Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 5, 2010

Cabaran anak eczema

Malam tadi aku dan Sarah tidak dapat tidur secukupnya. Semuanya gara-gara Sarah kegatalan. Eczemanya datang semula..........

Begitulah hidup Sarah. Sentiasa makan & disapu ubat untuk mengurangkan masalah eczemanya. Selalunya bertahan la 3,4 bulan . Kalau ada pun, gatal2 di bahagian kelipat. Bila bekalan ubat makannya abis, maka eczema mulai menunjukkan dirinya. Sarah akan mula mengaru2 tak henti2 esp bila dia panas @ kulitnya kering. Kerana kegatalan itulah kami dua beranak tidak dapat tidur secukupnya malam tadi. Dia mengaru2 sambil merengek2 meminta aku menolongnya terutama bahagian kepala dan belakangnya. Memang tak selesa langsung!!! Kesian aku padanya....

Penawarnya cuma satu : dapatkan bekalan ubatnya!!! Masalahnya - nak tunggu hingga hari Sabtu tu yg menyebabkan aku rasa cam tak sanggup. Kesian tengokkan Sarah dari gayanya mengaru ; macam gatal betul ! Tapi....aku balik sekolah pun paling awal jam 2 ( tu pun klu takde apa2 program ). Nak bawa gi klinik pakar kulit Mohd Noor kat Jalan TAR tu kena naik LRT sebab aku ni tak mahir sangat dengan jalan2 kat pusat bandar tu. Kang sesat ntah mana2.. Naik LRT, turun kat Masjid Jamek then rushing ke klinik. Tu aku tak mampu lakukan dalam keadaan begini. Klinik lak tutup jam 5 petang.

Hubby lak sejak pindah post baru selalu je balik lewat. So lagi la takde can...Nak amik cuti pun, cuti pun dah tak banyak. Kena reserved untuk baby yang akan muncul ni.... Dugaan betul di hujung2 tahun 2010.

Terpaksalah Sarah bertahan sehingga hari Sabtu ni dengan ubat sapuan pelembab dan ubat Atharax yang masih ada. Kesian memang kesian sebab selalunya dia rancak mengaru waktu di tengah malam. Masa untuk dia dan aku tidur!!

Itupun kalau diimbas kembali, eczema yang dihadapi sekarang tidak lah seteruk setahun setengah yang lalu. Setiap kelipat berair kerana digaru, merah2 seluruh badan, kulit kepala berkeruping seperti tanah merah merekah tak disirami air berbulan2 lamanya.

Sejak kami berjumpa dengan pakar kulit ni ( ada seorang India syorkan pada kami masa kami bawa Hannah & Sarah ke taman permainan. Masa tu memang Sarah di tahap kritikal. Kami hanya bergantung dengan ubat Doktor Hoh, dia cuma pakar kanak2 ), keadaan Sarah mulai baik. Tapi itulah, bila sebut je 'pakar', tahu2 je la kosnya setiap kali dapatkan rawatan. Puratanya RM300. Demi anak, semuanya kita rela kan?

Cuba gak petua2 @ ubat2 tradisional seperti sabun spirulina @ minyak kelapa dara, tapi cam tak berapa berkesan. Kalau ubat doktor Mohd Noor tu, dalam seminggu je kita boleh lihat perubahan pada kulit Sarah. Licin, lembut & lembab serta berseri2. Risau gak klu ubatan itu mengandungi paras dadah yang tinggi. Tapi doktor itu meyakinkan aku bahawa Sarah tak kan ketagih dengan ubat2 itu @ ada kesan jangka panjang. Aku harap pun begitulah.....

Namun, itulah cabaran yang perlu dihadapi oleh Sarah dan kami sekeluarga sehinggalah Sarah sembuh sepenuhnya. Entah bila tak tahu la...Kerana doktor ada berkata eczema ini boleh hilang apabila bertambah usia seseorang dan dalam sesetengah kes ia tak hilang hingga ke tua. Aku cuma berharap dan berdoa keadaan ini tidak berlanjutan sampai Sarah dewasa. Harap2 ia sembuh dan hilang sepenuhnya dalam 5,6 tahun lagi @ lebih cepat lagi bagus. Amin.

3 comments:

Unknown said...

ala siannya Sarah. Dapat dibayangkan jari-jemarinya yg halus menggaru2 kulitnya yang nipis itu..alahai.. semoga Sarah cepat sembuh, dapat melalui zaman kanak2 dgn gembira seperti kanak2 lain, insyaAllah.

Syahida said...

salam, anak saya pun eczema juga. masa dia umur 1-3 tahun dulu, memang seksa. kena pantang macam2, kena sapu ubat/pelembap selalu. Alhamdulillah, skrang dia dah 7 tahun, da jarang sangat simprom eczemanya datang. dia dah tak sensitif macam dulu lagi

teruskan ambil apa2 supplement. biasanya supplement ni ambil masa untuk berkesan. Jangkamasa panjang, insyAllah antibodi anak akan lebih kuat dan tiada eczema lagi.

hannahsarah said...

Kak G - Hari ni abahnya bawa g klinik. Insya Allah dpt mengurangkan kegatalannya.

Syahida - Saya pun hrp begitu juga la. Moga eczemanya akan hilang dalam 5,6 tahun lagi. Doktor kata majoriti hilang by 7,8 yrs old.