Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 29, 2011

RM10

Teringat keperitan yang dihadapi semasa bersekolah dulu. Masa tinggal dengan arwah Wan ( tok sebelah abahku ), keperitan itu kurang dirasai. Mahunya tidak, rasa nak duit, kami ( aku dan kakakku ) buka laci kaunter kedai makan tokku dan ambik duit je tu...tak le byk sgt kami amik pun....sekadar untuk membeli apa yg kami ingini...alaaa....dulu2 keinginan kanak2 tak de la grand pun! Paling tidak, amik duit sbb nak beli makanan kat kedai runcit! Tak macam skrg kan.....mcm2 keinginan budak2 zaman moden nih!

Bila tok dah tak mampu berniaga, maka kami berpindah duduk dengan mak n ayahku di kawasan perkampungan felda. Punca rezeki cuma mengharapkan pada pokok getah. Zaman itu harga getah tak mahal. Terasa keperitan mek dan abah menanggung kami enam beradik. Sungguh perit!! Lauk yang ada dikongsi beramai2.....musim hujan lagi bertambah perit.

Masih teringat salah satu pasang baju kurungku adalah milik mak sedara yg tinggi melangut. ( Dia cuma belajar sampai Ting 3 je - tak lulus SRP mana leh naik Ting 4 kan!). Huh....aku yg pendek pakai baju yg besar. Mmg ketara baju itu bukan milikku!! Masih teringat kasut sekolahku yang koyak di bahagian depan. Malu namun apa pilihan yang ada?

Akulah orang terakhir yang membayar yuran exam SPM ( masa tu kena bayar yuran SPM, tidak seperti skrg semuanya free......). Hampir RM200 kerana aku pelajar Sains! Teringat abah datang bawak duit itu ke asrama yayasan terengganu dengan membonceng motor sejauh 60km... Yuran asrama sentiasa tertunggak. Mujur ia dapat dilangsaikan dengan menggunakan duit biasiswaku semasa mengambil keputusan SPM.

Pernah ada harinya dalam purseku cuma ada RM30. Bekalan untuk pulang semula ke asrama selepas cuti penggal. Ketika kawan ajak g kedai utk membeli bekalan sebelum masuk ke asrama, aku cuma mampu membeli sebungkus mee segera. Cukupla...di asrama makanan disediakan. Nikmatilah segala yang terhidang tanpa perlu merungut. Pasar Ramadhan sesekali. je g.......(bulan puasa selalunya budak2 asrama dibenarkan keluar membeli makanan di luar ).

Ketika di ITM ( masa melanjutkan pelajaran peringkat diploma ), setiap semester aku mendapat pinjaman dari yayasan Terengganu sebanyak RRM500. Itulah duitku sepanjang semester itu. Cukup atau tidak....pandai2 la budget...masa tu makanan ditanggung sepenuhnya oleh pihak ITM. Jadi bagiku ia cukup. Nak berlebih2.....huh, bukan masanya walaupun kekadang terasa gak kurangya diri ini berbanding kekawan yg datang dari pelbagai latar belakang keluarga yg rata2 kukira senang dari segala segi.

Keperitan itu berlanjutan lagi semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di UPM. Baki pinjaman selepas bayar yuran, itulah bekalanku sepanjang semester....Pandai budget, maka merasa makanan sepanjang semester. Klu tak, hujung2 semester hanya berlaukkan ikan bilis je....( duduk rumah sewa, cukuplah dengan hidangan yang paling murah dan mengenyangkan ).

Sedihnya bila teringat keperitan itu...Ada insan mampu menolong tapi cuma menghulurkan RM10 setiap kali menjengukku baik semasa di sekolah hingga la aku ke U. Apala yg mampu dibeli dgn RM10? Aku tahu dia mampu menghulurkan duit lebih dari itu!!! Namun....itulah sumbangannya sepanjang aku belajar..Biarpun ikhlas menerima dan tetap berterima kasih dgn sumbangannya, namun cuak jugak....knp hanya sebanyak itu sdgkan aku ni insan yang ada pertalian darah dgnnya????? Ketika itu hanya kami ( aku dan kakakku ) yg berjaya menjejak kaki jauh dalam bidang pelajaran. Tidakkah kami membanggakan dia? Satu persoalan yang tetap terbenam dalam benakku dari dulu hingga sekarang biarpun sekarang aku sudah berjaya.....Alhamdulillah.

Terima kasihku pada mek dan abah kerana sanggup berbuat apa saja bila anak2 berjaya melanjutkkan pelajaran. Kata mek, tak de wang bukan bermakna anak2 tak boleh belajar tinggi hingga ke U. Hanya pelajaran boleh mengubah nasib orang seperti kami! Syukur lima dari enam beradik berjaya dalam pelajaran... Dan mek dan abah mula merasa 'hasil semaian' mereka kepada kami adik beradik.

p/s Ada org lebih sukar hidupnya dari kami.....Sabar pastinya membuahkan hasil yang manis!

Friday, April 15, 2011

Jangan harap........

Lama betul tak mencoret. Bukan putus idea tapi kekangan masa. Balik skola 3 - 4 ptg , duk lepak rumah adik jab sebelum amik Hannah dan sarah dari kindy jam 5.30pm. Sampai rumah, letak segala bagai beg2, buka tudung, buka baju kurung....( hishh....jgn salah sangka lak ) tukar T-shirt, singsing lengan masuk dapur. Masak ringkas2 asal kenyang perut. Tgh masak pun boleh naik turun tangga lagi tgk2 budak berdua mandi. Kalau hari ok, mrk mandi sendiri dlm keadaan aman damai. Kalau hari amat tak ok, aku la berhempas pulas mengerjakan mereka...( ekk....bukan dera tau ). Time tu bising la satu rumah dgn suara tangisan sesape yg kena sakat plus suara aku marahkan sesape yg menyakat. Hahahaha....meriah u....i like!

Siap masak, anak2 dah siap mandi, time ibu mrk lak. Siap mandi semayang, kat dapur lak melayan makan malam. Aku dan anak2 je makan. asben takkkkkkkkk......mau jaga badan ker apa ker....ontah la. Tapi yg pasti bukan sebab aku masak tak sedap wokey! chef wan d best chef in d world, betul ker bang? kihkihkih

Selesai urusan dapur dh dekat jam 9. Lepak jab dlm 15 -30 min seblum msuk bilik menidurkan anak2 yg kena bangun awal nak sekolah. By d time dorang tido selalunya jam dah hampir 11 mlm. Malas dh la nak buka laptop tu... tu sbb aku jarang bersosial dlm FB. Tak sempat beb! Badan dh penat satu hari urusan seri paduka baginda di skola tu.....maka aku pun sama hanyut la........

Susahkan jadi wanita bekerja zaman moden ni.....kerja2 wajib punca rezeki memang takleh lepas tangan doh....tambah pulak kerja2 tipikal sebagai wanita. Faham2 sendiri la.....so nampaknya kerja la dari buka mata jam 4.30 am ker, 5.00 am ker, 5.30am ker hingga la tutup mata ( harap2 tutup mata sementara la...) jam 11,12,1,2 am....Blum lagi dgn segala bagai kerja2 pembersihan rumah. Kalau dari Isnin sampai Jumaat skola, Sabtu lak mcm2 program skola. Rasanya bulan April ni, takde satu hari pun Sabtu tu berada di rumah....( Bukan sbb g merende dgn famili yea) tapi sibuk dgn program sekolah. Hmmmm.......kakitangan gomen yg lain enak2 je bersantai bersama famili pd hari2 Sabtu. Cikgu sekolah jgn harap la....pelik gak aku. Sekolah lain cam tu gak ker??? Maka sbb itu la, Sabtu n Ahad pun tak leh nak berblog. Ada jer kerja nak buat. Tak buat kan, mata n hati lak sakit tgk rumah. Time free tu rasa amat berharga utk dihabiskan dpn laptop ......mata ngantuk pun boleh diabaikan....yg penting apa jua urusan berjln lancar .( entri kali pun sbb msh kat skola, tunggu org PPD masuk opis jam 2.45pm ....call jam 3pm pun blum tentu dpt berckp dgn individu berkenaan . Ada urusan camping perlu diuruskan....ada citer sedih psl camping ni...simpan dulu yek )

Ada masanya terasa lelahnya dgn rutin hidup ni. Ada masanya santai ....( tapi amat jarang laaa). Agak2nya boleh tak, ada satu hari utk aku bersantai tanpa sebarang kerja ( kerja sekolah mahupun rumah )....ulang lagi tanpa sebarang kerja?? Tanpa anak2??? Hanya baring atas sofa, tgk tv, n online spjg hari..............( tgh mbygkan keadaan tu ....boleh ker? )

Haha....mimpi siang hari la.....