Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 27, 2021

Allah Maha Berkuasa

 Allah Maha Berkuasa. Sekiranya Dia berkehendak, semua kan terjadi.

Dua tiga hari ini media memaparkan berita tentang kapal selam tentera Indonesia KRI Nanggala 402 yang hilang dan dikhuatiri tenggelam ( akhirnya disahkan tenggelam dalam kedalaman 800-850m). Setinggi Burj Khalifa. Allahuakbar!

Kematian menjelang Ramadan dan di bulan Ramadan begitu menyentuh hatiku. Hati ini berkira-kira bagaimanalah agaknya sambutan raya selepas sebulan berpuasa akan disambut oleh ahli keluarga yang tinggal. Tentu sayu dan hiba sekali kan. Sunyi tanpa kelibat insan tersayang.

Allah berkehendak, segala berlaku. Siapa kita untuk menidakkan takdir itu. Jika Dia tidak berkehendak, semua tidak akan berlaku. Memandu di lane paling kiri pun, tetiba tanpa disedari ( Baca: microsleep) berada di lane persimpangan antara dua jalan,  di depan hanyalah penghadang jalan dan penghadang besi. Allah tidak berkehendak. Segala tidak terjadi. Tiada kemalangan. Beristighfar dan bersyukur teramat. 

Semoga Allah mengurniakan segala kebaikan dan setinggi darjat insan-insan yang ditarik nikmat umurnya di bulan yang mulia ini. 

Apa yang di hadapan, kita tidak mengetahui. Cuma jalanilah hidup ini mengikut syariatNya, menambah amalan di saat masih berpeluang sebagai bekalan di sana. 

Salam takziah buat semua ahli keluarga KRI Nanggala 402. 


No comments: