Di traffic light. Lampu merah.
Kulihat kereta kancil di hadapan bergoyang2. Napa lakkk??? Nampak tangan pemandu tergawang-gawang. Kenapa? Apa berlaku? Kecemasan ker? Kuperhatikan lagi. Rupanya.....dia sedang memukul perempuan di sebelahnya. Tak pasti pelajar sekolahkah atau siapa. Cuma nampak perempuan bertudung. Ya Allah...ganasnya lelaki ni....
Suka hati mak bapak dia je nak pukul orang. Kalau pun perempuan tu ada pertalian darah dengannya atau ada tali ikatan perkahwinan dengannya, itu bukan lesen untuk dia memukul. Biar apapun puncanya....tentu ada jalan lain untuk menyelesaikannya. Ahh....orang cam ni klu ditegur, dengan kita2 nanti dapat penampar free......Aduuuussssssssssss.
Teringat dulu masa aku kecil - rasanya masih tadika masa tu...Aku pernah kena rotan oleh abah. Puncanya : menangis lepas bangun tidur petang. Normal la kan....anak2 aku pun selalu gak menangis bila bangun tidur. Terutama kalu mrk tak puas tidur.
Kena rotan tentulah bertambah menangis...Lagi la kuat bunyi tangisan itu! Dalam duk menangis tu...aku disuruh pergi mandi. Waktu itu, di perkampungan felda, pili air dikongsi 3,4 buah rumah. Belum ada paip air persendirian. Pili tu ada di depan rumah jiran selang 2 buah rumah dari rumah makku.
Rumah tinggi. Ada 10 anak tangga. Sambil menggosok mata, menahan sendu, kaki melangkah menuruni tangga. Satu demi satu...baru 2 anak tangga, duuussssssssssssssssssss.......aku dah kat bawah. Di atas simen kasar di hujung anak tangga. Huh....sudah jatuh ditimpa tangga. Dah la tadi kena rotan, jatuh tangga lak. Meraung la lagi aku. Sendu sendu sudah ilang, yang ada suara nyaring kesakitan!
Terburu buru mek dan abah berlari mendapatkan aku. Mek memujukku. Abah kulihat berubah mukanya. Di raut wajahnya kulihat kilasan kesal. Aku tahu......kerana dia yang mengangkat dan mencempung aku ke pili air dan lantas memandikan aku sebelum menyapu ubat pada luka. Nasib baik hanya luka. Tak de yang patah2.
Sejak dari itu, abah tak pernah memukul atau menjentik anak2nya. Akulah orang pertama dan terakhir merasai penangannya. Nasib aku..........
Tidak memukul, tidak menjentik bukan bermakna kami bebas melakukan apa2. Abah amat jarang marah. Tapi sesekali dia marah, kami menikus! Rasa hormat menebal.
Bila aku besar, abah pernah menyuarakan rasa kesalnya kerana memukul aku dulu. Tu pun cuma sekali tapi rasa kesalnya dibawanya sampai sekarang seumpama aku yang masih mengingati peristiwa itu sampai sekarang! Bukan dendam kerana kanak2 mudah memaafkan orang yang disayanginya....
Abah juga tidak menggemari kaedah itu digunakan dalam mendidik anak..Pukul sekali dan terangkan kenapa dipukul adalah cara yg betul. TAPI kalau memukul jgn dgn perasaan marah kerana pukulan itu boleh dilakukan dengan tenaga yg kuat dan berkali2.
Anak2 mungkin takut dipukul. Tidak akan melakukannya di depan mak atau ayah. Tapi di belakang mereka, tentu sekali larangan akan diengkari. Kerana tiada rasa hormat pada ibu bapa.
Dendalah berpada-pada, Hormat anak pada kita dirasai, sayang anak melimpah ruah......

No comments:
Post a Comment