Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 18, 2009

Siapa Tahu...

Sudah beberapa hari kejadian ini berlaku, namun aku masih terbayang-bayang lagi rupa seorang kakak yang menolak anak kecilnya ( dalam 4,5 bulan barangkali ) dalam stroller dan anak lelakinya ( mungkin 8,9 tahun ) yang memegang tangan adik perempuannya yang sebaya Hannah.

Di mana aku berjumpa dengan hamba-hamba Allah ini ?



Di PASAR pada hari AHAD !!!!!!!!!



Ini yang membuatkan aku merasa seribu rasa. Mungkin dia pun macam aku, tak de maid( kalau ada, takkan la mengangkut semua budak2 tu kepasar kan?). TAPI dia mesti ada suami. Mana pergi suaminya?????

Kesian aku tengok dia ke pasar dengan mengelek anak-anaknya. Aku macam dapat menyelami perasaan kakak itu. Macam mana mahu membeli barang keperluan dengan anak-anak yang mengekor itu. Kalau la kakak ini masih mempunyai suami, aku rasa tak patut suaminya membiarkan kakak itu ke pasar bersama anak-anak. Kalau pun malas nak bangun pagi-pagi minggu untuk ke pasar, at least jagala anak-anak tu sementara bini awak tu ke pasar, mencari barang keperluan. Untuk mengisi anak tekak awak gak tu….cik abang oiiiii.!



Mengenangkan itu, aku bersyukur walaupun suamiku agak keberatan ke pasar ( sbb dia tak kenal jenis-jenis ikan ), TAPI dia sanggup menengok2 kan ( walaupun mata dia tertutup sebenarnya , haha ) anak-anakku sementara aku ke pasar. Menjaga anak-anak sementara aku menyiang ikan atau membersihkan ayam dan akhirnya memasak. KERANA lepas itu...kami sama-sama dapat mengadap dan menikmati masakan aku yang sedap itu...( jgn jeles, saja nak masuk bakul angkat sendiri ).



Apa-apa pun, setiap orang ada masalah, halangan, cabaran dan dugaan masing2. Cuma aku amat lah berharap agar suatu hari kakak itu menemui jalan pemyelesaiannya sendiri.



Atau mungkin, aku saje je yang memikirkan begitu. Mungkin bagi kakak itu, dia langsung tidak ada masalah mengelek anak2nya ke pasar.



Siapa tahu......



No comments: