Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 28, 2010

Susah sangatkah???

Akukah yang tak cukup bersabar? Atau ada orang yang suka mengambil kesempatan?

Ceritanya bermula begini.......

Setiap Rabu petang adalah waktu diperuntukkan untuk Ko Badan Uniform. Bergantung kepada sesetengah badan uniform la, paling kurang pun dua orang guru penasihat. Ada badan uniform yang guru-guru penasihatnya bergilir-gilir bertugas supaya mereka tak perlu berada di sekolah setiap minggu. Dan aku sebagai ketua guru penasihat Kadet Pertahanan Awam ( di sekolahku khas untuk Form 6 jek ) bersama dengan sorang guru lagi. Hampir setiap minggu hanya batang hidung aku je yang aku nampak bersama-sama dengan kadet. Nak bergilir bertugas jangan harap la.......Ada masanya tak kesah pun sbb fikirkan itu tanggungjawabku. Dah ketua, biasanya ketua la kena terlebih rajin sikit. So ada atau tidak guru penasihat lagi sorang tu, aktiviti kadetku tetap berjalan. Sesekali bengang pun ada!!! Namun, biarla.....nak ditegur pun, rasanya senior lebih tahu bidang tugas masing-masing!!

Kudiam dari minggu ke minggu. ( Bukan nak kata diri baik sangat @ rajin sangat ). Bak kata orang - dapat tugas, kita buat sedaya boleh.

So dalam diam2 tu, maka selalunya akula bersama ahli kadet. Nak dijadikan cerita yang buat aku rasa sakit hati ( dah sejuk dah pong ) ialah for the first time today, aku secara baik dan lembut meminta dia datang bertugas petang ni. ( Bukan kerana nak lari dari bertugas, tapi tak berdaya la...rasa membuak2 nak muntah, tapi cam biasa dia acah2 je sbb tak kuar2 pun ).

Reaksinya : - ala...... akak baru ingat nak balik awal hari nih. Semalam dah balik lambat, besok lambat lagi ( seperti biasa setiap khamis sekolah ada taklimat 2I- interaksi n informasi ). Amboi2 dia ingat dia sorang je selalu balik lambat. Aku ni kekadang 3 @ 4 kali seminggu balik 3 - 3.30 pm. Malas je nak bising2. Bising menyalak bukit pong tetap kena balik lewat gak.

Reaksi ke2 - Ala....dah la hari ni kelas penuh. Penat! Bla.....bla....bla.....

Malas nak layan, aku angkat punggung keluar dari bilik ketua bidang itu. G surau, solat dan tunggu sukarelawan JPA nak datang bagi sedikit penerangan. ( Dah dijanjikan kehadiran mereka two days before ). So menunggu la di dewan tepat jam 2 seperti dijanjikan. 2.15 belum muncal2 si sukarelawan nih..Tepon penyelarasnya, dia memohon maaf kerana tak dapat datang seperti dijanjikan kerana ada operasi mengejut dan tidak menelefon aku untuk memaklumkan kegagalan itu. Bertambah bengang la aku. Sebab tak sedia satu apa bahan untuk kali ini. ( Silap aku juga ). Nak caya, macam tak nak caya tapi dah orang kata begitu, telan je la alasannya itu.

So dengan mood yang takde - "Okay.... hari ni kita buat senaman poco-poco ". Hahaha...........


p/s Akhirnya dia muncul jua hampir jam 3 petang. Hmmmm......

Monday, April 26, 2010

Mencari sesuap rezeki.......

Kejadian ini berlaku semalam seusai aku menyidai baju ( dalam pukul 8 lebih la ). Datang ke pagar seorang perempuan sambil membimbit sebungkusan nasi lemak ditemani seorang anak perempuan ( rasa2nya tua setahun dua dari Hannah ).

" Assalamualaikum "

" Nak beli nasi lemak?" dia terus bertanya.

Ya Allah kiranya ketika itu aku belum merendam mee hoon untuk digoreng, nescaya aku beli 2,3bungkus nasinya. Biarpun aku langsung takde selera untuk menjamah nasi lemak.....

" Maaf, saya tak mau! " Aduh....kata2 itu keluar dari mulutku!!! Terasa sedih menghampakan orang yang penat2 membimbit jualan dari rumah ke rumah. Selalunya aku susah nak sedih dengan jurujual yang bertandang dari rumah ke rumah. TAPI pagi semalam emosiku berbaur.....

Sedih....mengenangkan penat lelah seseorang berusaha mencari sesuap rezeki bersama anaknya berjaja. Kalau la seleraku ada dan ramai ahli keluarga, pastinya kuborong nasi lemaknya itu....

Moga2 hari semalam rezeki perempuan itu melimpah ruah agar hilang rasa terkilan aku ni........

Saturday, April 17, 2010

Rezeki datang lagi....

Segala telahanku tepat!! Bila selera makan menurun, deria rasa mulut pun bercampur baur ( kejab2 rasa nak muntah tapi tak kuar ), period pun dah lewat, pagi2 perut lapar semacam je.....so tahu dan confirm la aku bakal dikurniakan "harta" lagi.....

Syukur alhamdulillah....biarpun masih belum berjumpa doktor utk pengesahan rasmi dan mengikut perkiraannya usia kandungan sekarang dalam 6- 7 minggu. Tunggu pertengahan bulan depan g klinik untuk dapatkan tarikh due. Tapi....aku dah mengira2 sendiri tarikh itu ( mengikut ilmu cikgu laaaaa ) so jangkaannya akhir Nov atau awal Dec. ( Rasminya tunggu g jumpa doktor dulu la...)

Kawan2 dan adik beradik mendoakan agar kandunganku kali ni lelaki ( penguat keluarga krn aku dah ada dua anak perempuan yg cantik2 tuhh ....). Bagiku mana-mana pun sama ( dlm hati berdoa juga agar kali ini lelaki pulak : sbb boleh tutup kilang dah lepas nih, lagipun dah nak masuk 40 tahun dah...aku pun dah tak larat dah ).

Namun rezeki datangnya dari Allah. Ku terima segalanya nanti....Moga kandungan ini tidak menimbulkan sebarang masalah dan aku mampu untuk terus melakukan kerja2 sekolah dan rumah agar tidak menyusahkan sesiapa......

Wednesday, April 7, 2010

Kesedaran Sivik

Kejadian ini berlaku tengahari semalam. Di luar kelas 6 atas Aset. Menunggu kawan aku kuar dari kelas itu. Sebelah kelas ini ialah makmal bahasa. Keluarlah dari makmal bahasa itu segerombolan pelajar ting 5 Tarif ( kelas terakhir ting 5 ). Bukan pasal kelas terakhir ting 5 yang kebiasaannya mempunyai masalah dalam pembelajaran kerana pelajarnya agak slow yg ingin disentuh. TAPI satu tingkahlaku yang sedari dulu lagi bagi aku satu tingkahlaku yang tidak sopan dan wajar. MELUDAH!!!!! Ikut suka hati je kat mana dan bila masa nak meludah.

Ada seorang pelajar lelaki ni di hadapan mata aku meludah ke bawah bangunan. HAH???????? Dari tingkat paling atas!!! Spontan je reaksi aku ( kerana aku sesungguhnya anti sesape yg suka meludah merata2 nih ) terus menegur kelakuan dia. Wah....dia melenting bila aku tegur. Katanya dalam tekak dia ni banyak kahak. Tak boleh tahan lagi. Amboi2.......atas sebab itu sesenangnya dia meludah. Dasar kurang kesedaran sivik. Padahal tandas pelajar lelaki hanya di hujung blok bersebelahan yang disambungkan dengan koridor.

Yang menambahkan kepanasan aku yang sedia panas di tengah hari tu, dia menjawab dengan kasar dan sesungguhnya kurang ajar. Dia boleh berkata " mak saya pun tak pernah marah ". Ha....kalau dah macam tu maknanya mak dia dan seluruh ahli keluarga dia pun suka meludah merata2 la...Itu tanggapan yg aku buat!! Habis....bila dia dah kata begitu, maka tak salah lah tanggapan aku. EEEEE2........geli aku dengan keluarga sebegitu.

Sukar mendidik buluh kalau dari rebung tidak diajar bagaimana untuk bersivik. Jgn salahkan guru kerana sesungguhnya kami hanya menerima buluh yang sudah agar sukar untuk dilentur. Hanya setelah umur 6 atau 7 tahun menerima didikan dari pihak luar selain ibu bapa. Itu pun hanya 6 -7 jam di sekolah. Selebihnya bersama keluarga.

Aku tak fikir dia boleh meludah sebegitu dalam rumah. Semestinya akan ada orang yang akan marah kalau dia berbuat begitu. Kenapa tidak tingkahlaku begitu juga kita terapkan di mana kita berada.

Ahhhhhh......memang kejadian itu betul menganggu mood aku. Sepanjang perjalanan ke kelas aku lihat budak ni mengomel2 marahkan aku kerana menegur perbuatan "baik" dia. Nasib baik tak de sesiapa lalu di tingkat bwah tu. Kalau tak, mesti terkena la .......Aku percaya satu hari nanti dia sendiri pasti terkena!!!

Akhirnya....aku dapat tahu juga siapa gerangan pelajar tadi. Hairi Iskandar. Nama cukup cantik. Sayangnya.................

Monday, April 5, 2010

Budi Bahasa Budaya Kita

Bulan Budi Bahasa Budaya Kita dilancarkan di peringkat sekolah. Kerjasama antara badan kaunseling, Panitia Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual dan Bahasa Melayu. Bukan pelancaran itu atau program itu yang mahu disentuh tapi......satu cerita yang aku rasakan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang guru. Mungkin ada yang akan mengatakan aku mungkin memburukkan profesion perguruan. Demi Allah, sesungguhnya aku amat menyayangi kerja dan sumber pendapatan aku ini. Namun, apa yang berlaku ini kurasakan tidak sepatutnya berlaku kerana kita seorang guru seharusnya bersedia untuk menegur dan ditegur. Kerana kita masih juga insan. Belum sempurna bairpun dah berpuluh tahun dalam bidang pendidikan apatah lagi kalau kita ini hanyalah guru sandaran tidak terlatih!!!

Cerita ini bermula apabila ada seorang guru sandaran yang diselia oleh Penolong Kanan 1. Bagiku seliaan begitu adalah bagus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran kita supaya pembelajaran tidak membosankan. Namun tidak begitu bagi seorang guru ini. Dia melenting apabila diselia dan yang paling mengejutkan ialah dia berjumpa dengan pengetua mengutarakan ketidakpuasan hatinya. Ya Allah....kalau beginilah sikapnya, baik tak yah jadi cikgu. Ia rutin tahunan dan semua guru akan diselia / observed oleh pentadbir. Dah la guru sandaran tidak terlatih ini tidak mendapat latihan ikhtisas dalam pendidikan, jadi....cara beginilah mereka boleh mendapat ilmu pedagogi pendidikan. Ya...mungkin ilmu mereka cukup tapi......pedagogi pendidikan tidak diajar semasa di U kalau kita bukan dari fakulti pendidikan!!!! Sayang seribu kali sayang. Tujuan penyeliaan tidak difahami oleh guru ini. Berani???? Ya dia mungkin berani menyuarakan perasaan tapi bagiku tidak kena tempat!!! Sombong tidak boleh diajar.

Tidak boleh diterima oleh akalku bila ada guru melenting apabila kena observed!!!

Sesungguhnya budi bahasa bukan hanya perlu ditekankan kepada pelajar tapi juga guru ( pada pandangan aku la ). Bapa borek anak rintik... Kiranya kita mahu anak murid berbudi bahasa, kita sebagai modelnya. Jangan tepuk air didulang terpercik ke muka sendiri. Malu nanti.....

Sama-sama memartabatkan profesion perguruan kerana kita tunjang negara.

Saturday, April 3, 2010

Coretan sebulan

Sudah lama tidak merapu dalam blog nih...Selain takde mood, sibuk juga dengan program2 sekolah. Sebelum cuti sekolah, sibuk dengan Penilaian Kurikulum 1 dan menaip skema jawapan kertas 1 dan 2 Pengajian Perniagaan. Ada lapan soalan setiap kertas yg perlu ditaip jawapan eseinya. Pulun berhari2. Cuti sekolah pulak sibuk menanda la....sambil mencelah2 g sekolah untuk menaip sijil penerima Hadiah Hari Kecemerlangan Akademik yang diadakan hari sabtu sejurus buka sekolah. Tapi dalam kesibukan itu pun masih sempat pulang ke Terengganu 3 hari. Kali ni hanya pulang ke rumah mak mertua kerana mak dan ayah aku berada di Kajang. menjaga anak2 kakakku yang melakukan umrah bersama suaminya.

Buka je sekolah, bertambah2 sibuk bila segala urusan hadiah dan sijil perlu diuruskan sebelum harinya tiba. Dan menambahkan kesibukan bila Kejohanan Sukan Tahunan dalam minggu yang sama. Kurasa semua kawanku pening menguruskan bukan 2 tapi 3 event besar sekolah dalam minggu pertama buka sekolah itu. Hari Isnin diadakan sukantara, Selasa diadakan acara akhir padang, Rabu raptai perbarisan dan hari anugerah kecemerlangan, Khamis sukan tahunan, Jumaat sekali lagi raptai Hari Anugerah Kecemerlangan dan Sabtu adalah harinya - Hari Anugerah dan Mesyuarat Agung PIBG. Seusai semua program terasa lega seleganya. Hilang segala penat dan stress. Hari Ahad kupanjangkan langkah ke Pesta Buku Antarabangsa KL biarpun masih banyak kerja2 rumah yang tertangguh sejak seminggu itu. Hari terakhir pesta, so nak tak nak redah juga la. Ya Rabbi bersesak dan ramainya manusia yg suka membaca serbu pesta di hari terakhir. Sambar la juga novel Norhayati Berahim ( my fav author ) sebanyak tiga buah dan 4 buah majalah Karangkraf.

So minggu kedua adalah minggu bersantai. Hehe....bukan takde kerja tapi tak le sesibuk minggu pertama. Dan kerana itu juga aku 'tenggelam' dalam novel NB Kara tu... Dua novel skali dapat dihabiskan dalam minggu nih. Tapi....banyakla pulak kerja jadi tertangguh dek kerana khusyuk membaca novel2 tu...Ada lagi dua novel blum dibaca. Rasanya biar la dulu...selesai kerja2 tertunggak tu..aku sambung la semula....Harap2 tak la lama!!!

Ok, selesai 3 event besar sekolah tu....tinggal lagi dua je event besar - Hari Kecemerlangan Kokurikulum dan Hari Graduasi. Tak tahu kali ni jadi ketua apa lagi.??????

Apa-apa pun segalanya kuterima dengan rela. Ye la...takkan nak kata tak mahu lak kan. Kutahu kumampu....................Gulp