Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 28, 2011

Kakak Rindu

Satu pagi Hannah berkata " Kakak rindu Teacher Mun! ". Mode : sayu terkelu. Teacher Mun @ Pn Maimunah adalah pengusaha tadika di mana Hannah dan Sarah belajar. Beliau telah meninggal dunia pada hari Khamis 8 Sept lalu setelah dua minggu koma dan hanya bergantung pada alat pernafasan. Berita yang disampaikan oleh menantunya ( juga guru di tadika berkenaan ) pada suatu petang di awal minggu tersebut @ isnin tentang penderitaan Teacher Mun yang bertarung melawan kanser paru2nya selama lima tahun kebelakangan ini. Adussssss.........tak sangka! Terkejut!

Sungguh terkejut kerana dari penampilannya, langsung tidak menunjukkan bahawa beliau sedang melawan sakitnya. Tak de seorang pun ibu bapa kanak2 di situ yang tahu kerana beliau tidak mahu sesiapa pun tahu. Hanya apabila beliau sudah berada dalam keadaan itu, menantunya membuat keputusan untuk memberitahu ibu bapa kanak-kanak.

Teringat cerita suami ( krn dia yg menghtr dua beradik tu ke tadika awal pagi ), Hannah menangis pada awal pagi sewaktu diberitahu bahawa Teacher Mun telah meninggal dunia dan dia langsung tidak berselera makan sehinggalah aku membawanya ke McD lewat petang hari tersebut.

Sesungguhnya Hannah sudah mengerti erti kematian dan erti kerinduan pada orang yang rapat dalam hidupnya yang telah meninggalkan dia.

Ya Allah.....tak sanggup membayangkan keadaan dia kiranya kami meninggalkan dia dan adik-adiknya..........:(

No comments: