Hari ini dimulai dengan tangisan Sarah. Segalanya berpunca dari susu. Malam tadi dia tidur lena tanpa menyusu. Pagi ni, macam biasa la jam 5.40 pagi dia terjaga, melalak lalak. Nak susu abu! Nak susu abu ! Biasanya dia akan menyusu lama. Mungkin sebab susu badan pun dah tak banyak….so masa yang lama la diambil untuk mengenyangkan dia.
10 minit pertama aku melayan la dia…tapi masuk 20 minit aku masih belum mandi. Maka aku tinggalkan dia bersama abahnya. Macam biasa, bukannyer dia nak dengan abahnya pagi-pagi begini. So tunjuk perasaan la dia pagi-pagi…
Cepat-cepat la aku mandi. Aku rasa cam mandi ambil syarat je. Asal basah. Keluar bilik air, dah teresak-esak dah Sarah. Susukan dia dengan mata sekejab- sekejab melihat-lihat jam. 6.30 pagi aku masih belum memakai baju kurung. Biasa keluar rumah 6.40 pagi tapi hari ni…..waaaaa masih belum bersiap. Alamatnya lambat la aku pagi ni…Jalan depan sekolah aku jem bila masuk jam 7 pagi sebab ada dua sekolah bersebelahan.
So aku terkocoh-kocoh la bersiap sambil si Sarah menunjukkan perasaannya sekali lagi. Terguling-terguling!!! Nak susu abu! Nak susu abu! ( maksudnya nak susu ibu la )
Dalam masa yang sama. Hannah lak menangis nak susu coklatnya. Biasanya dia tak mahu abahnya yang buatkan. Dia nak aku buat dan bagi botol susu kat dia! Tapi mungkin sebab dia tengok adik dia dah tunjukkan perasaan, maka dia pun tak kesah la suamiku buatkan susunya.
Dari bilik tidur sampai ke ruang tamu hingga ke kereta menyusukan Sarah. Beg-beg aku
masukkan dalam kereta sampai mengelek Sarah. Dah tenang dan agaknya dah kenyang sikit kot…Sarah menangis lak nak duduk dengan aku di kerusi driver. Of course la tak leh bawak kereta macam ni….dah menangis lagi sekali!!!
“ Dah kena mula hari ni dah ! ” Petang nanti jangan bagi susu badan lagi dah. Dah nak masuk dua tahun pun dah ” Keras kata suamiku. Gulp! Aku menelan air liur je. Memang patut berhenti dah pun tapi…biasanya balik je sekolah, sesampai di rumah, belum dapat buat apa2, Sarah dah minta susu.
Puas dipujuk, tak jalan gak! Jam dah 7.05 pagi….WAWAWWAAA…aku lak menangis dalam hati. Tak boleh jadi ni…tak layan lagi ni !!!
“ Ambil time off la “ Kata suamiku. Waaaa…kat sekolah mana ada benda2 macam tu. Tak de lagi time slip or time off or segala mak nenek benda macam tu! ( pekeliling terbaru dari KPM 2,3 bulan lepas )
So aku letakkan Sarah di seatnya walaupun dia meronta2 tak mahu duduk ( pujuk dengan biskut raya kegemaran dia pun tak jalan ). Aku tekan minyak pecut la sikit spy aku tak lambat. Dah la sekarang ni, kena guna jari untuk check in masuk kerja. Tak leh lagi nak kirim2 kawan punchkan card. La…dah jari ni tak leh dibagi pada kawan untuk tolongkan punch in.
Dalam kereta Hannah dan aku memujuk2 Sarah. Alhamdulillah….dah bertenang nampaknya tu…dah boleh bersuara, berborak2 dengan aku dan kakaknya. Aku cakap dengan Sarah, nanti cikgu kat sekolah buatkan susu botol untuk Sarah….sambil melawak mengejar2 kereta di hadapan supaya dia excited nak sampai ke sekolah dia ( nursery dia la )
Satu part yang sedih bila Sarah berkata…” sian adik. Adik lapar ni. NAk susu botol kat sekolah “ Itu la yang diulang2 sampai la ke nursery dia. Tapi….sesampai ke nursery dia menangis lagi. Kali ni tukar dialog
“ Nak susu abu! Nak susu abu ! Nak susu abu ! “
Hah…sudah. Dah la lambat. Dia buat hal lagi! Nak tak nak aku tinggalkan dia bersama gurunya. Melalak2 jangan kira la…..Sedih lak…Mesti lama tu dia menangis.. Sebab setiap kali dia menunjukkan perasaaan, biasanya lama la.
Tepat jam 7.30 pagi sampai sekolah. Wah..tension pagi2 macam ni…nasib baik takde kelas pagi. Boleh la ambil nafas jab sebelum proses menyusun kerusi meja untuk persediaan peperiksaan PMR esok.
Itu cerita si Sarah. Hannah lak malan tadi. Segalanya berpunca apabila dia tak bagi Sarah menyusu dengan aku. Dia nak aku melayan dia main Barbie games kat laptop aku. Bila tak dapat ikut kehendaknya, apa lagi megamuk la…Dia tolak laptop aku sampai jatuh. Mulanya buat tak peduli je. TApi bila tengok laptop tu tertonggeng n terkangkang, aku angkat la…Dup! Alamak….keyboard jatuh. Terlerai lari badannya.
Adusssss….dah la aku ada benda nak menaip n print malam ni kerana orang KPM nak datang pantau Ting 6. Geramnyerrrrr…..Nasi dah jadi bubur
Kesudahannya dua-dua menangis. Hannah menangis kerana dimarahi suamiku. Teresak-esak. Mulanya aku biarkan saja tapi….kesian lak. Akhirnya aku tarik dia dan kupeluk dia. Ibu sayang kakak!
Akhirnya tertidur apabila dipujuk dan diberikan susu. Cara biasa bila menangis. Ambil susu dan sua kat mulut. Diam la lepas tu….
Mujur laptop masih boleh berfungsi. Boleh guna cursor utk klik2 print tapi tak leh menaip. Asal boleh siap satu part jadik la. Tertangguh lagi kerja…
Nasib baik ada guru IT boleh memasang keyboard aku di sekolah hari ni. Dan laptop aku berfungsi macam biasa. ALhamdulillah
Perancangan kita tidak boleh mengatasi perancanganNya.
4 comments:
banyak-banyak sabar Ta. Inilah rencah kehidupan. Ini time anak kecik, bila besar nanti macam2 lagi karenah mereka. Bersedialah menghadapi apa2 situasi mendatang.
Sabar la Kak Ta... Itu semua cobaan... Tapi betul ke laptop tu ok? huuu takutnyer dengar, sampai tercabut keyboard!
dah ok dah...boleh menaip tu ok la kot
ya betol tu...kadang2 apa yang kita rencanakan tidak semestinya menjadi...tapi ada sesuatu yang DIA mahu kita belajar dari apa yang sedang berlaku itu..
Post a Comment