Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 29, 2011

RM10

Teringat keperitan yang dihadapi semasa bersekolah dulu. Masa tinggal dengan arwah Wan ( tok sebelah abahku ), keperitan itu kurang dirasai. Mahunya tidak, rasa nak duit, kami ( aku dan kakakku ) buka laci kaunter kedai makan tokku dan ambik duit je tu...tak le byk sgt kami amik pun....sekadar untuk membeli apa yg kami ingini...alaaa....dulu2 keinginan kanak2 tak de la grand pun! Paling tidak, amik duit sbb nak beli makanan kat kedai runcit! Tak macam skrg kan.....mcm2 keinginan budak2 zaman moden nih!

Bila tok dah tak mampu berniaga, maka kami berpindah duduk dengan mak n ayahku di kawasan perkampungan felda. Punca rezeki cuma mengharapkan pada pokok getah. Zaman itu harga getah tak mahal. Terasa keperitan mek dan abah menanggung kami enam beradik. Sungguh perit!! Lauk yang ada dikongsi beramai2.....musim hujan lagi bertambah perit.

Masih teringat salah satu pasang baju kurungku adalah milik mak sedara yg tinggi melangut. ( Dia cuma belajar sampai Ting 3 je - tak lulus SRP mana leh naik Ting 4 kan!). Huh....aku yg pendek pakai baju yg besar. Mmg ketara baju itu bukan milikku!! Masih teringat kasut sekolahku yang koyak di bahagian depan. Malu namun apa pilihan yang ada?

Akulah orang terakhir yang membayar yuran exam SPM ( masa tu kena bayar yuran SPM, tidak seperti skrg semuanya free......). Hampir RM200 kerana aku pelajar Sains! Teringat abah datang bawak duit itu ke asrama yayasan terengganu dengan membonceng motor sejauh 60km... Yuran asrama sentiasa tertunggak. Mujur ia dapat dilangsaikan dengan menggunakan duit biasiswaku semasa mengambil keputusan SPM.

Pernah ada harinya dalam purseku cuma ada RM30. Bekalan untuk pulang semula ke asrama selepas cuti penggal. Ketika kawan ajak g kedai utk membeli bekalan sebelum masuk ke asrama, aku cuma mampu membeli sebungkus mee segera. Cukupla...di asrama makanan disediakan. Nikmatilah segala yang terhidang tanpa perlu merungut. Pasar Ramadhan sesekali. je g.......(bulan puasa selalunya budak2 asrama dibenarkan keluar membeli makanan di luar ).

Ketika di ITM ( masa melanjutkan pelajaran peringkat diploma ), setiap semester aku mendapat pinjaman dari yayasan Terengganu sebanyak RRM500. Itulah duitku sepanjang semester itu. Cukup atau tidak....pandai2 la budget...masa tu makanan ditanggung sepenuhnya oleh pihak ITM. Jadi bagiku ia cukup. Nak berlebih2.....huh, bukan masanya walaupun kekadang terasa gak kurangya diri ini berbanding kekawan yg datang dari pelbagai latar belakang keluarga yg rata2 kukira senang dari segala segi.

Keperitan itu berlanjutan lagi semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di UPM. Baki pinjaman selepas bayar yuran, itulah bekalanku sepanjang semester....Pandai budget, maka merasa makanan sepanjang semester. Klu tak, hujung2 semester hanya berlaukkan ikan bilis je....( duduk rumah sewa, cukuplah dengan hidangan yang paling murah dan mengenyangkan ).

Sedihnya bila teringat keperitan itu...Ada insan mampu menolong tapi cuma menghulurkan RM10 setiap kali menjengukku baik semasa di sekolah hingga la aku ke U. Apala yg mampu dibeli dgn RM10? Aku tahu dia mampu menghulurkan duit lebih dari itu!!! Namun....itulah sumbangannya sepanjang aku belajar..Biarpun ikhlas menerima dan tetap berterima kasih dgn sumbangannya, namun cuak jugak....knp hanya sebanyak itu sdgkan aku ni insan yang ada pertalian darah dgnnya????? Ketika itu hanya kami ( aku dan kakakku ) yg berjaya menjejak kaki jauh dalam bidang pelajaran. Tidakkah kami membanggakan dia? Satu persoalan yang tetap terbenam dalam benakku dari dulu hingga sekarang biarpun sekarang aku sudah berjaya.....Alhamdulillah.

Terima kasihku pada mek dan abah kerana sanggup berbuat apa saja bila anak2 berjaya melanjutkkan pelajaran. Kata mek, tak de wang bukan bermakna anak2 tak boleh belajar tinggi hingga ke U. Hanya pelajaran boleh mengubah nasib orang seperti kami! Syukur lima dari enam beradik berjaya dalam pelajaran... Dan mek dan abah mula merasa 'hasil semaian' mereka kepada kami adik beradik.

p/s Ada org lebih sukar hidupnya dari kami.....Sabar pastinya membuahkan hasil yang manis!