Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, December 8, 2012

Percutian keluarga

Buat julung-julung kalinya ahli keluarga anak cucu menantu Zuraidah Awang Kechik ( belah en asben ) mengadakan percutian keluarga ke Utara iaitu Taiping, Kuala Kangsar & Bukit Merah  pada 11hb Nov lepas. Perancangan ini hanya dilakukan dalam masa 2 minggu semasa kami pulang ke kampung sempena hari raya aidil adha. Semua ahli keluarga dari Kak Long, Kak Jie, Azimah dan Nazrah bersetuju menyertainya. Cuma yang belum pasti Ida & suami dan Ngah sekeluarga. Kedua-duanya anak Kak Long. 

Semua orang tidak bersabar menantikan detik2 percutian ini. Siap menempah tshirt keluarga namun sayangnya.....ia gagal disiapkan apabila sampai detiknya percutian ini bermula.......sedih gak sbb tengok kepada design tshirt itu ia agak menarik. Dah tak de rezeki keluarga besar kami dapat memakai dan tak de rezeki jugalah kepada pembekal tshirt itu.

Pada hari tersebut rombongan daripada Terengganu melalui Grik terdiri dari 4 buah kereta ( Kak Long, Kak Jie, Nazrah dan Imah ) manakala daripada KL hanya kami sekeluarga. 

Kami bertolak seawal jam 11 pagi Ahad tersebut. Semua anak begitu excited. Percutian kali ini agak lama iaitu selama 5 hari. Hari mendung sesekali hujan lebat di satu dua tempat. Singgah sekejab di Tapah dan Sungai Perak. 

Kami tiba ke tempat homestay bertempat di Kelab Petanda ( homestay kelolaan Pej Tanah & Daerah Larut, Matang Selama ) agak lewat petang. Dan kejutannya Ida dan suami Saiful juga join percutian ini. Bagus...bagus..bagus. Lbh ramai lbh bagus kan?



Ni rumahnya. Yang berusia lebih daripada 100 tahun. Rasanya rumah ini diduduki oleh pegawai British semasa zaman British dahulu. Rumah ini agak besar. Cukup untuk memuatkan 19 orang dewasa dan 9 kanak-kanak. Ada satu rumah kecil bersambung dengan rumah besar ini. Mungkin rumah orang gaji. Melihatkan dalaman rumah ini terasa sayang kerana ia tidak diuruskan dengan baik. Keadaan bilik airnya tak seberapa sangat la.....tikar getah yang terhampar di lantai pun banyak yang dah koyak2. Rasanya elok kalau dilakukan sedikit pengubahsuaian pada lantai dan bilik air itu. Airnya mak oiii cukuplah sejuk. Tak water heater ye....mak pun mengigil masa mandi apatah lagi Sarah dan Imaan tu......

Apa2 pun keadaan rumah itu ia tidak menganggu gugat program yang sudah dirancang. Tu tgk tentatif program yang dibuat oleh SU Program! Siap bertampal di dinding homestay lagi untuk makluman semua orang!


So...spt tertera dlam tentatif program...1st day di Perak ialah ke..........

Kuala Kangsar!


Hari pertama adalah program utk golongan ibu bapa dulu. Melawat tempat2 menarik di Kuala Kangsar

1st stop kami ialah di Galeri Sultan Azlan Shah. Imaan tgh tido, Sarah dan Hannah dah tak sabar nak masuk ke dalam galeri ni.....

Inilah sebilangan ahli rombongan yang ada.....

Cantik kan?

Banyak koleksi yang kami dapat lihat di dalam galeri ni..dari pakaian, gambar2 keluarga di raja, koleksi gambar2 sepanjang kehidupan tuanku sultan, hadiah2 yang diperolehinya, juga koleksi persandingan Raja Nazrin Shah dan macam2 lagi termasuklah koleksi kereta. Takde la gambarnya coz tempat2 sebegini memang takleh amik gambar pun!

Kami bersama mak

Pandangan dari jarak jauh. Sungguh kagum dengan rekabentuk istana2 lama ni. Teringat juga istana  sultan kedah ms kami melawat galerinya dalam tahun 2009.

Walaupun program pertama khas untuk ibu bapa, anak2 juga ternyata teruja dalam galeri ni..sambil tengok barang2 sambil berlari2, berjalan merata dlam galeri.....

Tak lengkap ke Kuala Kangsar kalau tidak ke Masjid Ubudiah...

Dan tak lengkap juga klu tak bergambar di sini!! Hehehehehe....so wajib tempek la!
Tapi kami tak solat pun kat sini...agak jauh dr tempat parking utk my MIL yg berkerusi roda mahu bergerak ke bahagian solat wanita. So kami solat di masjid lain di KK ni.....

Ni juga istana lama...tak berpeluang masuk ke dalamnya sebab dalam proses pembaikan...so bergambar di luar pun jadi la....

Tengah hari itu selesai mengisi perut di medan selera Kuala Kangsar ( tepi sungai Perak ), biasalah kan....pompuan2 ni mesti ada barangan yang mahu dibeli dan belah. Aku cuma membeli hiasan biasa dari Kuala Kangsar. Labu sayung! Tapi bukan yg isi air tapi labu sayung hiasan semata2. Hehehehehe......

Dalam perjalanan pulang ke Taiping ( malah ms on the way ke Kuala Kangsar pun ) ingatkan nak berhenti di satu tempat. Tak tahu apa namanya tapi kami nampak satu bangunan macam istana ( diberitahukan skrg ia berfungsi sbg surau ) dan bercadang mahu menyinggah mengambil gambarnya tapi oleh kerana semua konvoi kereta ni laju je nak ke Kuala Sepetang, so frust la kami. Hajat tak berkesampaian.
Kalau ke Perak tak merasa durian Perak memang tak sah la kan...... Menyinggah beli durian. Habis borong durian akak baju coklat tu...

Pakar durian sedang menilai durian....bagus tak ni? Ha ha ha ha...
Bagus tak bagus abis berbakul durian akak tu diborong. Kami blah je dia pun terus tutup gerai. Haha...masyuk rezeki akak tu petang itu.....

Semua kereta berdusupppppp laju ke Kuala Sepetang . Masa tu jam dah menunjukkan hampir jam 6. Kalau sebut Kuala Sepetang mesti tak lain mestilah Mee Udang Mak Jah. Pernah merasainya beberapa kali di cawangannya di Wangsa Maju. As for me, sama je la rasanya....so no need to come to Kuala Sepetang sbb mee ni....tapi dh alang2 bercuti di Taiping kena la rasa di tempat mana ia berasal  kan...? Jadi next time aku ke Wangsa Walk je klu nak makan mee udang.....

Sedang menunggu pesanan....Imaan terlentok tido....masya Allah lama betul baru dapat pesanan kami..Orang ramai bangat.Dah la tu...pesanan kami pun munculnya berperingkat2..Plg lewat sampai adalah nasi putih + telur dadar utk Sarah ( dia berpantang makan seafood krn ezcemanya )...pelik tul kan.....agaknya pelayan dia pun dh tak tahu mana meja dh dpt pesanan mana yg belum!

Jom makan mee udang. Pilihan hati aku, hubby dan Hannah

Abis tau Hannah makan mee udang ni....

Malam tersebut hanya melepak di rumah. Berjamuan durian yg dibeli tadi.....bestttt!

Hari ke dua - program campuran utk ibu bapa & anak2. Zoo taiping & Taman Tasik

Program keluarga, maka perlu ada tshirt keluarga la.....tema kuning. Tema bertukar last minute gara2 tshirt asal gagal disiapkan tepat pada masanya.....huhuhuhu

One big family

Our small family

Ni lagi.....

Anak2 bergambar berlatarkan gajah....fav spot tak kira zoo mana pun!

Cantik view ni.....sepanjang jalan di Taman Tasik Taiping.....

Sambutan birthday Ida yg jatuh pada hari semalam......

Damai sungguh berada di sini.....

Cantikkan rumah ni.....

Hari ketiga memang program khas untuk anak2.....


Bukit Merah Laketown Resort.....
Hannah duk menyorok di belakang. Gitu la dia klu dia xmau bergambar......

Sarah ni berjanji tak mahu main air krn waktu itu ezcemanya flare up....tapi bila dh masuk, janji dh melayang entah ke mana. Aku pun tak sampai hati nak bertegas...bila tgk semua sepupunya seronok bermain air, tentulah hatinya pun bagai digaru2......

Usahkan kanak2 seronok bermain air, ni haaa.....ayah long mrk pun bukan main lagi.....

1,2,3 cheeseeeeeeeee

Sarah budak pertama naik dari bermain air...kesejukan.....yg lain tu....hmmmm....msh berseronok. Layan gbr2 mrk di bawah ni....




Hannah pun dis time mmg lupa diri la.....langsung tak peduli dah abahnya ada ke tak di situ...jenuh mencari di mana dia bermain2 dgn sepupu2nya......

Jam 2 lebih kami keluar dari situ as cabana yg disewa pun tamat jam 3. Perancangannya lps itu kami akan balik ke homestay tapi..........

Hah ko....Jambatan Pulau Pinang!!!

Maknanya kami sampai ke Penang!


Serious aku kurang pasti apa nama dua bangunan ni....main snap je sbb tgk cantik. Dan mestinya ia salah satu bangunan bersejarah.....dekat padang kota lama

Hannah buat hal lagi......tgk tu...jauh je dia berdiri....tak mahu bergambar la tu....


Berhenti di Padang Kota Lama. Perut belum diisi makanan berat sejak tengah hari, so pastinya lapar......so here we go...
Pasembor

Sotong bakar dan rebus

ABC special

Aiman dengan ABC nya
Alahai tak upload la pulak gbr aku sedang menyantap laksa penang.....

Selesai makan, sebelum mencari jeruk Pak Ali....so ke Masjid Kapitan Keling dulu.....


Haa....en asben sdg beraksi membeli jeruk...... ternyata jeruknya besttttt!

Selesai membeli jeruk....kami pulang ke Taiping. Hahahahaha....g Penang semata2 nak beli jeruk!!! Tapi plan last minute kan...so mmg tak dapat nak meronda satu pulau la....In shaa Allah kami sekeluarga akan ke sini lagi sbb kami belum pernah bercuti di Penang. Nak merasa naik ke Bukit Bendera, makan durian Penang yg terkenal dgn kesedapannya, lepak2 kat Batu Feringgi....hmmm mmg kena plan cantik2 ni...

Sampai homestay jam menunjukkan 9 lebih kot....nak mandi tapi airnya punyala sejuknya di waktu malam. Tapi kena mandi gak la sbb anak2 belum mandi sejak keluar dari Bukit Merah. Berjerang air panas untuk mandikan Imaan dan Sarah. Lps mandi segar sikit badan, mudah sikit nak lena kan...ngeh3.

Hari Khamis hari terakhir di sini. Semua akan bergerak balik mengikut haluan masing-masing. Keluarga Kak Long & Ida akan menyinggah ke Cameron sebelum balik Tganu. Kak Jie pula menyinggah di Ipoh, berjumpa dengan anak sulung mereka di PUO. Na dan Imah pula menyinggah di Lenggong ( jumpa Perakman ) sebelum pulang ke Tganu.

Dan kami pula pulang ke KL la...


Bergambar di stesen keretapi Taiping yang terkenal tu.....

Tapi bukan sekadar bergambar je....kami beli ni

Tiket keretapi pulang KL





Anak2 seronok naik keretapi....sbb tak pernah naik keretapi sejauh itu...5 jam!
Banyak pemandangan menarik sepanjang perjalanan tapi malas la nak upload....

Ehhh....bukankah hari tu ke Perak berkereta? Knp balik naik keretapi? Ke mana kereta itu?

 Ni haaa.....accident otw ke Taiping. Dekat susur Changkat Jering. Jalan licin kerana hujan. Traffic slow kerana ada accident hala ke KL. At last sebelah sini pun accident gak...kami langgar buntut kereta Honda Civic. Agak teruk jugak kereta itu..tapi mereka masih boleh bergerak ke Balai polis. Nasib baik kereta belakang tak lak melanggar kami....huhuhuhu....Radiator kereta kami pecah. Temperature naik sampai berasap. Orang PLUS tolak sampai ke plaza tol Changkat Jering sebelum dapat di tow olh towing comp hingga ke Balai Polis Taiping. So itulah tempat pertama percutian kami di utara ni....Cermin retak gara2 terhantuk kepalaku. Haa....keras gak kepalaku ini...

Walaupun begitu, rasa amat bersyukur krn kami sekeluarga selamat. Tiada langsung kecederaan. Alhamdulillah. Sepanjang percutian itu kami menumpang kereta Ida. Nasib mereka msih berdua.....hehehe

Kereta itu masih di Taiping. Dibaiki di Eon Service Centre. Baru minggu lepas adjuster datang menilai. Harap kereta itu diperolehi sebelum cuti sekolah berakhir. Susah wooii klu satu je kereta....skrg ni pun time aku kena jaga exam, awal pg bergegas menghantar anak2 ke bbay sitter n nursery. En asben lak terpaksa la naik lrt. NAsib baik lrt depan rumah je....tp kesian arr sbb petang2 di KL ni selalu hujan.....

Kalau keadaan mengizinkan, rasa mau ke Taiping semula. Knp? 
1. belum puas menerokai Taman Tasik Taiping
2. Tidak dapat merasai kuetiue Dolly yg dikatakan sedap tu
3. Ada lagi 2,3 tempat tidak sempat dijejaki. Cth Muzium Taiping
4. Bandar Taiping itu sendiri belum kami terokai

p/s : Percutian itu dh sebulan berlalu. cuti skolapun sukar menyiapkan satu2 entri...hehehe




4 comments:

Unknown said...

seronok mengimbau kembali percutian kita. Sayapun mcm2 nak cerita, tapi penyakit m sudah mari..kamipun rasa nak pergi lagi sana..

hannahsarah said...

tulis la Kak G...kak G punya ayat cukup mengagumkan saya...

Ibuhani said...

Alhmdllh x apa2.....kami pn lm x gi taiping. Dulu huda seklh kt mrsm taiping dr form 4-5.

Unknown said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.