Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, October 24, 2009

Hari Karnival Keusahawanan 2009

Setelah menghadapi berbagai masalah, Hari Karnival Keusahawanan berjalan mengikut perancangan. Dari masalah tarikh yang dirasakan tidak sesuai - pelajar Ting 3 dah abis PMR, mostly ramai tak dtg skool dah, pelajar Ting 5 dan 6 dah nak exam SPM n STPM, penjualan kupon yg hanya mula dijual pada hari Rabu 21hb, dari masalah modal yg sekejab kata PIBG akan sumbangkan, sekejab kata takde duit utk diberikan modal ( at last dapat gak pada hari Jumaat ) hinggalah perancangan program yang agak longgar dan kucar kacir ( oppss...nanti kena ISA ).

Hari Jumaat petang aku ke Tesco dgn pelajarku Ting 6 Bawah Akru ( Mesriyah, Madiha dan Safiah ) mencari barang dan bahan utk berniaga. Memandangkan gerai dibuka mengikut Kelab dan Persatuan - aku seharusnya mengendalikan gerai kelab pengguna. Tetapi disebabkan Ting 6 Bawah pun terlibat sama dan aku guru kelas 6 Bawah Akru, maka tugas kelab pengguna dilepaskan sepenuhnya kepada Maizatul - guru penasihat petang. Mengendalikan gerai bersama pelajar besar ni memudahkan. Pelajar2 ini boleh melakukan kerja tanpa pengawasan yang lebih. Mereka menjalankan tugas mengikut apa yang ditugaskan. Teamwork memang perlu agar segala perancangan berjalan lancar ( kerana kurang teamwork menyebabkan program ini sampai ke saat terakhir menghadapi masalah ).

Lihat la gambar2 yang disnap sepanjang hari.....


Saktis dan Marvina sedang memotong buah


Pelajar sedang memproses kelapa muda untuk dijadikan coconut shake.

Sedang meletakkan ais dalam bekas ( yg buatnye sorang je..yg lain jd pemerhati )

Ini gerai Kelab Pengguna. Menjual air bandung soda. Rancak jualannya biarpun hanya sejenis air hinggakan Maizatul kena bancuh airnya beberapa kali...

Senamrobik ( disertai oleh guru dan pelajar yang tidak mengendalikan gerai )

Hanya sebahagian pelajar yang bersenamrobik

Kerancakan hari karnival

Salah satu gerai yang menjual fruits cocktail

Ini bukan jualan tapi hiasan salah satu gerai sebagai tarikan promosi

Pelajar2 mengerumuni gerai 6 Bawah Akru ( One Malaysia Corner ) yang menjual ayam goreng, tauhu bunga, buah dan coconut shake

Cabutan bertuah - kutunggu hingga jam 3 petang barulah aku bertuah walaupun setiap jam cabutan dibuat dari jam 9 pagi

Guru DG44 sibuk berbincang perjalanan program diketuai oleh En Manan ( PK Koku ). Banyak masalah dengar2nya. Hari Isnin nanti kukorek cerita dari kawan2ku..

Bersama Maizatul

Gerai Seni Kreatif dikepalai oleh Kak Nasriah. Suka tengok hiasan tempat letak nasi lemak. Menarik perhatian ( nasi lemak jadi bertambah sedap...haha..)

Lim Yee Leng, Liew Jia Xin dan Marvina ( penyeri one Malaysia Corner )

Budak2 6 Bawah Akru yg kepenatan setelah seharian berniaga. Mesriyah di belakang tu...kepala kerja. Dari cari barang, menggoreng ayam, susun kerja kawan2nyer......

Ini kasut yang dipakai Chai Du wei ( pelajar Ting 5 2008 ). Dia ni gila-gila sikit tapi cerdik dan menghormati guru serta ringan tulang.

Jualan gerai agak menggalakkan. Bayangkan jam 11, ayam goreng dah abis dijual. Budak2 minta tambah stok baru tapi mengenangkan program ni first time dibuat, tak tahu sambutan pihak luar camne, so aku terpaksa berpuas hati je la dgn jualan yg telah habis tu....( ye la...klu g beli ayam lagi, nak proses ayam tu ambil masa, by the time ayam siap diproses, takut dah takde pengunjung ). So concentrate la dgn jualan tauhu bunga dan coconut shake tu...

Ada games, ada mini panggung, gerai video games, jualan buku dan permainan kanak2, ada permintaan lagu dan karaoke ( ramai cikgu yg menunjukkan bakat terpendam ), ada rumah hantu...Aku hanya sempat berlegar di kawasan jualan makanan. Rumah hantu tu....hmmm...penakut macam aku ni, baik tak yah masuk.

Alhamdulillah...sampai jam 3 petang jualan abis terjual. Mengikut perancangan, program ni sampai jam 5 petang, tapi mengenangkan promosi tidak meluas, kebanyakan kelab tidak berani mengambil stok jualan banyak - takut tak habis. Jadi by 3 pm, banyak kelab dah menutup gerai.

Nasib baik jam 4 dah balik. Sarah dah mengamuk sakan. Rumah pun macam tongkang pecah dah...kalu ikut masa sebenar tu, jam 5 baru tutup gerai, agak2nya jam 6 baru sampai rumah.

Penat......tapi disebabkan dah lama tak jumpa Yasmin ( my x student di SMK Jalan Apas Tawau), kugagahi juga berjumpa dengannya di Ampang Point. Orang nak belanja makan. Rezeki jangan ditolak..Next time belanja cikgu tiket flight lak ye....

Inilah Yasmin. Sekarang kerja dgn Suruhanjaya Koperasi based kat Tawau. Ada rezeki dan jodoh, next year dia pindah ke Semenanjung.....haha ( jgn marah ye Yasmin ye...cikgu dah hebohkan seluruh Malaysia)

Ciao for now.....

1 comment:

yasmin said...

salam...ckg wan...mmg agak dah ckg mesti...wat blog punya...oh,bagus....bah