Perkhemahan ni dah lama... Dah basi dah.....sebulan yg lalu....16hb - 18hb April 2011. Cuma berkesempatan mengentrikannya pada waktu dan hari ni. So busy. Kat sekolah dgn segala bagai kerja. Kat rumah dgn kerja2 rumah. So tak yah meleret2 la....Tak yah la cerita pasal havoc yg dibuat oleh seseorang hingga hampir memungkinkan kami tak dapat joint perkhemahan daerah yg julung2 kali diadakan....
Hari pertama tugasku menghantar mereka seramai 12 orang ke resort bersama dua rakan guru yang lain. Hampir sesat kerana tempat ni jauh terpencil dan paling mengecutkan perutku yang gayat ni ialah mendaki bukit tinggi curam dengan kereta. Huh.....hangit bau tayar kereta. Syukur selamat naik ke tempat camping bersama 3 anak muridku. Hari pertama tak de gambar sbb lepas menghantar mereka aku terus balik. So takde la gambar Ice breaking dan slot pertama.

Hari kedua - seawal jam 9 aku dah berada bersama mereka. Kebetulan mereka sedang bersarapan....Kesian lak mendengar cerita tentang kelewatan makanan sampai. Hari pertama lunch jam 3, dinner lak jam 11 malam. Hah?????
Tgh berkawad..ada gak kena denda pumping sbb tak serentak pergerakan. Tgk budak2 kena denda...hmmm....kat sekolah, mampus denda2 ni tak leh dikenakan...siap la mak ayah serang sekolah..tp bila time camping, denda2 cam tu leh lak yekkk....takde lak mak ayah nak kata apa2....
Banner camping....sesuai beno dgn tempatnya. Kena mendaki bukit yg agak curam sebelum sampai ke sini. Pas tu jauh lak masuk ke dalam dari jalan besar. Tempatnya agak sempit, tak banyak kawasan lapang, so nak berkawad pun agak terhad la...Tapi bab makan la yg paling mengharukan. Ya la...dah beraktiviti mestilah perut lapar kan..breakfast jam 9, luncah jam 3, dinner lak...9,10 mlm. Mlm terakhir lagi haru....hampir jam 12 malam. Ntah la di mana silapnya...yg nyata mmg pengusahanya kekurangan kakitangan....dia la boss dan dia la kuli!!
Penghulu dari SMK Perimbun dan Penghuluwati dari sekolah kami...Hanya dua buah sekolah je yg ada KAPA form 6...
Tamat la sudah...perjalanan program serba sedikit.
No comments:
Post a Comment