Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, August 6, 2011

Coretan Ramadhan 1


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak semua.....

Baru berkesempatan mencoret dan mengucapkan salam Ramadhan pada hari ke 6. Wat to do......sukar mencari masa yg sesuai. Sibuk di bulan ini makin bertambah. Kerja dan aktiviti sekolah dah kurang sikit. Sesuai la dgn bulannya kan. Tapi kerja2 rumah la bertambah satu: Aktiviti wajib iaitu mmasak utk berbuka! Bazar Ramadhan banyak.......tapi......hmmmm......entah la kureng sikit la berkenan. Takut tak kena selera. Tawar lauk dimasak masih sedap dibandingkan dengan juadah di bazar. Jimat pun jimat kan....

Minggu pertama puasa dimulai dengan Hannah demam dan sedikit rashes di merata badan. Demam dia pun on off ( memang kena la sbb ubat pun diberi on off.....hehehehe). Padahnya - Hari Khamis bawa dia jumpa doktornya. Sore throat infection menyebabkan rashes. Berjangkit! Haaaa sudahhhhh........Imaan dah demam malam sebelumnya. Adakah? Adakah? Harapnya tidak......kerana nampak pada gaya Imaan macam dia demam nak tumbuh gigi. Dah 8 bulan, sebatang gigi pun belum tumbuh! Merangkak pun belum! Hahahaha.......3 anak, 3 bentuk sakit bersalin, 3 kadar pertumbuhan. Besar nanti mesti 3 perangai yg berbeza!

Sudahnya hingga semalam Hannah belum belajar berpuasa. Pagi tadi kejutkan bersahur, haram sampai sudah tidak bangun! Jam 9 dah menjerit minta susu coklatnya ( a.k.a Milo disebut Hannah). Merengek je minta Milonya.......kesian gak tapi kena keraskan hati supaya dia belajar berlapar setakat mana dia larat. ( tak tahu la selama mana boleh bertahan sbb sahur pun tidak !)

Yg menariknya di minggu pertama ini ialah ketika membawa Imaan ke klinik. Ramai baby demam ( ni tak de menarik kan ). Ada 2 baby sedang menunggu giliran masa kami sampai. Seorang baby berusia 2 bulan demam. Yg membawanya ke klinik adalah ayahnya. Sendirian kerana ibunya kerja shif. Waduh.....terpegun kerana dia mampu menggendung anaknya ke klinik ( opkos la menggunakan carrier - apa ntah ke namanya. Otak aku blank ni! ). Hehehehe....posa sampai otak pun xleh nak ligat. Alasaaaannnnnnnnn........

My asben pun belum tentu boleh...( ke aku yg tak caya dia boleh buat.....hehehehe). Entah laa.....mungkin dia pun belum berpeluang utk mengalaminya dan aku pun belum ada peluang utk membenarkan dia mengalami situasi itu.....hihihihi

Wokey la.....mau chow. Tengok2 apa yg menarik kat Ampang Point sempena Syawal yg akan menjelma 24 hari lagi.....

1 comment:

Haizamz said...

Dah hampir seminggu puasa,...mm mg kejap masa berlalu. Salam Ramadhan utk ko dan keluarga. Cam ko jgk,sehingga kini aku masak w/pun ala kadar...berbuka dgn kuih, alhamdulillah aku cuba buat sendiri walau sesimple cokodok pisang,...klu. mmg x boleh masuk tekak kuih yg dibeli.setakat popia,karipap, ketayap,kuih cara, kuih bakar bijan dan pengat tu insyaallah...bukan apa takut frust bila makan dan x berbaloi dgn harganya...tapi so far kuih yg sedap boleh dibeli di Ampang Jaya, kedai kuih melayu datin2 ops.SPCA yg mmg sedap.