Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 18, 2010

Diam itu lebih baik

Dalam kehidupan tak kiralah sesiapa pun, kita selalu pendamkan apa yang kita rasa. Pertamanya sbb adat orang Melayu kot yg cakapnya berlapik. Tak semua perkara boleh diceritakan atau diluahkan. Kedua - ada hati - hati yang perlu dijaga. Ketiga - ada batas perkara yang boleh dikongsi bersama kerana ada maruah yang dijunjung.

Kerapkali kerana menjaga hati, hati kita sendiri terluka. Kita memendam apa yg dirasa kerana ia tak mampu diluahkan atau dikongsi bersama dengan orang lain. Mungkin kerana ia terlalu peribadi, mungkin kerana ia memalukan, mungkin kerana kita cuba melupakannya namun tidak terhapus dari kotak fikiran kita. Pendam dan terus pendam. Bijak pandai psikologi pernah berkata - jgn dipendam apa dirasa kerana ia boleh memakan diri. Namun mampukah kita berterus terang untuk mengelakkan ia memakan kita dan dalam masa yg sama perkara yg cuba dielakkan dari memakan kita, telah memakan dan melukakan hati orang lain???

Aku percaya ada orang berani berterus terang. Ada kalanya aku juga begitu. Namun apakah hasil yang kita dapat itu sama dengan apa yg kita harapkan? Tidak! Malah ada masanya kita tidak dapat apa2 hasil pun!!!

Akhirnya kita kecewa. Rasanya kecewa tidak mendapat hasil yang diharapkan itu lebih pedih daripada kecewa suara hati terpaksa dipendamkan. Entah2 mungkin ada pulak satu hati lagi terluka. Sudahnya : Pendam dan biar hanya hati kita terluka!! Itu lebih baik barangkali.....

Berdoa aje la agar kita terus diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup dengan apa jua situasi sedang atau akan dihadapi kerana hidup ini sukar untuk dijangka kesudahannya. Sesungguhnya kita sendiri pun tidak sempurna di mata orang lain......

5 comments:

Hamizah said...

tp kdg2 mesti terlepas cakap juga..tanpa disengajakan atau disengajakan

hannahsarah said...

haha...betul ker tak disengajakan??? Saya klu dh terlepas tu maknanya dah tak mampu menanggung sorang2 la tu....

Haizamz said...

Wan.

mmg susah bila kena jg byk hati. kita kena berhati-hati. anyway...my hubby antara insan yg mirip omputih sikit...always berterus terang and finally....mmg aku le yg susah. mmg kalu nak diikut kita dah xleh lari dr berlapik2...boring jg...tp bila terlebih outspokennya..pun terkena diri sendiri pulak.at last keep quite......sampai bila2 rasa nak bgtau atau just forget it. Lumrah kehidupan.

Leez said...

Berdiam diri mmg lebih baik tetapi makan dalam tau. Diri tersiksa....aduhhh.

ieda said...

salam perkenalan..
saya pernah terbaca petikan yg mengatakan org yg suka memendam rasa ni mudah mendapat penyakit kanser...wallahualam.