Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 30, 2011

Andai masa dapat diundur....

Pernah atau tidak kalian terfikir tentang jalan @ pilihan yang tidak dibuat pada suatu ketika dahulu? Agak-agaknya la kan.....kalau pilihan itu kita ambil masa dulu2, adalah ia lebih membahagiakan? Atau lebih menyiksa jiwa? Bersyukurkah dengan pilihan yang dibuat pada masa itu? Atau menyesalkah kita?

Kata orang tua-tua.... terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Bak lirik satu lagu...."Andai dapat kuundurkan putaran dunia, ingin kuubah semula....." ( ntah apa tajuk dan penyanyinya..aku tak ingat la). Namun kita ni manusia. Tiada daya menilik apatah lagi daya untuk memutarkan dunia!

So, setiap yang berlaku ada hikmah tersembunyi dan tersendiri. Jangan sesali apa yang berlaku @ pilihan yang telah dibuat. Lihat sesuatu perkara itu dari sudut positif, maka positiflah hasilnya. Sebaliknya kalau sentiasa negatif, maka memanjang je kita rasa bersalah @ menyalahkan orang lain.

Jalani hidup dengan pilihan yang telah dibuat ini dengan sebaiknya kerana kita sedang mencorakkan masa depan dengan izinNya. Bukannya mengulit kenangan semalam yang tidak membawa kita ke dunia realiti.

Belajar dari kesilapan. Kutip setiap pengalaman agar masa yang mendatang lebih membahagiakan. Biarlah senyuman lebar terukir di wajah kerana keindahan hidup yang dilalui. Jangan belenggukan diri dengan pilihan yang tidak dibuat at that time....kerana tiada juga jaminan bahawa kalau kita memilih pilihan itu, kita akan bahagia.......:D

2 comments:

Ibuhani said...

Yg dah lepas jgn dikenang. Jgn kesal dgn apa yg berlaku. Redho n bersyukur dgn apa yg kita miliki skrg akan hilangkn rasa kesal tu....cari hikmah disebalik apa jua yg berlaku....insyaallah....

hannahsarah said...

Ya Kak..... setuju sgt3