Seperti dijanjikan, kali ni entry pasal Hannah dan Sarah sepanjang aku berpantang. Nasib baik bulan Dis tu adikku yg bongsu sdg cuti semester. Boleh la dia membantu aku dan mak menguruskan kanak2 yang sedang lasak dan banyak kerenah ni. Kalau hanya mengharapkan mak aku, alahai...kesiannya dia terkejar2 buat kerja. Mana nak mengemas rumah, memandikan dua beradik ni dan mana lagi nak memasak. Habis cuti adikku bulan Dis, aku mula ambil alih tugas menguruskan dua beradik. Lagipun dah 30 hari dah pun.....
Tiap2 malam mengaji dgn atuk a.k.a abah aku la. Selalu aku tegur sbb time ngaji, punya lah susahnya nak dgr suara si Hannah ni tapi time melalak @ menyanyi, satu kg boleh dengar. Memang highest volume la dia guna!!! Tu pun satu round je bacaannya sampai aku kena wat bilangan bacaan pulak. Kalau hari ni sekali, esok dua kali. lusa tiga round bacaan. Begitulah...sehingga paling banyak pun lima kali.
Sarah pun tidak ketinggalan. Tenguk tu terbongkok2 mengaji. Suara dia kuat tapi satu je...jgn paksa dia baca lebih dari apa yg dia mahu. Kalau sekali je nak ngaji, sekali je la. Paling byk pun dua round bacaan.
Waktu siang, apa lagi...tengok channel kartun la. Tak bergerak la si Hannah. Makan dan minum depan tv. Kat rumah aku takde channel ni. Abahnya kata, nanti berebut tv lak dgn anak2 klu ada kartun. Memang pun. Siang hari jgn harap la atuk n opahnya nak tgk tv. Takleh alih langsung channel tu. Sib baik mlm aku buat peraturan. Malam2 tv atuk punya. Maknanya dpt la kami org tua2 ni tgk berita @ rancangan yg sesuai.
Membaca buku cerita Chiken Licken yang baru dibeli. Ni ketika suami pulang ke kg hujung tahun. Ada 4 buah buku baru. Seronok la budak2 tu. Masih tak tahu membaca, maka abahnya la kena bacakan. Ada masanya aku lak.
Bersama opah a.k.a my mum. My hubby tanya masa mula2 kawin dulu, knp cucu2 panggil opah sedangkan kami org Ganu. Jwpnnya ialah sbb menantu pertama org Perak. Dpt cucu pertama dari kakak aku so jadi la Opah.
Ni hari kami ( termasuk aku la ) nak balik KL. Balik rumahhh daaaaaaaa...Baik kan..Hannah tolong pakaikan Sarah kasut. Hahaha...jgn mudah tertipu. Bukan sentiasa baik bersama. Selalu bergaduh gak. Penampar Sarah tu sakit. Hannah dah kena beberapa kali. Huh....bukan main lagi kan. Tak padan dgn saiz keciknya tu....Kalau dia dah keluarkan perkataan "Sekarang!!!", maknanya jgn tangguh2 lagi. Tak kirala masa tu kita tgh wak apa pun. Tgh susukan Imaan pun, kalau dia nak aku mandikan, maksudnya letakkan Imaan tu dan mandikan dia. Selalu lah juga naik suara. Mahu tak, kalau dia nak aku buatkan apa2, org lain jgn harap boleh tolong. Kalau tolong juga, haaa.....boleh la dgr dan lihat dia mengamuk sakan. Tak terpujuk. Dan jangn dipujuk. Sbb makin menjadi2 amukannya. So biarkan di bertenang dulu...kemudian pandai2 la dia dtg pada aku dan minta maaf.
Silap susun gambar dan silap tak betulkan...sori yekkkk...kat pantai kelulut. Berhenti makan sotong celup tepung.
Hahahaha.....rindunya mrk kat laptop masing2. Hannah dah rindu sgt2 nak main Barbie games. Kat rumah mak aku slow broadbandnya. Tu pun adik aku punya. Bila dia balik semula kampus, maka takde la lagi boleh main internetnya..... Sarah punya laptop mainan je. Tak kesah pun dia asalkan boleh main. Olok2 pun jadi bagi dia....Aku tgk Sarah ni banyak masanya mengalah dgn kakaknya. Tapi ada masanya susah gak!! Haaa...tak dapek nak tolong la klu time mcm tu....Tak yah pujuk rayu laa......
Itulah saja imbasan aktiviti mereka sepanjang Dis - Jan sebelum pulang semula ke KL. Minggu dpn lepas CNY, dh start rutin mrk bangun awal pagi ke sekolah. Tak tahu cam ner tuh...dh lama tak bangun pagi ni. Hannah la biasanya meragam. Sarah ok jek....
Sambung cerita next en3 laa pulokkkkkkkkkk......
Itulah saja imbasan aktiviti mereka sepanjang Dis - Jan sebelum pulang semula ke KL. Minggu dpn lepas CNY, dh start rutin mrk bangun awal pagi ke sekolah. Tak tahu cam ner tuh...dh lama tak bangun pagi ni. Hannah la biasanya meragam. Sarah ok jek....
Sambung cerita next en3 laa pulokkkkkkkkkk......
2 comments:
salam,
bestnya dapat baby baru...dah abis berpantang ke belum?
dah...7hb dah start keja dh. best mmg bset wpun penat nk urus 3 anak kecik yg masih byk ragamnya.
Post a Comment