Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 18, 2021

Kita berhak bahagia

Dulu ada seorang kawan aku ni. Kuberikan nama dia S. Kawan masa degree. Coursemate dan housemate juga. Anak peneroka macam aku juga. Jenis tak reti bawak motor juga. Anak ke dua macam aku juga. Bezanya, dia lawa....hahahahahaha

Dia pernah berkata..."Saya, kalau laki saya nak kawin 2, saya akan izinkan. Tapi saya akan minta cerai. Buat apa bersama lagi. Sah-sah hati dia bukan untuk saya dah. Kalau tak, mana mungkin ada orang ke dua. Kita berhak bahagia walaupun sorang diri". Terkelu aku masa tu. Mudahnya dia berkata-kata.

Bila seorang pakar ( so called pakar motivasi walaupun dia takde pun kelayakan profesional itu ) berkata...wanita malang adalah wanita yang salah memilih suami. Dan dia juga pernah mengeluarkan kenyataan...buat-buat bodoh supaya jodoh cepat sampai. Dua kenyataan yang sangat berlawanan dikeluarkan oleh orang yang sama!

Antara dua individu di atas, akhirnya sekarang aku separuh bersetuju dengan kawanku yang bukan sape-sape itu. Kita, wanita sebenarnya berhak menentukan arah tuju dan kebahagiaan kita. Tanpa lelaki, kita masih boleh hidup jika sekiranya suami yang ada itu bukanlah ketua keluarga yang boleh kita bergantung harap. Pemalas, tiada kerja tetap, panas baran, kaki pukul. Lelaki sebegini hanya akan menambah beban kepada wanita yang sejak azali dianggap lemah. Jangan kerana anak kita mahu bertahan. Malah aku rasa anak-anak pun tenang aman damai tanpa bapa yang sebegini. 

Malangkah kita kerana memilih lelaki sebegini sebagai suami? Kalau dari awal kita sudah tahu dia ada sikap negatif, then kita malang kerana tetap memilih dia. Tapi kalau perangai negatif itu tidak diketahui langsung dari awal perkenalan, then kita lah harus berani mengambil pendirian kita! Jangan musnahkan diri sendiri! Jangan jerumuskan diri dalam kemurungan, memendam rasa sepanjang hidup

Kita ada nilai. Kalau tidak di mata orang lain, sekurang-kurangnya di mata kita sendiri!

No comments: