Kali ini aku nak bercerita tentang dua puteriku itu. Peristiwa ini berlaku semasa sambutan hari raya hari tu. Di rumah mak mertua. Semasa sambutan hari raya hari tu..mak mertuaku kurang sihat. Lelah @ asma. Di rumah ada set nebullizer ( alat sedut menyedut lelah ni ). Kebetulan pulak masa sampai ke kampung hari tu pun si Sarah lelah. Sempatlah menggunakan alat tersebut sebelum melarat. Kang klu teruk, xleh nak raya sakan kang!
Sebenarnya dah banyak kali Hannah melihat Sarah menggunakan alat tu (di klinik la ). Jadi bila tenguk mak mertua menggunakan alat tersebut, Hannah pun agaknya geram dan terliur kut dengan alat yang cantik itu, so......
Jom dik, adik kan lelah. Meh guna benda ni...
Dengan lagak bagaikan doktor ( up la profession tu, takkan nak anak jadi nurse je kan ), maka Dr Nur Hannah pun meletakkan lah alat tadi pada muka adiknya
Dan....adik pun menunggu la dengan sabar menjalani rawatan yg dibuat oleh kakak
EH...eh...apa kata kalau kakak lak cuba...cam ne rasanya ye....
Akhirnya.....kakak lak jadi pesakit
No comments:
Post a Comment