Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 8, 2012

Kenduri III dan IV

Sambungan kenduri di minggu pertama cuti persekolahan kali ini....Kenduri ke III adalah majlis tahlil yang dibuat oleh mak aku lak pada Jumaat malam 1hb Jun. Malam jugak...menunya makan malam iaitu gulai ayam, ikan panggang, ikan aya masak merah, solok lada, budu dan ulam-ulaman. ( Sori gambar tidak disnap oleh en suami ). Fuhh....Penyediaan dari pagi hingga ke malam la...selesai majlis bila selesai mencuci pinggan mangkuk yang digunakan. Bergilir2 antara kami berempat ( aku, kakak, adik yg nak bertunang tu  dan adik bongsu ) menyental segalanya. Phewwwe.....sakit belakang! Tapi untungkan....sbb ramai adik beradik perempuan! 

Kenduri ke IV - majlis pertunangan adik ke lima ~ Wan Nur Fatiha @ Cik Ya @ Kak Ya. Pagi Ahad 3hb Jun - proses memasak kurma daging, ayam masak merah, acar nenas, dan menu utama nasi minyak! Fuhhh....terangkat la nasi minyak my mum a.k.a mok wan! 

 
Tok andam bertiga sedang menyiapkan backdrop....dari  kiri cousin yg bekerja di Prince Court, bertudung merah adik keempatku yg bekerja di Karangkraf ( sdg mengandungkan anak ke 3 ), dan adik bongsu bertudung hijau yg masih belajar di UITM.

Mak buyung sedang menyiapkan alas duduk....hmmm....teringat time bertunang dulu ~ sempoi giler! Pakai baju kebaya kerja berbunga hijau, takde alas duduk apatah lagi backdrop bagai2 dan tak semua pun adik beradik berada di sisi bersama2 meraikan majlis itu...:(....lain masa, lain orangnya lain lak perancangannya....
Bersyukur ajelah...tanpa majlis sebegitu pun akhirnya sampai ke jinjang pelamin. Dh nak masuk 8 tahun pun dh....moga kekal hingga ke akhir hayat...D


 Bakal tunangan orang bersama dengan hantaran....menunggu orang sebelah sana sampai.....dok jauh mana pun...sekampung je! hehehehehehehe

 Tu dia...sampai doh rombongan yg ditunggu2.....tepat jam 3 petang!

 Sila la masuk ke teratak kami.....

 Makku yg khusyuk mendengar perbincangan antara dua wakil....

Mak Teh ~ wakil pihak lelaki. Jiran sebelah rumah pihak lelaki. Wakil en suami tuan punya blog juga 8 tahun yg lalu...saudara rapat mak mertuaku!
 Yg berbaju biru tu wakil pihak kami....

 Abah bersama bakal besan ke limanya....

 Fatiha disarungkan cincin oleh bakal mertuanya

Dlm hati tuan punya badan ~ " yeayyyyy......aku dah sah jadi tunangan Mohd Yusri Manaf!!! Horayyyyyyy....moga sampai hajat kami utk ke jinjang pelamin dalam tempoh setahun lagi....."

Adik beradik mesti la nak enterprem gak....budak kecik tu lagi la.....Dari kiri ~ kakak, aku, adik ke 3 : Ina, adik ke 5: Fatiha, adik ke 4: Noor dan yg bongsu: Mimi. Semuanya bercermin mata!! Yg bertunang tu je dah campak speknya di hari itu....utk sementara. Tak nampak org depannya tu....hehehehehehe. Kontrol ayu jak....

Ni lak sebelah lelaki. 10 beradik! tak cukup bilangan rasanya tuh....sbb yg lelaki berbaju biru tu anak bongsu!
Ni la bakal adik ipar yg ke 3! Bakal menantu mek dan abah yg ke 5! Moga tercapai hajat suci mereka tahun depan....dan aku akan buat entri khas utk mereka lagiii.....ngeh3333.

Selesai sudah empat kenduri dalam tempoh 9 hari! Sejarahhhhhh!

3 comments:

Ibuhani said...

Cntk tema merah! Smoga tercpi hasrat le jinjg plamin! Ponek tu 9 kndri!

Ibuhani said...

Hihihi...4 kndri 9 hr..silp plak!

hannahsarah said...

Penat sungguh Kak Ani...tu pun majlis brtandang rmh pengantin lelaki anak buah suami kami tak dpt ikut serta sbb clash dgn majlis adik...