Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 1, 2011

Happy birthday to my beloved Imaan

Hari ni hari ulangtahun kelahiran Imaan ke 1. Waaa.....cepatnya masa berlalu...sedar tak sedar dah setahun melahirkan Imaan. Sakit nak bersalin tak lama ( kontraksi mula terasa kuat jam 7.30 malam sebelum di tolak masuk labor room jam 9.30 mlm ) tapi hampir satu jam sebelum Imaan dapat melihat dunia tepat jam 10.36mlm. Bersalinkan Hannah dulu lagi sengsara..dari malam sebelumnya sudah terasa sakit hinggalah ke tengahari keesokkannya baru lah Hannah melihat dunia. Sarah lak...dari malam terasa sakit tapi masuk labor room tak sampai sejam dah melihat dunia. Haa.....tiga anak, tiga pengalaman bersalin. Agaknya kalau 10 anak, 10 pengalaman berbeza......heheheheheheh....;)

Keletahnya cukupnya menghiburkan....Dengan hanya dua batang gigi bawah, dia cukup mudah tersengih. Tapi dgn org yang dia kenal la....Ketiga2 anakku ni payah nak mesra dengan orang. Bukan hanya dgn org luar, dengan mak ayahku pun susah nk mesra terutama kalau blk kg hanya seminggu. Dah nak blk KL semula, baru blh pegang2, timang2, cium2. Haaa.....sampai ada yg terasa hati la.....Apa boleh buat....anak2 kecil ni bukan tahu pe2 pun kan...

Sarah cukup rajin melayan adiknya ni bermain2 dan pandai membuat aksi yg menyebabkan Imaan ketawa mengelekek2....Wah...suara Imaan pun boleh tahan volumenya...Cam Kakak Hannah la....high volume!

Baru je boleh merangkak dan bertatih dalam 3 minggu ni. Antara mereka bertiga, nampaknya Imaan la yg paling lambat merangkak dan berjalan. Tapi yg paling kuat makan. Hahahahahhaa......makan bubur 3 kali sehari. Tu belum kira berkeping2 biskut di antara masa makan. Dan susu lagi.....( mgkn sbb yg menjaganya mak sedara Imaan a.k.a adikku, so dia melayan je la kerenah Imaan yg sorang ni...) Mendukung dan mengangkatnya cukup terasa lenguhnya tanganku. Paling berisi antara mereka bertiga ketika berumur 1 tahun. Ni satu lagi pengalaman berbeza. Wah...meriah hidup dgn pelbagai variasi pengalaman.

Untuk Imaan, ibu doakan agar Imaan membesar menjadi anak yang soleh,penyejuk hati dan mata ibu dan abah, adik yang sentiasa menyayangi dan baik kepada kedua2 kakak, berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga Allah sentiasa melindungi Imaan sepanjang kehidupan Imaan, dimurahkan rezeki, dikurniakan akal yang bijak menimbang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara dan sentiasa menjadi muslim yang beriman. Amin.

4 comments:

amiechomel said...

Happy birthday Imaan yg comel!

Rozita said...

Happy birthday Imaan... comeinya dia..Meh auntie cubit cubit pipi tuh !

hannahsarah said...

bp Imaan - TQ Ciksu dan auntie Rozita. Mana hadiahnya? heheheheh

Ibuhani said...

Happy bday, Imaan! Semoga diberkati Allah SWT dunia akhirat......comeii... :))))