Wajarkah kita sebagai ibu bapa mempercayai bulat2 apa yang diperkatakan oleh anak2 kita tanpa ada sekelumit rasa utk menyiasat kebenarannya??? Sungguhpun kita sebagai ibu bapa ingin menunjukkan kasih dan sayang terhadap anak2, kita tidak seharusnya mempercayai atau menyokong membabi buta. Memang kita ibu bapa zaman sekarang tidak dapat menumpukan perhatian 100% kepada anak2 lantaran tuntutan kerjaya atau ekonomi, namun adakah tindakan menyokong anak2 itu menunjukkan kita ini ibu bapa yang prihatin pada keperluan anak2??? Ibu bapa yang betul2 mengambil berat tentang anak2 kita??
Jika benarlah kita ibu bapa yang sebegitu, tentunya kita sentiasa bertanya khabar perkembangan anak2 kita dengan pihak sekolah. Tentunya kita akan datang dalam setiap majlis sekolah untuk menunjukkan sokongan moral pada anak dan juga sekolah. Wajarkah kita dianggap ibu bapa prihatin jika tidak pernah tahu perkembangan akademik anak2, kelas manakah anak2 kita, siapa guru2 yang mengajarnya, bagaimana rupa guru kelas anak kita???
Jika kita tidak pernah berjumpa atau berhubung dengan mana2 guru anak2 kita, jadi jangan terus mempercayai apa jua kata2 anak2 kita. Selidiki dulu kerana kita sebagai ibu dan bapa selayaknya bertindak sebagai seorang manusia yang dewasa dan matang fikiran.
Di mana sikap kita sebagai ibu bapa yang dewasa dan matang jika terus melenting apabila guru2 mengambil tindakan atas kelakuan anak2 yang kurang ajar, biadap dan tidak menghormati guru atau peraturan sekolah??? Adakah sikap melenting itu yang kita hendak wariskan pada anak2?? Sikap menemplak guru2 di hadapan anak2 bukan satu sikap yang baik. Sekiranya benar guru bersalah dalam mendidik anak2 kita, sewajarnya ia dibawa berbincang bersama pengetua dan guru terbabit tanpa kehadiran anak2. Air muka guru tidak diperendahkan di hadapan mata anak2 kita. Sesungguhnya bila kita memperlekehkan guru yang mengajar anak2 kita, kita telah memberi satu isyarat kepada anak2 bahawa mereka juga boleh memperlekehkan guru2. Waima begitu pandai dan pintarnya anak kita sekalipun, kepandaian mereka adalah hasil didikan para guru.
Jika kita sebagai ibu bapa tidak mampu berterima kasih kepada guru kerana jasa mendidik anak kita, bagaimana pula si anak mahu berterima kasih kepada guru mereka??? Ingatlah tidak hilang bisa ular kerana menyusur akar. Tidak hilang kepandaian kita jika tahu menghormati guru. Malah bertambah2 keberkatan hidup kerana doa guru2 sesuci embun.
p/s Pandangan peribadi sebagai seorang insan yang melihat kebiadapan anak2 semakin menjadi apabila mendapat sokongan dari ibu bapa. Ingatan untuk diri kerana sekiranya anak boleh bertindak tidak menghormati guru2 sekarang, nescaya mereka juga akan bertindak sedemikian terhadap kita apabila mereka menjadi dewasa.

2 comments:
..dan tanpa sedar, bila anak2 biasa memperlekeh gurunya sendiri, tunggu sajalah masanya ibu bapanya sendiri juga akan diperlekehkan...
ya kak g...betul tu. Time tu jgn menyesal tak sudah la....
Post a Comment