Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, April 14, 2012

Oh..oh..harap2 tidak

Dalam minggu ini siku kanan terasa sakit menyucuk. Nak angkat sekilo barang pun terasa sangat sakit. Belum lagi 10kg beras! ngeh...ngeh..ngeh. Sakit itu mulai berkurang bila ke penghujung minggu. Tapi....pergelangan tangan pulak semalam terasa berdenyut2. Adoyai....huh...mengeluh pulak!Ohh...oh...oh....adakah itu petandanya?

Petanda apa? Petanda......kalsium mulai menyusut dengan kadar yang cepat. Hmmmm......baru je nak masuk 4 series dah mulai terasa sakit sana sini. Nampak gaya kena ubah cara pemakanan la ni....kena tukar nescafe susu ke susu Anlene. Ahakssssss......boleh ke? Satu hari tak pekena nescafe susu terasa hidupku tidak sempurna! Seperti peletakan pasaran yang diterapkan oleh syarikat Nestle ni ..( eceeeceeeceeh...mentang2 dalam sari dua ni ajar tentang pemasaran, kuarlah segala bagai peletakan pasaran ni ) : Mulakan hari anda dengan Nescafe!

Semuanya bole aje kalau keadaan memaksa kan...tapi tak nak la tunggu hingga keadaan itu muncul..kena start jaga kesihatan dah ni....Wokeyyyy.....hujung bulan nanti kena cari sepeket susu Anlene. Harap2 istiqamah dalam  usaha ini. Kerana ku tahu aku selalunya hangat2 tahi ayam...opsssss...... Doakan ye....

2 comments:

Rozita said...

Agaknya org yg baru masuk 4 series ni memang cenggitu kot. Lately ni saya selalu rasa sakit pada lutut. Tentulah petanda kekurangan kalsium di situ. Maka saya pun dgn gigihnya telah mula mewajibkan diri mengambil satu tablet kalsium dan satu kapsul evening primerose oil mulai minggu lepas...

hannahsarah said...

Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......kena ikut jejak langkah Ita la lps ni!