Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 24, 2009

Diari Ramadhan - Part 1

Sudah masuk hari ke 3 umat Islam berpuasa. Kesibukan menguruskan rumah dan juadah berbuka menyebabkan baru hari ni dapat post entry baru. Hari Sabtu dari pagi sampai ke petang sibuk memanjang. Hanya sempat mencelah2 dalam FB n baca entry orang je..Tu pun upload gambar sambil mengemas rumah.

Menu berbuka hari Sabtu - Siakap sweet sour, kerabu mangga campur pegaga n rendang kerang serta pemanis mulutnya ialah seri muka ( first time buat tu ). Lihatlah hasilnya di bawah

Ini je yang tinggal di pagi hari Ahad ( tak sempat nak snap hari pertama puasa )


Kerabu mangga dan pegaga


Hari ke dua puasa, menunya ialah asam rebus terung ( resepi dari blog dapur tanpa sempadan ), ayam bakar, cendawan goreng tepung dan pemanisnya onde-onde.
Lihatlah proses membuatnya bersama dua anak dara yang teruja nak menolong ( main je la )

Hannah tengah khusyuk mengentel onde-onde

Sarah pada mulanya hanya melihat dan menunjuk-nunjuk aje..

Tapi akhirnya...agaknya tengok kakak seronok duk mengentel, dia pun joint sama

Daa...daa....inilah hasilnya

Selesai di dapur, sesi bermain lak plak..

Ketawa girang dapat bermain..

Proses mengunting rambut Sarah yg tertangguh sekian lama

Diam je Sarah..tu sebab dia bersetuju gunting rambut. Salah satu sebab tertangguh ialah sebab dia tak mahu gunting rambut. So bila dia mahu, maka senang la prosesnya...


Alahai...dah pendek rambut aku..( monolog Sarah )

Tengah duk menjeling kakak yang seronok mengayuh basikalnya
( cepatla siap abah, nak g main ni.. )

Daa..daa...dah cantik. Tengok muka Sarah tu...cam tak puas hati je...haha

Keriangan mereka bersambung dengan aktiviti bermain air pulak ( masa tu xsnap gambar sbb bz melipat kain yang dua hari tidak berlipat krn hari pertama puasa hujan lebat membasahi bumi Ampang )

Sekian la dulu catatan dua hari pertama puasa. Hari ni rasanya nak buat bubur jagung ( Hannah suka makan bubur jagung ni )..Dua hari orang berpuasa, dua hari la jugak dua beradik ni tak seberapa makan. Jenuh aku memasak tengahari ( nasi goreng je - hari pertama nasi goreng udang, so udang je yang dimakan, hari ke dua nasi goreng kicap + kerang, langsung tak disentuh, dia cuma mkn roti wholemeal sekeping, Sarah lak makan tiga suap )

Akibatnya malam tadi jam 11, dua beradik ni minta nasi, ( masa orang berbuka, mreka tak mahu gak makan ). Banyak la pulak makannya.. (budak2 memang takleh paksa makan, mereka makan akhirnya bila mereka rasa lapar, tapi sebagai ibu, kita risau kalau2 mereka lapar)

La terlebih la pulak penutupnya..Okey kita sambung kemudian lak.............

1 comment:

ninarif said...

wah! sedapnya onde onde.. teringin nak buat sebenarnya tapi dah gondol dah daun pandan orang sebelah ni.. sogan nak mintak lagi! he he