Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 13, 2021

Catatan pertama 2021

 Salam 13 April 2021 dan Salam 1 Ramadan 1442H

Dah bertahun meninggalkan alam blogging ini. Dunia FB pun macam nak tinggalkan sikit demi sikit. Entahlah. Bosan dah kut ber sosial melalui media sosial ni. Hati masih ingin merapu sendirian. Tanpa komen, tanpa like,  tanpa apa-apa. Mungkin di sinilah kot kita mulakan balik. Merapu ikut suka hati kepala kita je... ;-)

Dah setahun lebih dunia bergelumang dengan virus Covid 19. Malaysia masuk fasa Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020. Sehingga kini masih ada PKP, PKPD, PKPB dan PKPP. Ada batasan. Ada peraturan. Walaupun sesetengah perkara tidak seketat setahun yang lalu. Namun, kelonggaran itu menyebabkan bilangan kes naik dan turun.

Kerana virus ini jugalah, untuk kali pertamanya beraya di perantauan tahun lepas. ( Perantauan la sangat kan....hahahhaha). Barulah terhegeh-hegeh nak buat nasi dagang sendiri dan anyam ketupat pulut sendiri.  ( Tapi akhirnya ketupat pulut beli jugak .... dengan alasan daun kering dan keras, payah nak balut. Realitinya: Tak reti nak pulas sana pulas sini untuk bentukkan jadi ketupat) Don't be surprised....untuk raya kali ini pun dah standby juga beras nasi dagang. Ketupat? Beli la jugak kot. Alasan kali in...mak diet. Kalau buat sendiri, mak akan makan banyak. ##@##%R%^T%&^T^&

Hari ni dah puasa. Teringat puasa tahun lepas. Syok! Sepanjang bulan puasa di rumah. Memang boleh sangat beribadah. Letih pun minimal je...cuma itulah....setiap hari mencari menu kuih muih la sebab tiada bazar ramadan tahun lepas. PKP. Semua aktiviti ekonomi ditutup. Makanya, buat la mana-mana kuih yang mudah dan tidak renyah disediakan.

Apa yang diharapkan adalah dapat balik beraya di kampung. Last balik kampung adalah semasa raya Aidiladha tahun lepas. Banyak kali pospon balik kampung hujung tahun lepas ketika kerajaan buka sempadan negeri selepas PKPB fasa ke dua pada bulan Oktober 2020. Memikirkan risiko yang mungkin terbawa balik terhadap orang tua yang sedia berisiko tinggi. Sayang cara kami mungkin berbeza dengan cara orang lain. Itu pendekatan yang kami ambil Pendekatan orang lain berbeza itu adalah kemahuan mereka. Juga tidak salah. Raikan kepelbagaian pendapat!

No comments: