Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 28, 2021

Jaga jari

 Aikkk...apa cerita tentang jaga tangan ni? Tangan panjangkah? Tangan suka merayap ke? 


Jaga tangan kerana tangan boleh membawa kita ke arah mana syurga atau ke arah mana neraka. ;-)))

Zaman sekarang ni..tangan lagi cepat membawa kita ke arah kebinasaan. Tengok sahajalah bagaimana individu mengomen dalam media sosial. Gerun! Mereka mengomen seolah-olah mereka tahu segala isi luar dan dalam isu-isu tersebut. Baik tentang kehidupan orang, tentang politik negara, tentang kesihatan...aishhhh tentang apa sahaja lah. 

Tak takutkah kalau silap-silap komen, silap-silap mengata ia menjadi fitnah? Belum lagi kalau dilihat pada bahasa yang digunakan. Adusss... naik darah mokcik ni. Maki hamun merata. Semua berpakat nak jadi keyboard warrior!

Jagalah tangan sepertimana kita menjaga mulut. Hasil tangan membawa sampai ke serata dunia sebab dunia tanpa sempadan kan sekarang ni. Seluruh pelusuk bumi boleh baca apa yang kita komen. Seluruh dunia dengan mudah akan mencari siapakah kita kalau tak berpuas hati. Segala maklumat kita mudah dijejaki. Tidak perlu tunggu kena cucuk vaksin covid 19 eh kalau orang nak jejak kita ( Baca: orang kan selalu kata konspirasi yahudi cucuk2 ni....nak trace kita2 ni melalui cip2 bagai ni ). Tepuk dahi!!

Kalau tiada kepentingan untuk kita menyampuk atau mencelah dalam isu-isu yang kita tidak tahu, tak perlu lah rasanya nak mengomen, memerli, mengata, mengeluarkan kata-kata kesat dalam media sosial. 

Atau boleh kita katakan...mental orang kita semakin tenat? Tak kenal pun, boleh mengata kaw-kaw? 

No comments: