Hmmm...bkn Nas Melodi je suka menerjah. Pengarah Pelajaran Selangor pun begitu. Setiap Ahad,slps dia jogging kat mana-mana dia suka, dia akan singgah mana-mana sekolah pada hujung minggu. Kira ambush la..so apa yg akan dia nampak itu, adalah realiti.
Malangnya sungguh nasib penghuni Pandan Mewah krn dia menerjah Pandan Mewah pada hari Ahad lepas. Apa yg dia jumpa n nampak memang memeranjatkanlah krn skul ni nampak cantik dari pandangan luar tapi......dalaman cukuplah menyedihkan. Sekolah yg baru berusia 5 tahun tapi...infrastukturnya cukup menyedihkan. Contengan di mana-mana. Kretiviti remaja terlebih hormon.Byklah perkataan yg tidak senonoh. Tu belum lagi dgn tandas pelajar yg aku sendiri pun tak lalu nak masuk. Byk lagi la keindahan skul ini dirosakkan oleh para pelajar yang bak kata Pengetua bagaikan tempat duduk org tak bertamadun .Sampah merata-rata ( bukan tak pernah minta pelajar tolong kutip sampah, tapi haram tak diendahkannya ). Jadual bertugas sekadar ada. Kalau masuk bertanding 3K mcm skul kakak ipar aku tu, gerenti out di pusingan awal.
Bahananya semua kena menadah telinga bila Pengetua membebel. Tak salah dia pun. Tapi ralat dgn mentaliti pelajar yg langsung tak mahu bekerjasama membantu menceriakan sekolah. Kalau buat gotong royong, boleh bilang dgn jari berapa kerat ahli kelas yg muncul. Papan kenyataan belakang kelas pun, dlm setahun berapa kali kena tampal balik. Hari ada, petang dah hilang. Dah la sikap menceriakan kelas takde malah suka lak mengoyakkan hasil kerja org lain.
So dua hari ni semua tak senang duduk membersihkan dan menceriakan kelas setakat mana yg mampu dibuat ( krn Pengarah bagi tempoh 2 hari kpd Pengetua utk transform sekolah jadi ok ). Klu nak jd terbaik, mesti la mustahil dalam dua hari.
Hikmah disebalik semua ini, PPD menyalurkan bertong-tong cat utk mengecat semua pintu kelas yg dah penuh dgn contengan dan tapak kaki n menyusul nanti cat utk mengecat dinding skul. Semua org peka dgn kebersihan kelas ( bkn maknanya sblum ni tak peka, tapi segala arahan bersih n kutip sampah kpd pelajar dipandang sepi sbb yg menegur cuma guru biasa bukannya pengetua )
Harapannya agar usaha ini berterusan baik dari pihak pentadbir, guru-guru tak kira pagi atau petang dan yang paling penting murid-murid skul ni. Semoga visi pengetua SMKPM cemerlang 2011 menjadi kenyataan.
3 comments:
Memang baguslah Pengarah JPNS ni. Tapi kalau kena terjah gitu..sure kecut perutlah! Apa2 pun harap mentaliti budak2 Pandan Mewah lepas ni jadi bertamaddun sikit la...
Kalu Pengarah JPNS menjalankan tugasnyer dengan baik...what about us? I think both cikgu dan murid kene same2 menjaga kebersihan kelas. Tadi at about 1.30pm, aku check kelas, ada gak kelas yang masih bersampah. SIAPA YANG BERSALAH?????
Nazrul, to be safe, klu bdk xmau kutip sampah, kita la kutip. What 2 do. Harap2 bdk2 ikut contoh kita
Kak G, tu la pasal pengetua membebel kata bdk2 skul ni tak bertamadun
Post a Comment