Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 15, 2016

Ramalanku benar belaka

Suatu ketika,  rasa hati itu benar.  Menurut rasa hati kekadang menyelamatkan kita daripada situasi tersepit.  Menyelamatkan kita daripada melukai hati orang dan lebih utama hati kita.  Menyelamatkan kita dari rasa terasing, dan terpinggir.  Menyelamatkan jiwa kita daripada terus terusan merasakan kita ini selalu salah di mata orang.

Namun,  ada masa rasa hati terpaksa dipendam.  Kita mengikut arus lalu menyebabkan hati kita sakit.  Jiwa kita terusan dimomok bahawa kita ini sentiasa salah pada setiap masa.  Apa dibuat itu tiada betulnya di mata orang yang sentiasa mencari salah.  Pedulikan aje.... Itu mungkin luahan kata orang luar.  Tapi bukan sesenang itu.

Apabila kita sentiasa dalam situasi dipersalahkan,  dikorek segala kekurangan hingga menenggelamkan kelebihan yang disalurkan selama ini,  hati ini bagai dirobek sedalamnya. Luka itu ditoreh dan sebanyaknya garam ditabur di atasnya.

Apa yang terkandung dalam hati,  apa juga yang dirasa,  hanya tuan punya badan yang merasa. Tak tahulah sampai bila situasi tersepit seperti ini akan berakhir........

1 comment:

IBNI HAMAD said...

sabar itu indah, dan setiap kesabaran yang kita berikan, in sha Allah dibalas kemanisan yang cukup agung...bertabah lah kerna hanya itu yang kita mampu lakukan sbg hambaNYA.