Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 2, 2009

Ulangtahun ke 37

Semalam setelah sekian lama tidak keluar merayau2 bersama family ( asyik sibuk aktiviti sekolah atau open house ), maka keluar la kami ke Matic. Ada Sunday Family Fair start 25hb Okt - 24hb Dis. Dua bulan tu...jadi sesape bercuti di KL nanti bolehlah menjenguh2...Aku pun first time ke sini. Bersebelahan Saloma Bistro. Kami xde la terpanjang kaki ke Saloma Bistro tu...

Tengok dari jauh, banyak la booth yang dibuka. Namun sayang pada pandangan aku la...fair ni sekadar diadakan untuk mengisi kalendar warga KL tapi melihatkan kepada apa yg terjual...hm....boleh dapat kat mana2 pasaraya atau shopping compleks. Takde apa yang istimewa. Sudahnya kami hanya meronda satu round je tanpa mengeluarkan satu sen pun. Selamat duit!

Kerana masih ada awal, kami melangkah ke KL Tower. Tengok2 apa yg menarik di sana. Tak bercadang nak naik pun apatahlagi kalau tiketnya mahal. Memang pun mahal. RM38 untuk dewasa dan RM28 kanak2. Terkenangkan masa melawat Menara Alor Setar. Apa yg dilihat cumalah pemandangan ( bagus la bagi yg nak tgk pemandangan KL dan nak menghabiskan duit ). So kami cuma berpusing2 tempat souvenier la...Tshirt for three of us. Sayang tiada baju untuk Sarah.

Makan tengahari di Restoren Rumah Thai. ( Macam tahu2 je aku teringin nak makan tomyam ). Suami belanja sempena birthday aku. TQSM my beloved hubby. Best gak walaupun tak pedas macam masakan Thai yg lain. Heran gak aku. Biasanya sebut je tomyam, mesti pedaskan tapi yg ni langsung tidak. Manis lagi ada! Sotong madu! Hahaha...Yg lain udang tepung. Hah????? Sampai je udang tepung, terkejut kami. Mak ooi besarnya. ( Gambar ada diambil tapi lupa bawak kamera utk upload, so esok aje la). Nape esok??? Ha...ada cerita di waktu petang.....

Jam 4 petang, macam biasa di kawasan Ampang. Setiap petang mesti hujan. Dua kali kilat kuat memancar. Masa tu dah terbau macam benda terbakar. Dalam fikiran mungkin ada jiran terlupa menutup api memasak kot. Bila hujan reda, perkara pertama yg terperasan ialah lampu dalam bilik tidur sekejap ok, sekajap malap. Masih tak ambik pusing. Selepas solat Asar, iron baju kerja aku dan suami. Seusai kerja2 mengiron ( sori guru BM dan BI - ikut suka je guna bahasa ), aku melayan internet. Laptop tu memang dah on sebelum aku naik solat lagi. Tengah2 syok2 menaip, terdengar macam ada bunyi kat suis2 plug dan dalam masa yang sama bulb lampu di ruang tamu terbakar satu persatu hingga 6 bijik. Suamiku terus tutup suis plug internet, router dan laptop. Tak lama kemudian terpelantik suis utama. Black out.

Suamiku dah start membebel kerana fikirnya salah aku melilit wayar internet yg panjang tu pada suis plug hingga menyebabkan rumah kami black out. Dah la tak torch light ( salah aku lagi ). Ok la....dah naikkan balik main suis tu...tak sampai 5 minit ( masa tu tgh rancak bertekak la - bertekak2 manja), terus je tv dan lampu terpadam. Satu rumah gelap. Cuma ada cahaya luar. Masa tu baru jam 6.15 petang. Samar2 je cahaya luar kerana baru lepas hujan kan...

Kat luar jiran dah bising2. Menjenguk keluar, rupa-rupanya bukan rumah kami je yg blackout tapi sederetan 14 buah rumah. Semuanya berpunca dari wayar kabel TNB di tiang jalan di sebelah rumah paling hujung terbakar dan terputus. Sah! Itu puncanya! Legaaaaa.......bukan salah aku!!

Yang kelakarnya....kerana tak tahan kepanasan, kami mengambil udara sejuk dalam kereta sementara menunggu orang TNB membaiki kerosakan. Mujur la tak lama. Duduk bandar besar kan, mana boleh elektrik mati lama2. Jam 8.15 semuanya dah pulih macam biasa. Masa untuk check apa barang elektrik yang dah rosak. Tup tup sana sini....ternyata modem dah out, aircon masterbedroom pun dah out. ROSAK. Nasib baik dua benda tu je. Jiran2 ada yg tv, astro, mesin basuh rosak. Okey la...mesin basuh aku masih on, TV n Astro ok gak, peti sejuk n cerek elektrik pun masih ok ( tu kan keperluan asas tu...). Masih boleh bernafas la klu setakat modem n aircon tu rosak. Sekurang2nya aku tak susah nak basuh baju, stok makanan dlm fridge pun xde masalah, nak buat susu anak2 pun masih boleh. Tu penting kan!!!!

Tapi ayat2 suami ialah - takleh mother berfacebook lagi dua, tiga hari. ( ayat tu ditujukan pada aku walaupun dia bercakap dengan Hannah dan Sarah ) Hahaha....waaaaaa.....sedih gak tu...... Tapi aku rasa Hannah yg akan hadapi masalah besar. Dia kan suka barbie games dalam internet tu....takleh la download games tu selagi modem tak berganti baru.. Kalau setakat aku, takde la mengamuk sebab tak leh berFB, tapi Hannah tu........( kena get ready fizikal n mental la menghadapi kerenah dia nanti )

Apa2 pun....tinggalkan masalah tu di belakang la...masa untuk makan pizza. Dalam kegelapan malam sempat lagi order pizza. Birthday treat lagi.......haha...gemuk la kalau macam ni hari2.....
TQSM once again hubby..... Last week memang la ada beritahu dia tak mahu kek kali ni.Kalau boleh nak makan pizza ( dah lama tak makan pizza ).Lagipun muak sebab dah dua bulan berturut2 makan kek. Bermula dengan birthday Hannah bulan Sept diikuti Sarah bulan Okt.


Whatever yang berlaku hari semalam memang cukup membahagiakan aku.....:-))))))))


p/s insya Allah gambar2 akan diupload esok. Kena surf internet di sekolah la 2,3 hari ni...

No comments: