Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 28, 2011

Kakak Rindu

Satu pagi Hannah berkata " Kakak rindu Teacher Mun! ". Mode : sayu terkelu. Teacher Mun @ Pn Maimunah adalah pengusaha tadika di mana Hannah dan Sarah belajar. Beliau telah meninggal dunia pada hari Khamis 8 Sept lalu setelah dua minggu koma dan hanya bergantung pada alat pernafasan. Berita yang disampaikan oleh menantunya ( juga guru di tadika berkenaan ) pada suatu petang di awal minggu tersebut @ isnin tentang penderitaan Teacher Mun yang bertarung melawan kanser paru2nya selama lima tahun kebelakangan ini. Adussssss.........tak sangka! Terkejut!

Sungguh terkejut kerana dari penampilannya, langsung tidak menunjukkan bahawa beliau sedang melawan sakitnya. Tak de seorang pun ibu bapa kanak2 di situ yang tahu kerana beliau tidak mahu sesiapa pun tahu. Hanya apabila beliau sudah berada dalam keadaan itu, menantunya membuat keputusan untuk memberitahu ibu bapa kanak-kanak.

Teringat cerita suami ( krn dia yg menghtr dua beradik tu ke tadika awal pagi ), Hannah menangis pada awal pagi sewaktu diberitahu bahawa Teacher Mun telah meninggal dunia dan dia langsung tidak berselera makan sehinggalah aku membawanya ke McD lewat petang hari tersebut.

Sesungguhnya Hannah sudah mengerti erti kematian dan erti kerinduan pada orang yang rapat dalam hidupnya yang telah meninggalkan dia.

Ya Allah.....tak sanggup membayangkan keadaan dia kiranya kami meninggalkan dia dan adik-adiknya..........:(

Sunday, September 11, 2011

Catatan Syawal - 3

Tema kali ini - merah jambu? Maroon? Ntah la aku tak pasti sgt apa warnanya ni....Pe2 pun aku tetap cantik dan berseri2. Ahakkkkksssssss.................jgn berbulu sbb aku jarang dapat pujian dari org sekeliling so puji sendiri la.......sesekali bagi aku peluang!!!

Abaikan klu gambar ni tidak sepertinya.....Hannah jarang memberikan kerjasama yg baik....adatla...budak2. Tau nya nak main je....

Hannah Sarah ok...Iman lak isap jari...Nak susu tu...

Ni hari kedua...bersiap nak g kenduri anak buah suami di Bachok. Last year hari kedua gak kakak suami mengadakan kenduri - mengahwinkan si kakak pengantin.....

Hari ketiga - sibuk persiapan majlis pertunangan Ida ( anak buah suami, adik Ngah - cerita tentang Ngah boleh dibaca di sini dan di sini ). Insya Allah dengan orang Johor gak, kg nya tak jauh dari rumah Za ( isteri Ngah ). Ke Johor la pulak kami tahun depan. Jumpa lagi la....dengan telur masin kenduri! Hehehehehe

Salah susun gambar ni. Pe2 pun inilah tanggungjawab Hannah - jaga Iman sementara aku sibuk di dapur. Alhamdulillah....boleh diharap!

Ayah dan mak Ida ( Abang Ya dan Kak Long )

Sibuk di dapur menyediakan menu - nasi minyak
Hahahaha....blum kenduri kawin dah bernasi minyak!

Sibuk di dapur - menghidangkan makanan sedangkan di luar sibuk dengan bicara2 meminang, merisik dan bertunang.

Acara menyarungkan cincin oleh bakal mak mertua Ida. Teringat masa aku bertunang dulu ( ehhh.....bertunang ker??? Aku hanya memakai baju kurung yg selalu dipakai g kerja @ sekolah. Kihkihkih.......nak pakai baju yang blink2, ntah rasa cam tak sesuai lak.....tak tahu la apa aku fikirkan masa tu......maklumlah kami ni bolehla dikatakan family arrangement)

Senyuman manis tunangan orang bersama bondanya tersayang

Ngah bersama isterinya - Za. Menantikan zuriat yang bakal dilahirkan Insya Allah bulan Mac

Kenapa Ngah dikenali sebagai Ngah sedangkan dia anak sulung? Sebabnya insan muda dalam gambar bersama Abang Ya di atas tu adalah Long. Anak angkat Kak Long. Yg memanggil suamiku sbg " Ayah Din " tetapi memanggil aku dengan panggilan "Akak" Hahahaha........Dia jarang kutemui kerana dia selalu mengasingkan diri dari keluarga krn salah tanggapannya sendiri. Jadi agaknya, bila sesekali berjumpa, dia tak tahu bagaimana nak bereaksi dgn aku kot.....

Ni apa pulak anak daraku ni...... macam ada sesuatu yg menarik perhatian dia jek....

Apa lak yg disnap tu....

Ni kot yg disnap...hahahahaha.....

Selesai majlis malam hari ke3 tu, esoknya kami berangkat pulang ke KL. Syukur perjalanan smooth je. Banyak kenderaan tapi tak sesak kat RnR dan di plaza tol. Alhamdulillah tepat pilihan kami utk pulang awal ke KL.

So minggu ni back to routine la.....Ngadap murid2, buku2 dan kerja2 perkeranian......Hohohoho i likeeeeeeeeeeeeeee!!


Saturday, September 10, 2011

Catatan Syawal - 2

Raya kali ni semua adik beradik aku beraya di rumah mak kecuali aku dan kakak sulung. Aku : kerana tahun lps sudah di rmh mak, maka thn ni giliran MIL la pulak! Kakak pulak last Friday sblum raya MIL dia lak meninggal. So beraya di Perak la dia sekeluarga. Raya kedua baru bertolak balik Tganu.

Kita layan persediaan di rumah my mom n MIL sehari sebelum raya.......


Adik iparku bersama anak terunanya sedang memotong ayam......

Menu tahunan hari terakhir puasa iaitu bubur lambuk Tganu style. Tarak sama dgn bubur lambuk Kg Baru krn ia lebih sedappppppppp!! ngeh3...Tangan sebelah kiri gambar tu biasa la...my father. Di bulan puasa ni selalu jugak dia ke dapur. Bukanla pandai memasak tapi dia suka gak menjengah ke dapur dan menolong mana2 yg dia mahu.....

Ni sayur dan ulam2 yg dimasukkan dalam bubur berkenaan....

Ni santan mentah yang dikacau bersama garam.....kegunaannya?

Untuk dimasukkan ke dalam pulut yg sudah dikukus....

Digaul sebati.....

Kemudian dimasukkan ke dalam daun palas utk dijadikan sebagai ketupat. Malangnya gambar ketupat daun palas yang sudah siap lupa nak diambil.....

Di rumah MIL lak malam raya........

Hannah dan sepupunya Mohd Ikhwan sedang menumbuk sambal kelapa + ikan utk dimakan bersama nasi impit
dan en asben pun tidakketinggalan mahu menumbuk....

ni la hasilnya....

Nasi impit + sambal. Mungkin hanya org Pantai Timur je kot yg mkn nasi impit bersama sambal selain dgn kuah kacang.....
Lemang + rendang. Lemang dibeli di Kijal. Rendang tu adik iparku yg memasaknya.....

Ni proses pertama utk membuat makanan ni. MIL sdg memilih daun getah utk........

tadaaaaa......tapai! Tapi gbr proses membuatnya tidak diambil krn aku sdg sibuk menghiris daging. Pulut yang ditanak digaul sebati bersama ragi dan dibungkus dalam daun getah. Ia dibuat dua hari seblm raya spy masak pada hari raya. Manissssss......

Ni la yg biasa dibuat oleh keluarga untuk menyambut raya. Lain org mungkin lain menunya. Apa2 pun ia sebahagian persediaan meraikan raya. Menu keluargaku biasanya di pagi raya mesti ada nasi, ketupat palas n rendang. Nasi tomato ker, nasi minyak ker, nasi beriani ker dsbnya......yg penting nasi. Di sbbkan beraya di rmh MIL, so takde la gambar nasi minyak air tangan mak aku dlm entri kali ni....next time yekk


p/s next entri ttg hari raya dan majlis pertunangan Ida ( anak buah suami )

Friday, September 9, 2011

Catatan Syawal - 1

Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua wpun dah beberapa hari beraya....( raya kan sebulan! Ahaakkksss )

Kesibukan menanda Ujian Ke2 pada minggu terakhir sebelum cuti raya mybbkan entri bulan puasa cuma satu...hehehehe. Semuanya gara2 tidak mahu menanda di saat org lain sibuk beraya. Semua perkara ditolak ke tepi termasuklah packing barang utk balik beraya. Packing memacking hanya bermula pada Rabu malam secara berperingkat2. Bila balik kg pulak, masa utk update blog lagi la terbatasnya. Segala cerita jadi pekasam!

So, it's the time to refresh my memory........

Seperti mana tahun2 sebelumnya, perjalanan pulang ke kg kami bermula pada petang Jumaat sebaik suamiku pulang dari kerja. Kebetulan pada petang Jumaat itu juga, adik iparku baru tiba dari Tganu ( tahun ni turn dia beraya bersama keluarga suaminya di Bandar Tasik selatan ). Menyinggah kerana mahu menghantar barang kirimanku kepadanya semasa dia ke US pada bulan Julai ( klu tak silapla...). Lawatan ilmiah warga pendidik Tganu ke Uni. of Connecticut. ( Best betul la mrk yg bertuah tu....fully sponsered by kerajaan Tganu ). In fact ni 2nd time dia ke US. Tahukah apa yg dikirimkan itu? Hanya seutas jam Guess tapi dibelikannya juga purse Guess krn dua item tu hanya USD100 n dpt lagi diskaun USD5. Sukeeerrrrrrrrrrr sangattttttttttttttttt..........

Tapi menengokkan dia mengelek handbag Coach, hmmm......myesal lak tak kirim handbag gak! ( ada dia bertanyakan klu2 mahu mengirim handbag Coach tp aku menolak ). Semuanya gara2 peristiwa abang ipar aku ke US pada bulan Mei lepas. Ada kirimkan padanya handbag Coach. Dibelinya yg berharga RM1000 ( separuh harga di Malaysia ). Tak sanggup nak mengambilnya. Belum masanya nak pakai handbag yang harganya beribu2. Nasib baik kakakku berkenaan. So dua yang dibeli oleh suaminya menjadi miliknya. Sedangkan handbag yg dibeli oleh adik iparku berganda2 murahnya. Tak sangka ada gak handbag Coach yg murah ( semuanya gara2 abg ipar aku la ni.......). Baru je nak pasang angan2 nak kirimkan handbag Coach klu dia ke sana lagi.....ayat2 dia seterusnya membuat aku gigit jari.....

" Tak g dah US. Mgkn next time klu ada rezeki lagi....mungkin Australia"

Aku hanya boleh...............................HUAAAAAAAAAAAAAAAAAA.........

Kita lupakan la apa yg bukan rezeki ku tu.......

Perjalanan pulang ptg itu hanya berhenti makan dan solat di Temerloh dan berhenti kali kedua di rmh kakak ipar - Kak Long di Rantau Abang tepat jam 1.30 mlm. Semuanya krn driver mengantuk + letih. Bagus gak kan......perjalanan hanya bersambung keesokan harinya setelah bersahur dan solat Subuh.

Anak2 sepanjang perjalanan hanya tidur. Nasib baik gak....klu tak, asyik bertanya dah sampai ke kg belum.....Huh...bila la LPT Fasa 2 akan siap sepenuhnya?????



p/s next entri tentang persediaan hari terakhir puasa.