Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, October 31, 2009

Cerminan Diri

Cepat! Nanti mama lambat! Hish! Ni mama geram ni! Cepat Aisyah!


Itu dialog Hannah apabila bermain peranan dengan si Sarah. Hannah adalah mama, Sarah@ Aisyah @ Aina adalah anak. Cara bercakap dengan adiknya pun macam aku. Sebijik! Memang la anak2 akan meniru perlakuan,percakapan, gaya kita kerana kitalah cermin mereka. Selalu menjaga pertuturan dan perlakuan tapi kekadang terlepas juga.


Apa yang diharapkan agar perlakuan yang baik juga diikuti dan lebih terbekas dalam hati anak-anak. Dek kerana itu, bila kita solat, itulah juga yg akan ditiru mereka. Mulut pun terkumit2. Entah apa2 yg dibaca. Namun itulah langkah pertama mereka supaya menjadi insan yang solehah kerana SOLAT ITU TIANG AGAMA. Tanpa tiang, runtuhlah agama yang dianuti. Sia-sia lah hidup ini.

Seringkali kuterapkan perkataan " Terima Kasih ", "Maaf" dan "tolong" ( kekadang ikut, kekadang tak - namun kenalah bersabar ) supaya mereka menjadi anak2 dan ahli masyarakat yang berbudi bahasa dan menghormati orang lain suatu hari nanti. InsyaAllah.

Memanglah ketika mengamuk, mereka ni takkan mengikuti didikan kita. Macam Hannah 2 hari lepas, geram kerana aku lambat carikan dia games barbie dalam internet, dia mengetuk kepala aku dengan patung barbie dan aku pun spontan je memukul dia 3,4 kali ( lepas tu memanjang rasa menyesal ).Pertamanya ialah reaksi spontan kerana sakitnya ya rabbi. Masa itu, pujukan macam mana pun memang tak jalan la. Hari ni, pagi2 hari lagi dia teringat kejadian 2 hari lepas, then dia cakap " Ari tu akak buat ibu kan, akak minta maaf ". Terharu! Dan seringkali ketika dia minta maaf, selagi aku tak cakap ; " ibu maafkan Hannah ", selagi itulah berulang2 kali dia akan cakap " akak minta maaf ".

Geram dan sakit hari itu dah lama hilang sebab AKU SAYANGKAN ANAK2KU!!!!

Aku percaya ibu2 lain pun macam aku. Sayangkan anak2 mereka walapun kekadang perlakuan anak2 menguris hati ibu2 dan ayah2. Namun, kerana kita adalah IBU, sayang itu berkekalan dan berpanjangan.

Apa yang diharapkan agar didikan, asuhan, dan teguran akan terus melekat dalam hati sanubari anak2ku kerana merekalah hartaku yang amat berharga. Doa mereka untuk aku kelak.


Saturday, October 24, 2009

Hari Karnival Keusahawanan 2009

Setelah menghadapi berbagai masalah, Hari Karnival Keusahawanan berjalan mengikut perancangan. Dari masalah tarikh yang dirasakan tidak sesuai - pelajar Ting 3 dah abis PMR, mostly ramai tak dtg skool dah, pelajar Ting 5 dan 6 dah nak exam SPM n STPM, penjualan kupon yg hanya mula dijual pada hari Rabu 21hb, dari masalah modal yg sekejab kata PIBG akan sumbangkan, sekejab kata takde duit utk diberikan modal ( at last dapat gak pada hari Jumaat ) hinggalah perancangan program yang agak longgar dan kucar kacir ( oppss...nanti kena ISA ).

Hari Jumaat petang aku ke Tesco dgn pelajarku Ting 6 Bawah Akru ( Mesriyah, Madiha dan Safiah ) mencari barang dan bahan utk berniaga. Memandangkan gerai dibuka mengikut Kelab dan Persatuan - aku seharusnya mengendalikan gerai kelab pengguna. Tetapi disebabkan Ting 6 Bawah pun terlibat sama dan aku guru kelas 6 Bawah Akru, maka tugas kelab pengguna dilepaskan sepenuhnya kepada Maizatul - guru penasihat petang. Mengendalikan gerai bersama pelajar besar ni memudahkan. Pelajar2 ini boleh melakukan kerja tanpa pengawasan yang lebih. Mereka menjalankan tugas mengikut apa yang ditugaskan. Teamwork memang perlu agar segala perancangan berjalan lancar ( kerana kurang teamwork menyebabkan program ini sampai ke saat terakhir menghadapi masalah ).

Lihat la gambar2 yang disnap sepanjang hari.....


Saktis dan Marvina sedang memotong buah


Pelajar sedang memproses kelapa muda untuk dijadikan coconut shake.

Sedang meletakkan ais dalam bekas ( yg buatnye sorang je..yg lain jd pemerhati )

Ini gerai Kelab Pengguna. Menjual air bandung soda. Rancak jualannya biarpun hanya sejenis air hinggakan Maizatul kena bancuh airnya beberapa kali...

Senamrobik ( disertai oleh guru dan pelajar yang tidak mengendalikan gerai )

Hanya sebahagian pelajar yang bersenamrobik

Kerancakan hari karnival

Salah satu gerai yang menjual fruits cocktail

Ini bukan jualan tapi hiasan salah satu gerai sebagai tarikan promosi

Pelajar2 mengerumuni gerai 6 Bawah Akru ( One Malaysia Corner ) yang menjual ayam goreng, tauhu bunga, buah dan coconut shake

Cabutan bertuah - kutunggu hingga jam 3 petang barulah aku bertuah walaupun setiap jam cabutan dibuat dari jam 9 pagi

Guru DG44 sibuk berbincang perjalanan program diketuai oleh En Manan ( PK Koku ). Banyak masalah dengar2nya. Hari Isnin nanti kukorek cerita dari kawan2ku..

Bersama Maizatul

Gerai Seni Kreatif dikepalai oleh Kak Nasriah. Suka tengok hiasan tempat letak nasi lemak. Menarik perhatian ( nasi lemak jadi bertambah sedap...haha..)

Lim Yee Leng, Liew Jia Xin dan Marvina ( penyeri one Malaysia Corner )

Budak2 6 Bawah Akru yg kepenatan setelah seharian berniaga. Mesriyah di belakang tu...kepala kerja. Dari cari barang, menggoreng ayam, susun kerja kawan2nyer......

Ini kasut yang dipakai Chai Du wei ( pelajar Ting 5 2008 ). Dia ni gila-gila sikit tapi cerdik dan menghormati guru serta ringan tulang.

Jualan gerai agak menggalakkan. Bayangkan jam 11, ayam goreng dah abis dijual. Budak2 minta tambah stok baru tapi mengenangkan program ni first time dibuat, tak tahu sambutan pihak luar camne, so aku terpaksa berpuas hati je la dgn jualan yg telah habis tu....( ye la...klu g beli ayam lagi, nak proses ayam tu ambil masa, by the time ayam siap diproses, takut dah takde pengunjung ). So concentrate la dgn jualan tauhu bunga dan coconut shake tu...

Ada games, ada mini panggung, gerai video games, jualan buku dan permainan kanak2, ada permintaan lagu dan karaoke ( ramai cikgu yg menunjukkan bakat terpendam ), ada rumah hantu...Aku hanya sempat berlegar di kawasan jualan makanan. Rumah hantu tu....hmmm...penakut macam aku ni, baik tak yah masuk.

Alhamdulillah...sampai jam 3 petang jualan abis terjual. Mengikut perancangan, program ni sampai jam 5 petang, tapi mengenangkan promosi tidak meluas, kebanyakan kelab tidak berani mengambil stok jualan banyak - takut tak habis. Jadi by 3 pm, banyak kelab dah menutup gerai.

Nasib baik jam 4 dah balik. Sarah dah mengamuk sakan. Rumah pun macam tongkang pecah dah...kalu ikut masa sebenar tu, jam 5 baru tutup gerai, agak2nya jam 6 baru sampai rumah.

Penat......tapi disebabkan dah lama tak jumpa Yasmin ( my x student di SMK Jalan Apas Tawau), kugagahi juga berjumpa dengannya di Ampang Point. Orang nak belanja makan. Rezeki jangan ditolak..Next time belanja cikgu tiket flight lak ye....

Inilah Yasmin. Sekarang kerja dgn Suruhanjaya Koperasi based kat Tawau. Ada rezeki dan jodoh, next year dia pindah ke Semenanjung.....haha ( jgn marah ye Yasmin ye...cikgu dah hebohkan seluruh Malaysia)

Ciao for now.....

Friday, October 23, 2009

Open House, Bukit Belacan

Dek kerana kesibukan di sekolah ( kerana program Hari Karnival Keusahawanan esok ) dan di rumah serta ketiadaan computer hampir 2 hari ( Kawan S/U Headcount pinjam utk penghantaran data HC Trial SPM ke PPD ), maka event yang berlaku hari Sabtu, Ahad dan Isnin hanya boleh dikarang hari ini. Hopefully la….Basi pun basi la citerni....apa boleh buat. Memang bz giler...


Hari Sabtu – Hari open house kami. Segalanya bermula pada malam Jumaat apabila canopy dipasang. Mereka datang memasang canopy jam 11 malam. Lewat satu jam dari yang dijanjikan. Tak pe la…mungkin sebab banyak tempahan.


Cadangan asal cuma nak memasang dalam kawasan pagar rumah kami. TAPI….bila saiz conopy itu 20x20, nak tak nak kena pasang di depan rumah. Merentangi jalan. Semuanya salah aku sebab semasa menempah aku tidak bertanyakan saiz canopy tersebut kerana dalam fikiranku mereka tentu mempunyai banyak saiz. Memandangkan mereka hanya ada satu saiz je…so, pasang aje le…


Mengenangkan kami hanya membuat open house bukannya kenduri mengahwinkan Hannah atau Sarah, maka suamiku membuat keputusan mencari canopy yang agak kecil di Tesco. So itulah yang kami pasang di ruang porch kami. Segan gak nampak guna canopy yang disewa. Takut orang datang berperingkat2. Kalau kenduri mungkin la sebab orang akan datang serentak.


Jam 10 pagi – maid harian yang diupah khas untuk hari berkenaan sampai ke rumah. Berjemput dari rumahnya di Pandan Cahaya. Dalam masa yang sama, makanan yang ditempah dari caterer Saujana Impian sampai. Jauhnya…menempah makanan. ( Itu caterer yg biasa dengan kakakku – setiap kali dia mengadakan jamuan, khidmat caterer itu lah yang digunakan). Kami pun puas hati dengan makanan dan harga itu. So jauh pun jauh la….


Jam 11 – meja dipasang oleh pekerja canopy.


Jam 12 – Open house bermula. Tetamu pertama kakakku sekeluarga. ( Dia menghantar bubur kacang yg dibuatnya dan roti jala yg ditempah di Kajang ). Sebab itu lah dia tetamu pertama.


Selepas zohor, tetamu mulai datang. Makin lama makin ramai….sampai tidak terlayan dengan sepenuhnya dan yang paling terkilan ialah aku terlupa untuk mengambil gambar2 untuk dimasukkan dalam blog dan FB. Yang ada Cuma gambar kakakku sekeluarga kerana masa itu masih tiada orang, so dapatla berposing. Bila orang dah datang sedikit demi sedikit, hah..…masa itu semua dah tak ingat nak amik gambar. Waaaaaa…..ralatnya!!!!

Sambutan hangat dari jemputan mengurangkan rasa ralat itu. Alhamdulillah. Kami pun takut2 gak kalau ramai jemputan tidak dapat memenuhi jemputan kami. Syukur padaNya. Hajat untuk menjamu kawan2 baru dan lama dapat terlaksana dengan mudah.


Rasa gembira yang teramat apabila dapat berjumpa semula kawan2 lama kat ITM dulu. Seronok dapat bersua dengan Nor Shehah ( along ), Nor Azlinah ( alang ), Hafsah ( ateh) n Khairul Nisa ( acu ). Cuma setakat ni kami totally lost contact dgn Rosnani (angah ). Entah di mana la dia sekarang…………..

Namun kerana kesuntukan masa dan kesibukan melayani tetamu menyebabkan perjumpaan dengan adik beradik tu tidak sepenuhnya mencapai kemuncaknya. Insya Allah ada rezeki lagi aku akan menjemput mereka lagi menjamu selera. Kali ni nasi dagang ( tunggu mak aku datang dulu la….aku mana pandai buat nasi dagang – nama je org Terengganu….huhuhuh..)


Malam Sabtu tu dua-dua flat la..Penat weh!!! So proses mengemas tidak sepenuhnya dapat dilaksanakan. Aku membiarkan aje bekas-bekas hidangan itu. Nasib baik Kak Sri dah membasuh periuk2 besar tu sebelum dia balik.


Pagi Ahad – Proses membasuh bekas hidangan dan mengemas rumah. Penatnyer….


Nak basuh porch dah tak larat. So tangguh dulu. Harap2 ada masa sebelum sekolah hari Selasa. Petang ada 2 open house – Nursery Hannah dan rumah Kak Ila. Wajib g tu…so selepas zohor g nursery dulu walaupun perut tak berapa sihat. Lepas tu g rmh Kak Ila. Tersesat jab…salah baca peta yang dia bagi. Tapi rupa2nya ramai gak org lain yg sesat, tak jumpa rumah Kak Ila. Semua org kata dia tak pandai lukis peta.Hahaha….

Pagi2 Isnin – basuh porch sebelum buat kerja lain. Kalau dah buat kerja lain, tentu porch ni tertangguh lagi. Sesudah itu, entah apa mimpi suamiku mengajak ke Bukit Belacan ( hmm…dia pun cuti gak bila tahu bini dia cuti deepavali lagi ). Aku no problem aje


Namun, tiada keseronokan la…Pertama bagi budak2 tu, airnya terlalu sejuk. Kedua bila hanya kami sekeluarga je, rasa macam tak meriah lak. Tak macam masa bersantai kat Kem Merbau Menyusut dulu. So tak lama pun kami di sana.


Tengok je la…dua tiga keeping diambil sempena cuti deepavali ni…







Ni canopy yang tak digunakan...

Enam tetamu pertama


Dua gambar kat atas tu di Bukit Belacan. Dek kerana dah lama tak bermain kat park, so ni dulu yg diterjah oleh anak-anakku

Kesejukan bermain air

Kehijauan Bukit Belacan

Sambung main lagi....

Dalam perjalanan pulang rumah setelah sekali round kat Carrefour Ampang. Biasala ais krim menu utama...kihkih

Comotnyer....

Mata yang mengantuk


Tuesday, October 13, 2009

Potluck

Dalam dua minggu ini pembelajaran dan pengajaran tidak berjalan lancar. Pertama sebabnya ialah peperiksaan PMR. Satu blok kelas digunakan untuk peperiksaan menyebabkan tingkatan-tingkatan lain terpaksa bergilir2 untuk datang ke sekolah. Itu tak menjadi masalah. Yang menjadi masalah ialah bila kelas yang sepatutnya datang untuk PnP, tidak datang atau hanya dua tiga kerat pelajar yang hadir menyebabkan P & P tidak dapat dilaksanakan dengan lancar. Sudahnya……….kertas percubaan masih belum dapat dibincangkan. Hari rabu ni pulak ada gerak gempur utk pelajar kelas Sains dan subjek Sains serta Matematik. Terganggu lagi….dah la cuma tinggal sebulan nak exam. Trend pelajar sekolah ni lak, habis saje trial exam mereka jarang datang sekolah. Konon nak study kat rumah.


So…..disebabkan banyak kelas direhatkan, maka kami pun secara senyap-senyap ( senyap2 ke??? Ramai gak orang lain joint, so tak tahu la senyap2 ke tak ) mengadakan potluck. Senyap2??? Nape yek buat senyap2???


Dah lama teringin nak buat makan-makan ni. Tapi bila banyak sangat songelnya…( ada yg faham kot maksudku ni ), jadi hasrat itu terbantut. Tapi sesekali jadi budak engkar pun ok gak.

So lihat-lihat la gambar yang diambil ni…


Makanan yang baru dihidangkan. Belum pun dibuka penutupnya

Kawan-kawan ( Nazrul, kak Pah, Ust Basri n Kak CT )

Lagi dua tu....kak Yati n Intan

Tengah sibuk mengambil makanan..

Selesai aku makan, jaga port Anjung Perdana. Tempat budak2 PMR letak beg. Hari akhir ni...kena berjaga. Kot2 ada yang bawa mercun, tepung atau apa2 yang seumpamanya untuk dibaling kepada kawan2 sebagai tanda tamat exam PMR....


Lupa nak ambil gambar makanan habis licin disapu....oleh perut guru la....haha

Next time ada la lagi.......

Sepetang di Pantai Rhu Sepuluh

Gambar- gambar ini diambil semasa cuti raya aidilfitri lepas. Kami ke pantai Rhu Sepuluh setelah sekian lama tidak ke sana. Lihatlah keseronokan Hannah bermain. Sarah lak macam kakaknya dua tahun lepas ; takut air!

Terubat keinginan Hannah bermain air. Dia dah gian nak main air sejak bermain sungai di Kem Merbau Menyusut dua hari sebelumnya. Pantang teringat je, dia mesti merengek nak main air. Kesian lak. Balik KL mesti susah nak main sungai.

So…..dengan rasa tak nak hampakan keinginan anak, maka suamiku pun membawalah kami ke pantai. Boleh gak makan ICT or SCT ( ikan celup tepung or sotong celup tepung )

Tak yah cerita panjang, lihat saje la gambar2 yang menunjukkan keriangan Hannah


Melompat keriangan melihat air






Termenung di tepi pantai...( masa ni orang lain sibuk makan ICT, dia cuma merenung pantai)













Bersama Cik Ya

Hari dah nak hujan .....

p/s : Sori kak Ya, lambat post entry ni. Lupa dgn gambar2 g pantai ni