Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 11, 2014

Bangkok Trip Part 10 - The End

Salam sekali lagi untuk semua.

Ini post yang last lah pasal kami di Bangkok. Dah nak habis cuti dah pun. Yang ni cuma nak postkan pelbagai gambar yang dah upload ni je. Kira perkara2 rencam la ni.

Ingat takde dah gambar kat Madamme Tussaud yang diupload, ada lagi satu dua rupanya.

George Clooney diapit oleh Hannah dan Sarah

Lepas habis ke Madamme Tussaud tu kami merayau2 la sekejap kat kawasan ni, masuk kat MBK belakang tu. MBK ini sangat2 la luasnya dan banyak sangat kedai kat dalam tu. Tapi kalau Terminal 21 tu macam Pavilion, MBK ni ala2 Sungei Wang Plaza je lah. Tapi kalau yang budget macam kami ni sesuai la, hehe. Tapi kami tak lama di sni, dalam satu jam je sebab dah lewat petang, driver nak balik dah. Kami pun penat sangat2 dah.

Ingat nak ambik gambar la kat tepi2 jalan ni, tapi baru sekeping je Pdit dah sampai, takleh tunggu lak tu sebab parking tepi jalan dan ada polis traffic lak tu.

Bangkok street view

Hari esoknya, hari lastlah kat Bangkok ni, ada masa sikit sebab flight tengahari, kami ambil Tuk Tuk ingat nak pergi ke Bangkok Doll House. Maklumlah anak2 kan suka dolls tapi sampai2 je dia cakap tutup hari tu. Dahlah tempat tu susah nak cari, masuk lorong2 kecik dan berbau, pastu sangkut dalam jem orang nak pergi kerja lak tu. Last2 pusing balik hotel, kira bagi duit free je kat driver Tuk Tuk tu.

Tuk Tuk depan Grand Palace

Ni dalam perjalanan ke airport, nak balik kami snap la gambar2 ni sebagai kenang kenangan. Patung gajah memang merata2 la kat Bangkok ni.

Democracy Monument rasanya, kalau tak silap

Another street view

Potret King Bhumiphol dan Quen Sirikit ni ada di mana2 je. Mereka ni memang mengagungkan raja lah, kiranya

King Rama ke berapa ntha, lupa (lagi). Kat sinila yang diorang ntunjuk perasaan tu baru ni, kata teksi driver la.

Ni kat depan istana yang sekarang digunakan. Agaknya merak haiwan kebangsaan atau haiwan suci mereka kot, sebab ada je patung2 macam ni, especially kat simpang2 jalan.

Sampai dah di Svarnabhumi Airport.

Kat bahagian pelepasan ni takde kedai pun, ingat boleh la ronda2. Tapi kalau turun bawah bahagian ketibaan ada rasanya, aku tak turun, Hunggy je turun pusing2.
 
Ni dah masuk lepas imigresen. Kat sini barula banyak kedai2, macam shopping mall je besarnya. 

Ni sebelum masuk bilik berlepas

Ingat nak ambil gambar banyak2 kat sini tapi anak2 dah takde mood dah sebab nak balik. Penantlah, gaduh berebut seat dalam kapalterbang lah (tak naik lagi pun), laparlah, macam2 lah. Kat sini ada juga surau yang luas dan selesa lah. Ada juga tempat yang jual halal food tapi sikit jelah. Kalau makanan tak gerenti halal, memang banyak. Kalau nak meronda memang banyaklah yang boleh buat kat sini, jauh lagi besar dari KLIA.

Dah bertolak dah, tak tahu bila lagi akan datang sini.

Dari jauh nampaklah Bangkok dari udara




Nasib baik kat sebelah ni kosong, nanti Sarah bolehlah baring tidur. Tapi flight ni penuh, sebelah ni je yang kosong.

Sampai KLIA, semua penat dan tak sabar2 nak sampai rumah.

Itulah cerita percutian ke Bangkok kami, habis dah. Tergesa2 nak habiskan cerita ni sebelum balik kampung esok. Kalau tak habiskan, jawabnya memang tak sambung langsung la, hehe.

Hujung tahun ni ada asatu lagi percutian, tapi dekat2 sini je lah. Lepas tu tak tahulah ke mana lagi en suami nak ajak pergi.Harap2 tempat yang lagi best lah. Tapi my hubby ni mesti pilih tempat yang dia rasa anak2 suka dan banyak benda mereka boleh buat, oh dan murah juga, hehe. Poket nak kena juga kan?

Semoga berjumpa lagi, dan aku rajin baliklah berblog ni, hehe.

Wassalam 

No comments: