Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 11, 2009

H1N1

Aku rasa semua orang pun dah tahu tentang H1N1. Semua orang cuba mengambil pendekatan tersendiri dalam menangani wabak ini dari terkena. Namun, cukupkah persediaan kita????

Saban hari jumlah kematian terus meningkat. Agaknya apakah kesudahan cerita ini dan bagaimanakah ia berakhir????

Sekolah salah satu tempat yang memberi risiko kepada kita sebagai warganya. Saban hari ada sahaja pelajar yang demam, batuk dan selesema. H1N1 kah atau sebab jerebu.????

Jerebu juga menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan individu tidak sihat.Jerebu di Kuala Lumpur ini saban hari aku lihat makin teruk. Jam 6 petang sudah perlu membuka lampu untuk menerangi rumah. Terukkan!!!

Aku paling bimbangkan anak-anakku terutama Sarah ( dia kan asma ). Sebab itulah minggu lepas kami sekeluarga hanya terperap di rumah. Bimbang dengan H1N1 satu hal, jerebu lak satu hal.Selagi kita boleh mengelak, selagi itu lah kita cuba.

Bak kata seorang penulis artikel dalam satu akhbar utama negara; Mangsa yang meninggal adalah orang Islam; Adakah ia satu tanda bahawa kita perlu melakukan sesuatu dari sudut agama? Yap…belum kedengaran mana-mana masjid yang melakukan solat hajat menolak bala ini ( kalau ianya satu bala dari Allah sebagai peringatan kepada hambaNya yang lalai ). Setelah ianya makin membimbangkan, barulah ada saranan ( lupa siapa punya saranan ntah ) dalam akhbar semalam ada menyatakan masjid-masjid diminta mengadakan solat hajat pada hari Jumaat dan bacaan Yasin beramai-ramai dalam usaha kerohanian untuk menangani masalah ini. Aku malas nak menyentuh bab-bab politik ini walaupun aku rasa ada orang2 tertentu yang macam tidak memandang serius perkara ini.

Bagiku keselamatan kita sebagai rakyat adalah penting kerana tanpa sumber tenaga bagaimanakah negara dapat dimajukan???

Malam semalam aku tengok History Channel Astro bertajul “ Seven Signs Of Apocalypse ”. Itu pandangan dari kitab Bible ( kita tak perlu pentingkan dari mana sumbernya , tapi segala tanda-tanda tu pun sama dalam AlQuran pun ). Salah satu tandanya ialah wabak penyakit. Memetik kata dalam dokumentari itu, setiap 10 tahun akan ada penyakit baru dan setiap 100 tahun pula wujud pandemik. Paling akhir pandemic ialah pada 1918 iaitu Selesema Sepanyol yang mengorbankan 100 – 200 juta manusia. Bayangkan pada tahun itu, kemajuan tidak sepesat sekarang. Hampir seratus tahun, 2009 wujud H1N1 dengan dunia tanpa sempadan. Manusia bebas bergerak. Virus yang bertapak dalam tubuh hanya disedari 2,3 kemudian dimana pergerakan kita entah berapa ribu km jauhnya dari tempat virus bertapak. Ngerinya……

Sekolah aku dah ada kes 2 H1N1. Kesudahannya bercuti seminggu mulai esok. Kes pertama semalam, budak 2 Kasia masih datang sekolah sbb tak tahu dijangkiti. Hospital call sekolah memaklumkan kes tersebut. Bahananya kawan dia lak terkena hari ni..Waaaaaa....makin takut!!!!!!!!



Ya Allah, jauhilah wabak ini dari diriku, suamiku, anak2ku, ahli-ahli keluargaku yang lain, kawan2ku, dan seluruh umat Islam yang lain. Amin .

5 comments:

najmiah said...

ini la peringatan dari Allah. Sama-sama kita berdoa semoga dijauhkan daripada penyakit merbahaya ini. Amin

hannahsarah said...

Peringatan bagi manusia yang mahu ambil iktibar

4-a&nazrah said...

sama la kita, kami pun kena cuti gak. Semoga semua penyakit ni dijauhkan dari kita semua, insyaallah..

ninarif said...

suspen sebenarnya... sama-samalah kita berdoa..

Haizamz said...

Setiap apa yang berlaku...pasti ader penyebabnyer,...kenape muslim yang ramai meninggal akibat H1N1? sEBAGAI MUSLIM...marilah kita berdoa semoga dijauhkan musibah ini. Pasti ade penyebabnyer.Hanya Allah yang mengetauhui...Semoga Kita semua SELAMAT. Amin.