Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 20, 2012

Sila sabar menanti

Salam hari selasa utk semua......

Agk lama tdk merapu. Bukan sdh bosan tapi...masa begitu mencemburi kita..(Waaa....mcm pidato lak..). Ada beberapa sebab. Antaranya:

1. Sbg SU Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik yg bakal berlangsung hujung minggu ni, byk kerja perlu disettle spy majlis berlangsung dengan lancar

2. Sbg guru matapelajaran , byk latihan perlu diperiksa. Sebelum cuti sekolah pulak ada ujian 1. Soalan dan skema permarkahan perlu ditaip. Cuti sekolah lak pulun menanda krn tahu buka je sekolah mesti bz dengan program hujung minggu ni ( Majlis Anugerah la )

3. Sebagai Penyelaras Kokurikulum Ting 6 , ada satu program motivasi utk mrk hujung bulan 6 ( actually nak buat bln April tp bila bincang dgn pengetua, masa itu terlalu singkat krn proses nak mohon kelulusan mesy agung PIBG dan mesy pengurusan sekolah pun agak lama sblum boleh proceed kpd PPD utk kelulusan mengutip wang dari pelajar, so kena anjak ke bulan 6 ). So kertas kerja dan surat memohon sumbangan dari pihak swasta perlu disettlekan. Mohon sumbangan dari mana2 pihak utk mengurangkan bebanan pelajar membayar utk program ini. Errrr.......kalau ada sesiapa nak sponsor bila baca coretan ini...dialu2kan....hehehehehehe

4.  Sebagai guru kelas, setiap hari adalah hari bz dgn urusan 36 orang anak angkat!

5.  Sebagai ibu, sentiasa bz dgn urusan rumah dan anak2 sebaik sahaja kaki melangkah masuk rumah seawal jam 4 - 5  setiap petang. ( sape kata guru balik jam 1@ 2?????). Penat di sekolah bersambung di rumah. Hanya blh berehat stlh anak2 tido atau semua kerja rmh  tlh pun selesai dibuat. Huhuhuhuhu.....haru betul bila tiada maid kan....huh..betapa kita sangat memerlukan pembantu dlm menyelesaikan sebahagian urusan rumah tangga. ( bila la aku blh dapt maid yg asyik tertangguh sejak CNY lagi...).
Proses nak memujuk Hannah menyiapkan kerja sekolahnya pun mengambil masa yg agak lama......adusss.....selalu bermasalah utk memujuk dia menyiapkan kerjanya...dan selalunya ia berakhir dengan adegan mengamuk dan menangis! Yg pasti kerja itu selesai jugak akhirnya!

6. Hal2 emergency yg takleh nak elak.....hehehehe. Contohnya keluar makan2 dgn kawan2....er...emergency ke tu???? Betul lakan....bila jus perut sdh melimpah ruah dan pedih mulai terasa....


Sila sabar menanti cerita tentang percutian kami sekeluarga di Felda Residence Hotsprings Sg Klah pada hujung cuti sekolah hari tu....

3 comments:

Ibuhani said...

Adoiii....ramainya anak angkat! Kalau mrk menjd org yg berguna n berilmu byk pahala yg awak akan dpt.....hehehe....k.ani sabar menanti citer coti2nya jugak ni.. :)

ninarif said...

banyak giler kerja.. stress mak! semoga Allah menggandakan pahala..amiin

hannahsarah said...

Kak Ani & Nina - tak sabar nak tunggu minggu depan..satu program besar selesai...kurang sikit bebanan itu. blh la menjelajah ke blog kwn2 yg sdh lamaaaaa tdak dijengah!