu. Katanya sbb air orange n grape yg abah mrk order masam...haha....byk la songelnya.......

Xpdc kami tak abis di situ. Lepas makan, kami menyusun semula langkah sbb banyak lagi booth belum dikunjungi terutama bahagian dapur. Ada projek besar kami nanti...... Insya Allah kalau ada rezekinya.

Dalam duk cuci2 mata, ada la gak kuar duit tak disangka2. Tu normal kan, kan,kan???? Haha....helah bela diri. Ala...karpet kecil untuk budak2 tu tgk tv kat dapur, paip sink dapur n pintu bilik air dapur je. Ha...itu je kami mampu. Ya ker????? Hahahaha......Orang tak kaya cam tu la....ada sikit tukar sikit. Walaupun hajatnya banyak!!!

Sedar tak sedar jam 4 dah......Hwaaaaaaaaaaaaaa.......lamanya kami kat situ. Tak sangka lak selama itu kami berlegar2 kat Homedec tu. Dan aku pun tak rasa penat. Agaknya sebab tu kami leka berpusing2.......

Tau berapa kos parking selama 5 1/2 jam tu....purata belanja makan kat kantin sekolah selama 3 hari!!! Next week ada lagi pamerannya - Part 2 Furnish It temanya. Lebih kpd barang2 perabot. Kami g tak??? Tengok la dulu......

Perut dah lapar semula....so here we up to rumah Ina. Jemputan rumah terbuka dia lak.....kenyangla kami seharian tu ....kenyang berde'oh...sampai rasa senak perut aku. Tapi malam...bole lagi sumbat ketupat yang ina bagi....haahaha....

Wednesday, September 22, 2010

Ujian Syawal

Raya kali ini tidak dapat dinikmati sepenuhnya. Semuanya kerana batuk. Batuk yg dialami setelah 2,3 hari berada di hospital menjaga Hannah menjadi semakin teruk ketika sambutan Raya. Suara yang hilang dua hari sebelum cuti sekolah makin menghilang. Batuk tanpa henti hingga satu tahap cam dah semput. Mulanya aku cuma mengambil air asam jawa @ madu + limau nipis sebagai penawarnya. Dua tiga hari mengambil madu + limau nipis, kurasakan batuk itu mulai berkurangan tapi.......hari raya ke lima, sejak pagi lagi batuk2 itu makin bertambah teruk hingga satu tahap sakitnya hingga ke rusuk kiri dan tulang belakang. Pundi kencing pun sudah tidak terkawal. Percaya atau tidak, aku kena pakai diapers orang tua tu. Haaaa......satu pengalaman baru. Belum tua sepenuhnya dah kena pakai diapers. Kelakor...kelakor.....kelakor......Itu aku berpantang tu.....segala macam makanan bergoreng, ais dan segala macam buah2 yang masih ada musimnya seperti duku, nangka, rambai dan rambutan serta tembikai. Semuanya buahan kegemaranku. Serta pulut dan laksa ( bagi org tua - makanan tu pun menyebabkan urat2 kita sakit )

Program piknik hari berkenaan pun tidak dapat dinikmati sepenuhnya. Tidak mampu bergerak kerana sedikit pergerakan pun akan menyebabkan rusukku makin sakit. Sakit tahap max. Tak mampu menanggungnya, malam itu aku ke klinik. Doktor bagi arr....ubat batuk yg sesuai dgn orang pregnent cam aku ni. Tapi batuk ni tak kan hilang dalam satu malam la....sakitnya sampai boleh buat kita rasa cam nak demam. Kerana itu, perjalanan pulang ke KL sepatutnya hari Sabtu terpaksa diawalkan sehari supaya aku mempunyai masa rehat secukupnya sebelum buka sekolah.

Syukur Alhamdulillah batuk2 pun dah mulai berkurangan sejak buka sekolah ni cuma suara belum pulih sepenuhnya. Masih serak, kalah Ella n Ramli Sarip. Rock gitu.....

Adakah bulan Syawal bulan demam? Kakak dan adikku sekeluarga demam. Sebelah mak mertua pun begitu. Kakak ipar sekeluarga mulai demam hari raya ke dua. Kakak dan adikku lak selepas pulang dari Tganu. Ramai yg demam selepas raya. Rasanya sebab makan tanpa kawalan. Segala mak nenek makanan dimakan gara2 sambutan raya.

Sepatutnya kesederhanaan Ramadhan berterusan hingga Syawal. Tak perlu makan semua makanan semata2 kerana puasa sebulan....Di mana2 klinik, lepas raya je mesti ramai pesakit. Semuanya demam!!!

p/s Sarah pun demam tapi syukur tak le melarat dan berlanjutan...

Friday, September 17, 2010

Piknik di Pantai Rhu Sepuluh

Ni entri Hari Raya ke lima tapi bru berkesempatan ditulis hari ni kerana keadaan aku yg tidak mengizinkan. Hari ni aku masih blum sihat sepenuhnya. Klu lambat post, nanti cerite dah basi lak....so slow2 la tulis....

Pada hari berkenaan, kami adik beradik ( kecuali Ina - dia beraya di Johor ) sepakat nak berpiknik di Pantai Rhu Sepuluh. So pagi2 sesi masak-memasak la utk dibawa makan di sana tengah hari nanti. Tak de lauk beria2 sgat - just masak sayur air kobis, ikan cencaru bakar, sambal belacan n budu, sotong goreng tepung, bilis masak cili tempoyak, ikan goreng dan sedikit kari ikan semalamnya. ( Aku tak ingat sangat dah apa lauk yg dibawa krn aku lbh memikirkan kesakitan yg aku alami ).

Lepas Zohor kami bertolak ke sana. Sesampai di sana, terus bentang tikar dan hidangkan makanan krn masing2 dah kelaparan.


Hannah sempat lagi posing seksiii............

Semua orang sedang khusyuk menikmati hidangan, cuma aku je......tak de selera

Sarah lak posing

Selesai makan, main air la....Sebelum makan lagi dah hubby nak angkut Hannah n Sarah main air tapi aku melarang....lepas makan apa lagi.......tak leh disekat2 lagi

Terbaring kekenyangan

Kebetulan bulan September ni, Hannah, adikku dan makku menyambut besday...so beli kek share bertiga celebrate ( tukang kuar duit beli kek tu aku laaa.....)

Hannah tengah syok menikmati kek Tiramisu. Sekali serang je dah tinggal sikit je kek tu...almaklumla ramai...

Lepas potong kek, baru la boleh main airrr.....(aku snap dari jauh je - tak mampu nak bergerak )

Sarah pun tengok dari jauh - sbb tak suka kakinya kena pasir dan air, so melepak atas kerusi je la

Ni aku - bersandar atas kerusi ni je sepanjang masa. Sebab???? Batuk makin kritikal menyebabkan belakang dan rusuk aku betul2 sakit tiap kali batuk. So tak leh bergerak sikit pun...memang aku langsung tidak dapat menikmati keseronokan piknik kali ni.....

Dan aku terpaksa pulang awal dari orang lain bila sudah tidak mampu bertahan. Hannah je masih leka bermain dgn cousins nya. So menumpang balik dgn kakakku la.....

Malam tu juga aku ke klinik. Yg buat suami aku hot bila ada dua orang hamba Allah potong Q. Nak kata emergency, aku tak nampak lak teruknya sampai memerlukan rawatan segera. Sekadar demam je. Aku pun tak sihat. Doktor lak bagi explaination pjg lebar setiap patientnya. So bygkan sendiri la...aku yg no 4 ni pun terpaksa menunggu lebih sejam. Kena lak potong Q. Lagi angin naik satu badan....

Dapat ubat batuk, ubat sakit tekak, antibodi n sakit perut. Tapi sampai sekarang batuk2 masih ada. Sakit belakang dan rusuk pun masih terasa setiap kali batuk. Sakit2 badan menyebabkan sakit kepala, sakit kepala seterusnya menyebabkan rasa cam nak demam lak. Lemah badan.....

Aku stop dulu la...tak mampu berlama mengadap laptop ni.....