Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 8, 2010

Ilmu

Nak berjaya di dunia mesti ada ilmu
Nak berjaya di akhirat juga mesti ada ilmu


Aku rasa semua pernah mendengar ayat2 di atas tu...Dalam minggu ini, itulah topik yang dibincangkan dalam segmen agama radio KLfm jam 6.45 - 07.00 pagi dimana penceramahnya ,bergilir minggu sama ada Ust Wan Sohor atau Ust Fauzi Mustafa ( segmen kegemaranku waktu pagi dalam perjalanan ke sekolah ).Ilmu boleh didapati dalam berbagai bentuk dan cara kan!

Untuk membentuk keluarga yang bahagia kedua ibu dan bapa mesti berilmu. Kejahilan ibu bapa dalam ilmu agama mahupun duniawi akan membawa kehancuran keluarga. Ya la...kalau ibu bapa tidak ada ilmu agama, bagaimana mungkin mereka mendidik dan menerapkan nilai-nilai keislaman dalam diri anak-anak. Jika sejak kecil anak2 tak pernah melihat ibu bapanya sembahyang, puasa, mengaji atau melakukan perkara2 kebaikan, mana mungkin anak2 itu akan menunaikan kewajiban beragama. Jangan diminta anak bersolat jika kita di masa muda juga tidak bersolat ( kerana kita sendiri hanya berubah apabila sudah berumur ).

Asas didikan anak2 terbahagi kepada tiga:
a) tahap umur 0- 7 tahun - berikan mereka kasih sayang secukupnya, didiklah dengan lemah lembut, jangan marah2 ( terasa terkena batang hidung sendiri gak sbb bila tension anak2 selalu kena marah ). Kasih sayang secukupnya inilah akan menjadi pendinding untuk anak2 terus menyayangi ibu dan bapa mereka disaat mereka sudah menginjak usia senja.

b) tahap umur 7 - 14 tahun - didikan agama secukupnya. Masa ini lah kita menyuruh anak untuk bersolat dan memukulnya pada umur 10 tahun jika masih tidak mengerjakannya.

c) tahap umur 14 -21 tahun - menjadi kawan kepada anak2 supaya mereka merasa dihargai, merasa diri mereka penting di mata ibu bapa, melibatkan mereka dalam sebarang pembuatan keputusan melibatkan keluarga, diberi perhatian secukupnya supaya sekiranya mereka menghadapi masalah, kita lah ibu bapa orang pertama yang mereka cari.

Untuk membentuk keluarga yang berjaya, asas utama kata Ust Fauzi ialah ibu bapa. Bapa yang mukmin pastinya sebagai ketua keluarga akan membawa keluarganya ke arah yang diredai Allah. Namun, kalau ibu tidak mukmin, pastinya ia tidak akan berjaya 100%. Begitu juga jika hanya ibu yang mukmin sedangkan bapanya tidak, keluarga sejati tidak tercapai. Jadi ia memerlukan dua pihak untuk membentuk keluarga Islam sejati.

Kerana itu, baik lelaki atau perempuan berhak memilih jodoh dari kalangan orang yang baik2 supaya matlamat membentuk keluarga Islam sejati tercapai. Namun, sekiranya jodoh kita telah ditentukan bersama insan yang 'kurang', jangan kecewa kerana kita diberikan peluang untuk membantu dia menjadi insan lebih baik, lebih cemerlang. Sesungguhnya aturan Allah itu amatlah cantik.

Tiada ilmu kita jahil dalam apa jua perkara. Baik perkara tentang keagamaan mahupun perkara duniawi. Kejahilan akan membawa kita ke jalan kehancuran. Jahil agama, jahil nilai-nilai murni dan jahil ilmu pengetahuan akan menjuruskan kita ke lembah kehinaan, kesengsaraan, tiada pegangan dan mudah diperdaya oleh manusia yang ingin mengambil kesempatan. Kerana itu ,kita dituntut untuk menuntut ilmu hingga ke negara China. Dengan ilmu pengetahuan kita mampu membina hidup yang berjaya mengikut standard masyarakat. Dengan ilmu agama, kita mampu mengemudi hidup kita dan orang2 di bawah amanah kita ke jalan yang diredhai oleh iMaha Pencipta.


p/s satu peringatan buat diri sendiri yang kekadang lupa bersyukur dengan apa jua keistimewaan yang ada.

2 comments:

najmiah said...

thanks..bagus juga ada tazkirah agama ni..

hannahsarah said...

semua utk renungan sendiri spy lbh bersyukur dgn apa yg ada, tabah dgn apa yg dilalui, redha dgn apa yg telah ditentukanNya. Dia Maha Mengetahui apa yg baik utk saya....bukan utk mengajar org lain krn saya bknnya sempurna