Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 12, 2010

Kewarasan

Bila meneliti akhbar Utusan semalam, tetiba naluri keibuan ini menitiskan air mata. Betapa melihatkan mayat bayi perempuan yg penuh dihurungi semut ( aku nampak mcm kerengga, ke sama spesies ??? ). Ya Allah mana perginya kewarasan sebagai manusia? Mana hilangnya hati perut seorang ibu dan bapa ( biarpun mrk mungkin tiada ikatan perkahwinan yg sah, mrk tetap ibu dan ayah kepada bayi yang malang itu!!!! ). Betapa di luar sana masih ramai pasangan yang dah lama berkahwin tapi tidak dikurniakan anak! Ni kan sesenangnya membunuh satu jasad yang tidak berdosa. 1 dosa menjadi dua dosa besar. Aku tidak mampu untuk membayangkan bagaimana deritanya bayi berkenaan jika dia dihurungi semut ketika dia masih lagi bernyawa. Alangkah kita yang tua ni pun menjerit jika digigit semut, inikan pula bayi kecil yang tak reti pun menguis semut2 itu supaya tidak mendekatinya. Ya Allah, pastinya Syurga menantikan bayi ini.

Alangkah ralatnya kerana tidak ada keinsafan di hati manusia2 ini. Mana perginya akal manusia yang membezakan manusia dengan binatang??? Satu janji Allah yang pasti - sebarang kesilapan manusia tidak akan terlepas daripada pembalasan.

Ya Allah Kau jauhkan perkara2 ni berlaku dalam keluargaku. Perteguhkanlah imam kami, Ya Allah. Sesungguhnya apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada insan2 yang lain.


2 comments:

IBNI HAMAD said...

same ngan entry aku...huhuhuhu

ninarif said...

baru je dengar dalam 'semanis kurma' ada satu caller tu pernah buang anak 2 kali, dah kawin dan menyesal.. x tau nak bagitau suami ke tak sebab pernah buat dosa tu.. Ampunilah dosanya Ya Allah..