Setiap kali menyiang ikan daging ayam yang dibeli, aku akan teringatkan mak aku. Bukannya apa, mak aku kalau menyiang ikan, semua sirip2 dan sisik serta kulit keras kat bahagian ekor dibuang abis. Licin dan nampak cantik ikannya. Sempurna disiang!! Begitu kalau ayam, licin habis kulit, lemak, darah dan kotoran yang tidak diperlukan dibuang. Sotong lak mata, tulang dan gigi serta dakwat hitam sotong dibuang. Bersih!
Kami anak2nya pun terikut dengan caranya. Adikku Mimi selalu merungut dengan cara housemates dia menyiang ikan. Sebabnya hanya perut ikan je yang dibuang. Hiii.....klu aku pun geli gak. Selalunya orang berniaga je yg wat cam tu. Iya la kan......ikan ayam byk nak disiang, so mrk pun mgkn membersihkannya seringkas mungkin la. Cuba perhatikan ikan goreng di kedai makan, mesti kita akan nampak ada lagi darah ikan kat bahagian kepala dan di bahagian dalamnya. ( Tapi aku telan gak...hehehe....time makan kat kedai laaaa).
Kita akan mengikut cara kita dibesarkan. Benar sekali pada pendapat aku. Aku akan pastikan sink dapur aku kosong dan dibasuh setiap malam. Kerana itu juga didikan mak aku!
Nampak kecil dan remeh, tapi setiap cara seseorang akan mencerminkan bagaimana ajaran keluarganya, kan?

1 comment:
Ape yang diajar masa kite kecil itu sebenarnya pendidikan x formal. Ibu mendidik kita segalanya walau ibu kita bukanlah graduate atau bersekolah tinggi. Ajaran ibu tetap tiada bandingannya.
[..satu yang paling ketara, betapa di luar sana tahap kebersihannya boleh dipertikai,..pernah despatch di ofis hubby told yg 'mana ada orag basuh mee tu en.kamal, ambil dr bungkus terus je masak...]
Post a Comment