Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 2, 2014

Kenangan silam di sini

Di sinilah tempatnya aku belajar berdikari menaiki bas awam seawal ting 4 pada tahun 1988. Menyosong beg berlari mengejar bas sama ada ke Jerteh ( rmh mak ) atau ke Dungun ( rmh tok ).  Perlu berlari mengejar bas kerana ke dua- dua bas ke destinasi ini adalah bas yang hot. Hot???? Hot sebab setiap kali bas itu sampai ke stesen ini, ia membawa penumpang yang sarat dan ia juga akan menerima penumpang yang sarat. Berunga dan berebut itu walaupun tak biasa dibuat, namun perlu dilakukan demi sebuah kerusi di dalamnya. Kalau tak, alamatnya berdirilah sejauh 72km ke Dungun atau 53km ke Chalok Setiu. Kalau di hari-hari biasa tu mungkin cabarannya tidak terasa, tapi kalau di bulan puasa ( time blk beraya ), huhuhuhuhu....mau patah kaki. Kerana gerenti nya sejauh 72km atau 53km la berdiri. Bas pulak sendatnya macam sardin la.....dgn haruman...woooo.....sendiri mau ingat la.

Banyak kenangan dengan stesen bas ini, dengan bas itu sendiri mahupun dengan konduktor bas. Hihihihi....

Pendek kata bukan sahaja kenangan berkaitan dengan bas malah kenangan mengulam kasih tak kesampian juga pernah di sini.

Proses merobohkan satu mercu tanda bandar Kuala Terengganu suatu ketika dahulu....
Ini antara gambar bas...rs nya ni gambar tahun 70an ni....dok dang lagi dgn bas ni....
Berapa la umur aku agaknya masa ni
Haaa.....dengan bas oren merah tu la aku duk kejar 26 tahun lalu......Terengganu Bus Company.

Syarikat bas ni dah tak ada.....dulu laluan dia ke Dungun, Marang dan Jerteh. Gah oo syarikat ni...dok leh celen la.....tapi syarikat ni dah terkubur. Seingat aku akhir 90an syarikat ni dah takde.....ada beberapa syarikat baru...tk berapa nak tahu apa syarikat baru yg mengambil alih laluan utama di seluruh negeri Terengganu sebab dah agak lama tak naik bas awam di Terengganu.
Ni lah mercu tanda baru yang akan menggantikan tapak stesen bas itu. Sejajar dengan arus pemodenan maka bangunan pun ada ciri artistik la....sayang bagaimana pun kita pada bangunan yg mempunyai nilai sejarah, kita tdk mampu untuk menolak perancangan kemajuan oleh pihak berkuasa.
Biarlah segala kenangan itu tetap subur dalam ingatan selagi nyawa dikandung badan. 

2 comments:

Haizamz said...

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermanja....

Kenangan silam menjadikan kita lebih mengerti akan kehidupan dan sentiasa berpijak di bumi nyata.

Ia sesuatu yang indah untuk dikenang dan akan tersemat di hati hingga ke akhir hayat.

Anonymous said...

Kenangan zaman2 dulu..lepak sebeloh tu ada jual air tebu dan kepok lekor..la ni ambe doh duduk petaling jaya