Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 25, 2011

I'm back!

Setelah lama berkurung dan berpantang, maka kembalila semula aku dlm dunia blogging ni. Weh...rindu sungguh aku! Macam tak lengkap hidup bila tak menulis - menulis ke atau menaip???? ( takde la sampai nak jadi novelis pulak, walaupun sepanjang berpantang aku telah menghabiskan 20 buah novel - novel Norhayati Berahim tak miss punya! ), atau membaca blog2 org. Huh...banyak ni kena qada' bacaan blog nih....kihih

Kembali ke dunia blog bermakna kembalinya aku ke rumahku ( kt kg takde internet - maklumlah yg duk kat rumah tu cuma mak n ayahku aje, so manalah mrk tahu internet2 nih ). Home sweet home. Gembira teramat dapat kembali ke rumah. TAPI.......banyaklah penyesuaian perlu dibuat. Adjust diri dgn baby kecik di rumah bertingkat, adjust masa hantar ke pengasuh dan g sekolah, adjust cara2 menguruskan rumah, dan tidak lupa adjust masa sendiri utk fb dan blog. Ha...tak leh tinggal tu! ( nak menaip 2 perenggan ni aku dah beberapa berhenti dek krn gangguan anak2)

Syukur alhamdulillah hari pertama sendirian bersama anak2 ( dua hari mak n ayah ada di rumah), segalanya berjalan lancar mengikut perancangan. Awal pagi setelah menyiapkan dan breakfast dgn hubby, aku mula mengemas rumah sementara anak2 masih tidur. Sekadar menyapu lantai dan bersihkan ala kadar kipas di ruang tamu. Mandikan Imaan setelah dia terjaga diikuti oleh dua kakaknya ( tu pun setelah puas dipujuk ). Settle anak2 dan kebetulan Imaan menyambung tidur selepas menyusu, aku mengemop lantai yang korang pun tak sanggup nak berjalan atasnya. Hitam tapak kaki terutama di dapur. Tu pun nasib baik hubby menyapu la jugak rumah ni sepanjang dua bulan aku di kg. Kalau tak, tentu habuknya tebal berinci-inci. Haha...

Lunch time dgn menggoreng ikan je dan masak nasi. Lauk sayur semalam masih ada. Cukup la....kenyang gak la perut ni seposen dua. Hannah pun makan banyak cuma Sarah je hari ni bertukar2 botol minum susu. Nasi langsung tak masuk perut dia. Ada tak ada cuma honey star.
Imaan lak syukur diam je. Tak meragam langsung. Sama ada tidur atau dalam dunianya sendiri.

Syukur hari ni berjalan lancar....harap2 esok pun begitu ( hmmmm......mungkin tidak krn setiap hari takkan sama! Hehehe )

p/s tukar design sbb byk sgt sawang. Terfikir gak ni adakah hannahsarah blog perlu ditukar menjadi hannahsarahimaan blog pulak??? hahaha...

2 comments:

Unknown said...

Selamat kembali. Rindu nak baca catatan Ta, hari2 saya buka!Hannah & Sarah x gi sekolah lagi ke?..& Ta kenapa x ambik cuti 3 bulan?

hannahsarah said...

msh bercuti. Haha...alang2 nak htr mingu ni. minggu dpn cuti CNY. Boleh ke amik 3 bln sbb kata kerani bersalin last yr tak bole amik sbb effective 3 bln dis year