Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, February 26, 2011

Pengadu domba

Macam mana nak kenal orang yang suka melaga2kan org????? Depan kita, dia menceritakan keburukan si A. Depan si A, dia bercerita tentang kita. Agaknya dia fikir kita tak tahu kot. Sebab tu sesedap mulut je dia menjaja cerita. Tapi.....klu tempat kerja hanya sekangkang kera, lambat laun terbongkar juga. Sudahnya semua org tahu dan semua menjauhkan diri dari org sebegini...Haaa....dah hilang kawan!

Orang begini gi la mana2 pun, akan ada je masalahnya dgn org lain. Selagi tak dibuang sikap ini, selagi itu la takkan dapat kawan.

Bak kata seseorang - carilah kawan seramai mungkin, jgn cari musuh. Sudah berkawan, jgn lak jadi musuh dlam selimut!

Eeeiii....serik rasanya berjumpa dgn org sebegini.

Moral of the story - kenali dulu hati budi sebelum berkongsi cerita krn tidak semua org jujur dan ikhlas berkawan.

Tuesday, February 22, 2011

Untung secupak, rugi segantang

Ini contoh usahawan Islam yg berjaya


Ni apa citer ni? Rugi? Untung? Cupak gantang ni? Hahahaha.....

Ceritanya tentang usahawan Melayu ( usahawan ker????? ) yang kukira berani mengambil risiko tanpa pertimbangan sewajarnya. Seorang usahawan yang diberi peluang untuk menyediakan makanan untuk hampir 700 orang orang dalam satu event. Sarapan pagi dan tengahari. Satu peluang baik untuk mengembangkan business makanannya jika berjaya.

Malangnya dia gagal!!!!!

Makanan dihantar lewat dari jadual, dah tu tak cukup. Lebih mengharukan bila makanan yang ditunggu2 tu basi!!!!!! Tepuk dahi je laaaa..........Geram!!

Mungkin tak biasa atau tak pernah cater untuk seramai itu. (dia hanya berniaga di medan selera ). Tak kesah la berniaga di mana pun kan. Ramai peniaga medan selera yang mengembangkan sayap ke bahagian catering pun!

Persoalannya ialah:

1) klu rasa tak mampu memenuhi pesanan sebanyak itu utk dua sesi pagi dan tengah hari, ambiklah satu sesi je - sarapan @ lunch! Set lunch la peluang yg besar tuk memperkenalkan diri dlm arus korporat krn event ni pun bukan calang2 syarikat yg menganjurkannya.

Namun dek kerana tamak, ruginya bertimpa. Bukan saje tak dapat hasil, malah kena lak pulangkan semula separuh daripada yg telah diterimanya.

Kesian memang kesian padanya....

Ukur baju di badan sendiri.

Biar rugi secupak asal untung segantang dalam jangka panjang.

Agaknya itulah mentaliti usahawan melayu - rembat segala peluang asal masyuukkkkkkkkkkkk......Masyukkah ni?????? Tak salah rembat semua peluang yg ada asal tahu kemampuan diri.

p/s hanya pandangan peribadi semata2.


Sunday, February 6, 2011

Rutin kembali lagi!!

Esok bermula la semula rutin aku. Dah start kerja beb........Bagaimana agaknya kehidupanku dgn anak kecik ni.Yg pasti, aku akan bergerak seawal 6.20 - 6.30 am menghantar Imaan ke rumah adikku ( Perumahan Tentera ) berhampiran Risda Jln Ampang. Mungkin mengambil masa antara 20 - 30 min. Ya la...10 min ke rumahnya, then 10 min lg naik turun lif hantar ke rumahnya di tingkat 1 ( Sib baik tingkat 1 je ). So paling lama 30 min la.

Then masuk MRR2 hingga susur keluar Pandan Indah tu tak pastilah berapa lama. Kat Jln Taman Muda tu lak, ( selalu sesak sbb ada pasar pagi di situ ) entah berapa lama lagi sebelum tempuhi jammed kat depan sekolah aku. Dua buah sekolah bersebelahan. Tentulah jammed giler!!!!

Apapun harap2 dapat la sampai sebelum 7.30am. Biasanya aku sampai sekolah sebelum jam 7am. Tahun ni rutin aku pasti berubah 360 darjah. ( Harap takde la thumb in aku merah)

Dah tu kena pandai atur masa di waktu petang setelah balik sekolah. Masa untuk memasak, mengemas rumah, masa utk g amik Hannah dan Sarah di kindy dan masa utk mandikan mereka. Then masa makan malam sebelum tidurkan mereka. Hahaha.....nampak gaya jadilah aku macam gambar kat atas tuh!!!!

Semua nak kena siap sedia sebelum g skola esok paginya. Beg mereka, beg aku, baju mrk dan dan baju aku. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......................................List masih belum habis lagi ni...............basuh dan ampai baju, serta lipat baju , basuh pinggan mangkuk selepas makan, iron baju lagiii!!!!

Ya Allah, permudahkanlah segalanya. Amin

p/s TQ tuk Mr asben yg akan membantu sedikit sebanyak.....Really appreciate that!!

Friday, February 4, 2011

Naik lagiiii

Hah???? Ron 97 naik rega lagi???? Seingat aku la, masa aku pantang hari tu reganya dah naik! Ni naik lagi!!! Sib baik aku guna ron 95. TAPI.......masa rega ron 97 naik, kerajaan kata 95 tak kan naik rega. Tup-tup 2,3 hari kendian reganya naik!! Huh...berbulu aku.

Kali ni 97 naik, agak2 95 akan menyusul naik juga ker tak? Ada sesape boleh bagi jawapan pada persoalan tentang rega semua benda naik nih????

p/s Bising2 pun tak guna kan? Kereta kena gak isi minyak, mulut kena gak disuap walau harga barang2 keperluan melambung pun. Cuma mungkin kena pandai atur kehidupan.