Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 20, 2012

Idea tarak mai

Rindu.....
mau mencoret
namun idea kering
puas diketuk2
tak muncul2...
atau sebab terlalu sibuk
tak sempat nak perah otak
kerana lima perkara itu
sudah pun memenuhi ruang kerja otak 
untuk seminggu!!!!

Wednesday, February 8, 2012

Rindu itu mulai rawan

Raut tua itu berteleku di birai jendela
Atmanya terbuai
Tidak sukar menelah
Persoalan terkandung di benaknya
Kerinduan itu mulai mencengkam hatinya
Sepi seorang ibu
Pada wajah
pada suara
pada senyuman
Peneman bicaranya
Biar kerinduan itu membukit
Namun janjiNya tetap benar
Tidak terbendung
dengan segunung kasih sayang!

Thursday, February 2, 2012

Dia Insan Terpilih

Aku mula mengenalinya bila ikatan awal antara aku dan suamiku dimeterai. Pertengahan tahun 2004. Pertemuan rasmi pertama apabila menziarahinya selepas dia habis pantang melahirkan anak bongsunya - Aidil. Kemesraan pertama kali bersua terpahat di hati. Syukur! Petanda awal bahawa ahli keluarga yg lain juga begitu. Hanya dia di rumah itu bersama bakal mak mertua. Yg lain - Kak Long di Kuching, Na di Melaka, Azimah di Labuan dan Kak Gee di Jerantut.

Hujung November 2004, secara rasmi menjadi ahli keluarga dia. Sepanjang tahun 2005, setiap minggu tidak pernah ketinggalan utk bermalam bersamanya dan mak mertua di rumah itu. Ketika itu, aku dan suami terpaksa berjauhan kerana permohonan bertukar tidak diluluskan. Walaupun mengandung saat itu, namun aku tidak  risau kerana kedua keluarga di sisi. 

Kunjungan setiap hujung minggu atau walau hanya menyinggah setiap kali balik sekolah, pastinya aku akan dibekalkan dengan roti dan donut yang diusahakannya. Ahhh.....rindunya aku pada kesedapan roti dan donut yang dibuatnya. Namun, sayangnya....perniagaan roti dan donut yang sedang rancak itu terpaksa dihentikan apabila dia didiagnos mengidapi ketumbuhan otak. Ya Allah....rupanya sakit kepala dan penglihatan yang kabur itu adalah disebabkan penyakit itu.

Pertengahan 2005, bermulalah episod, bulan, minggu dan hari dia kesakitan terutama apabila berlaku perubahan hormon. Berat mata memandang, tentulah berat lagi bahu dan kepala yang menghadapinya. Biarpun di saat awal perkabaran, dia nampak goyah. Namun....dia bangkit melawan sakitnya biarpun usaha yang dilakukannya hanyalah secara tradisional dan rawatan alternatif. Itu kemahuannya kerana dia tidak mahu dibedah utk membuang ketumbuhan itu. Usaha itu adakalanya kelihatan berjaya namun ada kalanya seolah2 tidak memberi kesan.

Biarpun dia dalam kesakitan, namun sukarnya utk melihat dia mengeluh meratapi ujianNya. Malah dia sentiasa cuba mengembirakan mak mertua kerana sepatah katanya - kalau dia sedih dan tidak berdaya, tentunya mak juga lebih2 sedihnya. Ya Allah....mulianya anak ini.

Sepertimana dia menjaga hati mak, begitulah juga dia menjaga hati orang lain. Dia cukup pemurah dan tidak berkira. Sentiasa menjaga keselesaan ahli keluarga yang pulang ke kampung setiap kali cuti sekolah. Kerana rumah mak adalah rumahnya sekeluarga!

Kini, semua tinggal kenangan. Kepulangan kami ke kampung semasa CNY adalah perjumpaan terakhirku dengannya. Semuanya nampak baik2....dia sihat. Malah kuat makan dan banyak bercakap. Rupanya itu petandanya..........Tiada siapa menduga serangan sawan di awal pagi Isnin 23hb Jan. Ketumbuhan itu sudah terlalu besar. Menghimpit otak kanan. Menekan sarafnya. 

Empat hari di Hospital Sultanah Nur Zahirah, dia selalu dikunjungi sanak saudara tanpa putus. Tanda dia disayangi oleh semua! Biarpun dia sudah sedar dari serangan itu, namun ingatannya tidak stabil. Ada sanak saudara dikenali namun ramai juga tidak dikenalinya lagi! Ya Allah....

Perancangan utk dia menjalani pembedahan yg dijadualkan Ahad depan rupanya tidak kesampaian. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik utknya. Allah makbulkan doanya utk tidak dibedah hingga ke saat akhir hayatnya. Allah permudahkan saat kematiannya kerana dia telah menanggung kesakitan itu selama hampir 8 tahun walaupun pada mulanya dokor hanya menjangkakan tempoh hayatnya kurang dari setahun!

Bagiku dia insan terpilih! Terpilih menanggung penderitaan di dunia untuk mengurangkan penderitaan di sana. Terpilih utk meninggalkan dunia yg fana ini pada hari penghulu segala hari. Segalanya mudah di saat akhir hayatnya. Semua urusan pengebumian selesai sebelum solat Jumaat. Suasana redup, dingin dan nyaman sepanjang hari seolah2 turut bersedih atas pemergiannya. RedhaNya kerana redha suami dan ibunya.........

Al- Fatihah untuk kakak iparku Zaharah Dollah. Moga rohmu ditempatkan bersama golongan2 yg beriman. Amin

p/s    Tiada lagi senyuman itu, suara itu dan wajah itu.......:(

Coretan lain tentang arwah boleh di baca di SINI dan SINI

Sunday, January 15, 2012

Kegilaan wanita

Salam petang Ahad.

Betul atau tidak kalau aku katakan bahawa.........inilah salah satu kegilaan wanita....mungkin bukan semua wanita tapi...aku salah sorang antaranya....walaupun takde la fanatik. Nak tahu apa kebendanya? Sila teruskan membaca coretan merapu ni......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaaaaaaaaaaaa


Pinggan mangkuk!! Tapi selalunya perempuan2 ni tak main pinggan mangkuk cikai nye...selalunya Corelle, Luminarc, Corningware...( ehhh jab...ke jenama ni sama je....ha ha ha aku pun kurang arif bab2 jenama pinggan mangkuk ni...) Sebabnya : Tak de duit nak beli yg mahal2 n kalau dapat beli pun kerna main kutu dengan kawan2 sesekolah atau time g Langkawi! He he he he. Tapi g Langkawi pun baru sekali slps kawin. Dgn anak2 masa g tu, so apalah yang boleh aku beli. Satu set pinggan  mangkuk Luminarc tu je..Vision tu lak masa my hubby g kursus kat sana.  Dan dua set makan Corelle secara kutu last year. Cukup la aku rasa tuh.....

Tapi bila kawan dok citer n ditambah lak ada satu blog duk post pasal ada kilang Corelle/ Vision/ Pyrex??? yang terbakar kat Klang dan barangan tadi dijual murah2, huh....hati ini bagai digaru2. Ngeh...ngeh..ngeh.

Mahu gak rasanya ke sana tapi aku tahu keinginan ku ini tidak akan dilayan oleh en suami. Ha ha ha...

Ada sesape mahu membawaku ke sana??????

Mungkin hanya dalam mimpi....he he he he.




p/s : hentikan bermimpi krn mahu ke kedai mencuci kereta lak...

Friday, January 13, 2012

Nikmat Sihat sebelum sakit

Seminggu yang dilalui dengan kaki terhencot2. Bukan kaki yang sakit tapi....paha yg melecur! Dua hari pertama masih mampu berjalan seperti biasa. Bila doktor mula mengoyakkan kulit yang melecur itu, huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....pedih itu mulai terasa. Nak menambahkan lagi pedih itu bila doktor sapu antiseptik. Huh....tak leh berjalan sekejab dalam 5-6 minit. Pas tu terhencot2 la.....

Tatkala doktor mengoyakkan kulit itu...syukurlah aku yg diberi peluang utk melalui ujian ini. Bukan anak2ku yang comel itu. Kerana kita ni dah tua...so takde la menjerit2 meraung2....( he he he saje je nak menambah2 rasa ). Kalau la budak2 kecik yang bertuah diuji begini.....aduh hancur luluh nya rasa hati. Kesiannya....kebetulan lak terbaca dlm harian metro hari ni ttg budak 3 tahun yang terkena percikan bahan kimia. Adusss....terasa sangat memahami kesakitan yang dialaminya!

Ketika dan saat seperti inilah terasa begitu nikmatnya kesihatan yang diberikanNya. Bahagian luka tidak boleh terkena air. Fuhhh....mmg mandi tak basah la...( eh...mcm dlm alam percintaan lak..). Huh...time itula terasa nikmatnya boleh mandi sepuas2nya. Tak sabar lak nak menyental kaki yang berdaki tebal....ngeh..ngeh

Nikmat lima sebelum lima........

Monday, January 9, 2012

Selamat Tahun Baru 2012


Ha ha ha ha
Selamat TAhun BAru 2012....biar lambat asal selamat...Ngeh Ngeh ngeh...buzy menguruskan Hannah di awal persekolahan dan menguruskan diri di tahun baru. Cehhhh....macam la org lain takde kerja2. Tapi mmg takde masa nk merapu bila diri sdg melakukan adjustment...He he he he...

Ok...lets sum up apa benda yg dilakukan di saat akhir tahun lepas dan di awal tahun . Hari terakhir kami jejalan di Taman Tasik Titiwangsa ( sebenarnya tak tahu nak g mana .....ahakssss). Itupun dah agak lewat pagi kuar rumah....setelah selesai makan nasi minyak...( he he he...nasi minyak buatan sendiri ~ ntah terasa nak makan nasi minyak, so awal pagi bangun masak le nasi minyak tu ...seharian mulut berminyak...he he he he )

Di sebabkan mukut dh berminyak dan perut pun masih penuh, so ni la yg dimakan waktu melepak di sana.....ABC!!! Fuhh....best....sbb hari panas kan....

 Walaupun kuar dah lewat...namun...anak dara ni sorang masih belum boleh buka mata sepenuhnya...

 Tapi....bila dapat makan burger..huh..tgk tu...

Malam terakhir 2011, kami ke sana lagi. Mahu melihat bunga api...tapi tak nampak sangat pun sbb terlindung dengan bangunan Istana Budaya...( hmmmm......ambang kemerdekaan nanti kena cari port lain klu nak tgk bunga api lagi......)


 Ni Sarah sesampai di sana....bergaya lagak model tapi.....

 Ha ha ha ha...blum pun bunga api meletup dia dh lentok dalam stroller Imaan....he he he

 Ni pemandangan malam

 Ni siang hari


Hannah gak la riang ria malam tu sbb berlari ke sana sini bermain2 dengan segala permainan berlampu...


Tu citer hari terakhir dan malam pertama tahun baru

Hari pertama Hannah ke skola agama....dihantar awal pagi oleh mr hubby. Gelabah terima sms mengatakan Hannah melalak meraung nak balik. Haaaa....sudah..dah la Imaan pun dijaga suami pagi tu..Takut lak mood tak baik tu terbawa2 ke skola keb lak! Hu hu hu....rupanya hanyalah gurauan kerana...........

 Hannah ok je kat skola agama pun! Biasa la si ibu risau yg lebih....

Tapi.....sedikit ujian Allah untukku di awal tahun.....tertumpah air panas bekas mengukus pau di awal pagi Sabtu....hu hu hu...terkena di paha dan perut. Paha kiri paling teruk. Nasib baik dah kawin. Klu tak, berkurang lagi beribu2 duit hantaran....he he he


Friday, December 30, 2011

Orientasi SK Taman Nirwana

Selamat bersiaran kembali. Beberapa hari menyepi. sibuk dengan meeting sejak hari Selasa. Sekolah dah mula nak dibuka. So penamat tahun 2011, guru2 la meeting dulu. Hari ni pendaftaran dan orientasi ting 1 di sekolah. Tapi aku minta excuse sbb anak aku pun nak didaftarkan. Tahun 1. Aduh...terasa baru semalam melahirkan dia.Tahun depan dah bersekolah! Lepas ni makin cepatlah masa itu berjalan @ berlari....

So disebabkan hubby dah mohon cuti utk hari pertama dan kedua persekolahan ( krn dia tahu isterinya ni payah dapat cuti ), maka aku la membawa Hannah utk pendaftaran dan orientasi hari ni. 

Sesampai di sekolah, semak nama Hannah dari kelas 1 hingga kelas 9 ( ramai gak rupanya pelajar tahun satu  ni...heheheheeh) tak jumpa2. Ingatkan dah tercicir. Semak lagi sekali, barulah ternampak namanya di kelas 1 ( kelas sementara ni sbb pelajar akan disusun semula mengikut pencapaian ujian diagnostik )

Jom layan keterujaan Hannah utk bersekolah.....

 Close up ~ entah apa la yg ada dlm fikirannya ni....

 Beratur menanti giliran di panggil gurunya

Ketika anak2 dibawa ke kelas untuk ujian diagnostik, ibu bapa ditaklimatkan oleh guru besar dan penolong kanan HEM. Ok la....mmg kena dengar la apa2 makluman kan...Yg penting tiada bayaran tambahan dikenakan dan bantuan perekolahan akan diberikan mulai pertengahan bulan Januari 2012. Hahahaha...tu yang best dengar tu..Namun sekolah ada membuat kutipan  sumbangan ikhlas dari ibu bapa untuk menampung sedikit perbelanjaan awal kerana belum ada peruntukan turun dari kerajaan. Faham beno la aku sbb aku pun duk kat sekolah kan....heheheheeh. Sumbang la sikit. Utk pembelajaran anak kita juga kan...

Sementara itu.....
Hannah tengah bergelut dengan ujian diagnostik. Risau kalau2 dia tak mampu bersaing dengan yang lain....huhuhuhu...berdoa aje la agar dia dilapangkan fikiran untk menimba ilmu agar dia menjadi insan yang berjaya 


Selesai taklimat, ibu bapa beratur panjang untuk menerima buku teks. 17 buah! Mak oiiii banyaknya! Patut la orang selalu bising mengatakan beg kanak2 sekolah ni berat.Tu belum masuk lagi buku2 latihan tu. Kalau satu hari 5 subjek, maka 10 buku teks dan aktiviti perlu diheret, digalas setiap hari. Huh....sib baik Hannah. Saiz badan dan ketinggian dia pun lebih kurang je dengan kawan2nya. Kalau Sarah la....huhuhuhu kesiannya memikirkannya. Sbb Sarah tu tersangatlah keciknya...tak sepadan dengan usianya. Harap2 dia blh membesar dengan kadar yang sama layaknya dengan kanak2  7tahun dalam 2 tahun ni....


Selesai urusan buku teks, kena pulak beratur utk membayar segala fail peribadi, ULBS, Pafa dan fail Laporan KSSR. Dan beratur sekali lagi di kelas untuk menerima kad kesihatan, kad rawatan pergigian dan borang SMM. Selesai semua urusan, Hannah yang sudah selesai menjalani ujian diagnostik bolehla dibawa pulang. Tapi sebelum tu....kita round sekolah duluuuuuu......tempat biasa la : tandas dan kantin. Kat kantin tu..aku menyuruh dia membeli dan membayar harga makanan dan minuman. Nampaknya dia pun tak takut2. Atau sebab masa tu...dah tak ramai orng di kantin. He he he he.....kita tunggu je la hari pertama persekolahan nanti. Dengan pelajar tahun1 yg lain, tahun 2 dan tahun 3 lagi! Jangan dia kelaparan dah la.....

Rutin hidup aku pastinya akan berubah 180 darjah lagi. Adjust aktiviti memasak sarapan dan makan malam. Yg pasti makan malam akan dimasak di subuh hari. kerana jadual aku tahun depan pun keluar dari kawasan sekolah seawal 4.30 ( awal tahun kan....biasa la byk aktivti koku - Uniform, Sukan, RnD form 6 ). Amik Imaan, amik Sarah jam 5.30 dan tunggu amik Hannah jam 6.30 pulak. Mana nak sempat dah nak memasak lepas tu....Malam kena tgk3 kerja2 sekolah agama dan kebangsaan. Huh...tentu busy kan....apa2 pun...kita lihat minggu depan...Adios

p/s : Berikan aku kekuatan, kelapangan dan keringanan dalam menjalani cabaran ibu berkerjaya yang mula mempunyai anak bersekolah. Tanpa pembantu rumah kan...tentunya sedikit kekalutan akan dialami. Bak kata kakakku ~ sdh bermula era anak bersekolah utk aku!

Hannah masih berbaju kurung sekolah ketika jam menunjukkan pukul 4.35pm.....Jenuh menyuruh dia menukar baju tapi tak dilayannnn.....he he he...Keterujaan seorang anak kecil utk bersekolah!