Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 27, 2011

Majlis Cukur Kepala

Majlis ni dah lama berlangsung. Pada 20hb Disember 2010. Jam 3 petang di rumah mak. Hari ke 19 berpantang. Adat bercukur kepala. Tapi takde berendoi2 segala bagai tu. Sekadar mengambil syarat bak kata orng. Mak menjemput jiran2 membaca Yassin dan aku mengambil kesempatan ini untuk mencukur kepala Imaan walaupun sampai sekarang pun rambutnya masih ada. Entah kenapa my hubby tak pernah nak mencukur botak kepala ketiga2 puteri kami. So cuma sejemput saja la rambutnya telah gugur ke bumi ( bumi ker???......) semasa majlis tu la.

Kita layan gambar2.....

Masih lena tidur walaupun di luar bilik makcik2 dah mula membaca Yassin
( makcik2 ker atau nenek2????? )

Majlis bermula. Masih tidur

Tidur jugakkkk......


Sampai sudah masih tidur...hahaha. Langsung tak terganggu dgn tangan2 yang menggunting tu

Jiran2 mak yang hadir

Hohoho....banyaknya duit disedekahkan oleh jiran2 mak

Tengah menjamu selera dengan nasi tomato

Makan... jangan tak makan. Nasi Mak Wan a.k.a my mum la memang sedapppppppp!!!!!!

Aku sendiri pun hari tersebut berkali2 makan. Tak tahu la boleh makan ker tidak ( mana la tahu org2 tua ni banyak sangat pantangnya. Syukur mak aku takde la banyak sgt pantang larangnya. Tapi yg mana tak boleh tu memang tak dibaginya.....hehe ). Lagipun banyak kali gak dalam tempoh berpantang ni, aku diserang sejuk mengigil2 terutama waktu awal pagi. Dah pagi2 buta kena panaskan tungku untuk bertungku. Untuk menambahkan sengsara ialah hujan. Kan sejuk tu....selalulah bersweater dan berstokin ( masa Hannah dan Sarah dulu aku jarang bersweater dan berstokin ). Mandi hanya sekali sehari ( klu hari hujan la ), klau tak mesti dua kali la. Tu pun dgn air panas!!

Syukur tempoh itu berjaya diharungi juga terutama hari2 pertama selepas bersalin. Tahu je kan, dgn jahitan dan masalah nak membuang air besar. Cukup phobia bagiku. Sib baik ada juga la ubat pelawas yang diberi doktor. Kalu tak, haru!! Tau je la kan....banyak sayur dan buahan yang tak boleh sebarangan dimakan. Itu yang cakap kat mak aku tu - Abis je 40 hari sembelit pun lari! Ye la kan, oren pun boleh dimakan sebijik atau lebih bila dah tak berpantang. Sengsara kan....tu la pengorbanan seorang ibu dan isteri untuk melahirkan zuriat penyeri hidup berumahtangga. Pernah aku tanya mak aku pengalaman bersalin dulu2. Masa dulu mana ada segala bagai ubatan. Bersalin di rumah dengan bidan. Jahit menjahit ni takde la kata mak aku. Yang aku lak boleh tanya mak....abis tu tak koyak?? Jawapannya - manjakani la dan segala ubat2 tradisional. Kita sekarang banyak bergantung dengan ubat2 moden. Ada la juga ubat tradisionalnya tapi semuanya dalam bentuk moden - pil. Syukur kerana aku tak de la dapat menahan dgn bau2an ni.

Aku berenti dulu....next entry mengenai aktiviti Hannah dan Sarah sepanjang tempoh aku berpantang lak.



No comments: