Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 10, 2012

Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Perasaan bercampur aduk pada petang Selasa. Marah? Geram? Sakit hati? Arrrrrgggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!! Hari bengang sedunia! Ada 4 perkara yg membengangkan pada hari tersebut. Dalam banyak2 perkara itu, yg ini memang menaikkan darjah kebengangan.....

Satu dokumen penting dan rasmi hilang dari tempatnya!!!! Tempat biasa ia disimpan. Tempat biasa guru-guru kelas menyimpannya! Adusss.....bukan kali pertama tahun ini. Kali ke DUA!!!! Kali PERTAMA dalam sejarah perkhidmatanku berbelas tahun menjadi guru kelas! Dan pastinya aku SATU-SATUnya guru yg kehilangan dokumen itu pada tahun ni!!! DUA KALI!!!!! Kenapa aku? Kenapa aku? 

Kehilangan kali pertama selepas CNY. Terpaksa menyalin semula semua data. Masih mampu bersabar walaupun hati ini merasa cuak. Macam mana boleh hilang dari pejabat? Masih mampu berbaik sangka....

Namun bila kehilangan kali kedua, huh.......aku sudah tidak mampu berbaik sangka lagi! Tentu ada sesapa yg mahu mensabotaj kerja2 ku.....dalam fikiran ini tergambar seorang makhluk ni.....ada sebab-sebab kenapa aku menyenaraikan dia sebagai main suspect ( bukan hanya aku sahaja namun ramai rakan malah pentadbir juga sepakat kata denganku )................namun tiada bukti utk mengaitkannya. Penyiasatan CSI juga sudah dilakukan namun hampa....ye la kan....takkanlah nak simpan benda yg kita amik tu di sekolah juga kan. Tentulah sudah dibuang atau dibawa keluar. HILANGKAN BUKTI!!  Hanya mampu berdoa agar segalanya akan terbongkar satu hari nanti.

Sakit hati ini tidak dapat digambarkan kerana banyaknya data perlu disalin semula. Bertulisan tangan! Huh...lenguh la beb utk mendapatkan semula data 5 bulan ni......memikirkan itu, hati ini semakin sakit! 

Aku percaya segala perbuatan akan mendapat pembalasannya....bersabar la wahai hati.....lambat laun dia pasti mendapat akibat daripada perbuatannya. JERAT TIDAK PERNAH MELUPAKAN MANGSANYA.......


3 comments:

Rozita said...

Buku rekod kedtangan muridlah tu kalu disimpan kat pejabat. Akak yg membaca ni pon rasa geram. Dah tentu kes sabotaj sebab dah 2 kali jadi. Akak doakan nanti tertangkap jua si pelakunya tu..

hannahsarah said...

ya la di situlah tersimpannya sgl buku2 tu kan....pun sempat gak diambilnya....

tp kes hari ni lg haru....buku rekod mgajar lak hilang!!! rasa cam nak m*** je kt muka org yg disyakki tu.....

Ibuhani said...

jahatnya org tu kalau betullah itu sabotaj! Menganaiaya namanya tu! Sabar ye....lambat laun akan Allah tunjukkan org yg buat tu..